FM Stereo Johor Bahru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

FM Stereo Johor Bahru atau FMJB ialah sebuah stesen radio tempatan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia secara eksklusif untuk kawasan metropolitan Johor Bahru dan sebagai satu pelengkap kepada Johor FM.Pada mulanya siaran ini hendak dibuka dekat RTM Kota Bharu tetapi terpaksa dipindahkan ke Johor kerana pada waktu ini terdapat pilihan raya kecil kawasan Parlimen Johor Bahru.

Stesen ini mula bersiaran pada 20hb Oktober 1988 dengan mengambil alih pemancar FM Stereo Johor FM lama yang dahulunya ialah Radio Malaysia Johor Bahru. Frekuensi 107.5 MHz dipancar dari RTM Johor Bahru bagi meliputi kawasan Johor Bahru sahaja. Berbeza dengan Johor FM, stesen ini menyiarkan berita tempatan dan hiburan selama 18 jam sehari. Tidak seperti Johor FM yang mempunyai liputan seluruh negeri Johor, FMJB hanya boleh didengar di Johor Selatan dan Singapura dipancarkan melalui FM 107.5 MHz. Ia telah berhenti pada Mac 2011dan pemancar 107.5 MHz telah dipindah ke Gunung Pulai. Frekuensi 107.5 MHz telah digantikan oleh Bernama Radio 24 di frekuensi yang sama (FM 107.5 MHz) pada 27 Disember 2011.