Gunung Karangetang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Karangetang
Karangetang dari Pelabuhan Ulu Siau
Ketinggian 1,827 m (Puncak Selatan)
1,784 m (Puncak Utara
Lokasi
Lokasi Siau, Indonesia
Geologi
Jenis Stratovolkano
Letusan terakhir 2010

Gunung Karangetang (juga dikenali sebagai Api Siau) adalah sebuah gunung berapi aktif yang terletak di Pulau Siau di utara wilayah Sulawesi, Indonesia. Tingginya 1,784 meter.

Gunung berapi ini telah meletup lebih 40 kali sejak 1675. Kepulauan Indonesia termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik di mana pertemuan plat bumi menyebabkan gempa bumi dan gunung berapi.

Meletus[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Ogos 2010, gunung ini meletus dan memuntahkan lava serta abu panas lewat malam. Pakar gunung berapi dari Pusat Bencana Geologi, Priyadi Kardono menyatakan hujan lebat menyebabkan letusan berlaku.[1] Empat orang hilang, 5 orang cedera dan seorang cedera parah.[2] 65 orang daripada 16 keluarga telah dipindahkan dari kampung mereka. Sebuah rumah terbakar dan beberapa rumah lain rosak termasuk sebuah jambatan.

Pada Julai 2009, gunung berapi Karangetang pernah mengeluarkan lava panas dan pihak kerajaan mengarahkan penduduk sekitar pindah ke tempat selamat.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]