Gunung Kelud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kelud
Gunung Kelud
Titik tertinggi
Ketinggian1,731 m (5,679 ka)
SenaraiSenarai gunung berapi di Indonesia
Geografi
Gunung Kelud is located in Bumi
Gunung Kelud
Gunung Kelud (Bumi)
Geologi
Jenis gunungStratovolkano
Lengkok/Lingkaran
gunung berapi
Lingkaran api Pasifik
Letusan terakhirFebruari 2014

Gunung Kelud (juga Kelut) ialah sebuah gunung berapi strato yang terletak di Jawa Timur di negara Indonesia. Gunung ini terletak di sempadan daerah Kediri, Blitar dan Malang. Jaraknya 27 km dari Kediri. Penduduk Kediri seramai 1300,000 orang.

Gunung Kelud mempunyai ketinggian setinggi 1,731 meter daripada aras laut. Gunung Wilis dan, Kawi dan Butak juga terletak berhampiran. Kelud dikenali kerana letusannya yang besar-besar. Ia telah meletus lebih 30 kali sejak 1000 M.[1] Kali terakhir ialah pada 13 Februari 2014. Indonesia termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik.

Letusan awal[sunting | sunting sumber]

Kali terakhir gunung ini meletup pada 10 Februari 1990. Ketika itu suhu kawah mencapai 40 darjah Celcius. 34 orang terbunuh dan ratusan rumah di Kabupaten Kediri dan Kabupaten Blitar musnah.

Pada 1586 , lebih 10,000 terkorban apabila gunung Kelud meletup dan memuntahkan lahar panas tanpa sebarang amaran. Lahar panas mengalir menuju ke kawasan petempatan penduduk di Kediri dan Blitar. Gunung berapi meletus lagi pada 1901, 1919, 1951, 1966, dan 1990. Seramai 250 orang terbunuh.

Pada 19 Mei 1919 lahar Gunung Kelud membunuh 5160 orang dan 100 buah kampung punah-ranah. Aliran lahar mencapai 38 km ke kaki gunung di Sregat dan Blitar. Lahar ini disebut Lahar Sungai Gedok dan Lahar Sungai Badak.

Para pekerja dikatakan masih mengorek lubang terowong di Terowong Ampera dengan tujuan mengalihkan aliran lahar dan mengurangkan muntahan gunung berapi. Terowong yang dibina sejak 1966 itu berjaya mengurangkan letusan lahar gunung berapi. Beberapa buah tasik takungan lahar juga telah dibina agar tidak terlalu cepat mengalir ke kaki gunung. Tasik ini dinamakan Tasik Kelud dan airnya panas.[2]

Letusan 2007[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Oktober 2007, gunung berapi ini aktif semula dan kritikal kerana mengalami lebih dari 70 kali gempa dan suhu kawah mencapai 37.8 darjah Celsius. Gempa yang berlaku termasuklah gempa cetek, gempa vulkanik (1 kali) dan gempa tektonik (1 kali). Warna air kawah gunung ini hijau dengan buih gelembung putih.

Gunung berapi ini dipantau melalui kamera litar tertutup (CCTV) oleh Pos Pemantau Gunung Berapi Kelud di Dusun Margomulyo, Desa Sugihwaras, Kecamatan Ngancar, Kabupaten Kediri.[3] CCTV ini dipasang juga di Gunung Sumbing.

Pusat Volkanologi dan Bencana Geologi yang terletak di Bandung menyatakan radius berbahaya dalam lingkungan 5 km.Gas CO2 sangat berbahaya kepada manusia.

Pada 29 September 2007, status gunung berapi ini akan meningkat dari Tahap Awas II kepada III. Kemudian pada 16 Oktober 2007, dari Tahap III kepada Tahap Awas IV. Hingga pada 29 Oktober status masih awas, dengan suhu kawah mencecah lebih kurang 38 darjah Celcius. Melihat tingginya suhu kawah tersebut, dipercayai bahawa Gunung Kelud akan meletus dalam waktu dekat.

30,000 penduduk di Gunung Kelud telah diarahkan pindah oleh pihak berkuasa Indonesia.[4]

Letusan 2014[sunting | sunting sumber]

Abu gunung berapi di Yogyakarta akibat letusan Februari 2014

Kelud meletus lagi pada 13 Februari 2014, jam 22:50 waktu tempatan (WIB, UT+7).[5][6][7] Letusan ini mengeluarkan abu gunung berapi yang meliputi kawasan sekitar 500 kilometer (310 bt) diameter. Hujan abu terjadi di banyak tempat di pulau Jawa, dari Malang ke timur, selain Jawa Tengah dan Yogyakarta.[8][9][10] Letusan ini menyebabkan lebih 200,000 penduduk dari 36 kampung diarahkan berpindah segera.[11]

Disebabkan hujan abu dan debu gunung berapi, tujuh lapangan terbang di Jawa Tengah, Yogyakarta dan Jawa Timur ditutup: di Yogyakarta, Surakarta, Surabaya, Malang, Semarang, Cilacap dan Bandung.[12] Dua orang dilaporkan maut apabila rumah mereka runtuh disebabkan beratnya abu.[13] Letusan Kelud 2014 dianggap lebih dahsyat daripada tahun 1990.[14]

Abu juga dilaporkan sampai ke barat Jawa pada petang 14 Februari, misalnya di Bandung dan sekitarnya.[15] Sementara itu, tarikan pelancong utama di Yogyakarta dan Jawa Tengah, termasuk Borobudur, Prambanan dan Ratu Boko, ditutup kepada pelawat. Para pekerja menudung stupa dan patung di Borobudur bagi melindungi struktur-struktur tersebut daripada abu.[16]

Destinasi pelancongan[sunting | sunting sumber]

Kawah gunung berapi ini menjasi destinasi pelancongan yang menarik. Pihak polis dan sukarelawan terpaksa menahan para pelancong mendaki gunung berapi ini kerana berbahaya. Pelancong ini mengetahui dan nekad menyelidik tahap bahayanya. Pada 2004, agensi pelancongan telah membina trek bagi memudahkan pelancong mendaki gunung tersebut.

Kerajaan Hindu Kediri telah dibina sejak 1049 di Sungai Brantas, berhampiran dengan gunung berapi. Kediri merupakan kerajaan yang kuat di pulau Jawa, meninggalkan banyak hasil kesusasteraan. Pelabuhannya menjadi pengumpul rempah dari selatan Kalimantan dan pulau Maluku. Pedagang Islam dari India dan saudagar China datang ke sini. Banyak kuil Hindu dan Buddha terletak di sini. 11 buah kul dari abad ke-9 dan ke-15 masehi. Candi Penataran merupakan kompleks kuil Hindu terbesar di Jawa Timur. Ia hanya 10 km di utara Blitar dan di kaki Gunung Kelud. Mereka memuja dewa Shiva lebih 300 tahun sejak abad ke-14.

Jenis hutan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Thouret, et al., "Origin, Characteristics, and Behavior of Lahars Following the 1990 Eruption of Kelud Volcano, Eastern Java (Indonesia)," Bulletin of Volcanology, Jun 1998.
  2. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-12-05. Dicapai pada 2021-08-20.
  3. ^ Bernama http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=290323. Missing or empty |title= (bantuan)
  4. ^ "Indonesian volcano threatens to erupt". The Star (dalam bahasa Inggeris). 16 Oktober 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2007.
  5. ^ "Mount Kelud Java Island erupts". ABC news (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2020.
  6. ^ Klemetti, Erik (13 Februari 2014). "Significant eruption of Kelud". Wired (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2014.
  7. ^ "Eruption of the Kelut volcano in Java". CIMSS Satellite Blog (dalam bahasa Inggeris). 13 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2020.
  8. ^ "Gunung Kelud Meletus" (dalam bahasa Indonesia). MetroTV News. 13 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-22. Dicapai pada 2014-02-19.
  9. ^ "Gunung Kelud Meletus, Soloraya Tertutup Hujan Abu Pekat" (dalam bahasa Indonesia). Harian Jogja. 14 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-22. Dicapai pada 2014-02-19.
  10. ^ "Gunung Kelud Meletus, Hujan Pasir Terasa Hingga Malang Blitar" (dalam bahasa Indonesia). Merdeka. 14 Februari 2014.
  11. ^ AFP (14 Februari 2014). "200,000 diarah pindah Gunung Berapi Kelud meletus". BH. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-14. Dicapai pada 18 Februari 2014.
  12. ^ "7 Bandara Ditutup, 76.388 Jiwa Mengungsi Akibat Erupsi Kelud". 14 Februari 2014.
  13. ^ "Mass evacuation in Indonesia as Java volcano erupts". BBC News. 14 Februari 2014. Dicapai pada 2014-02-15.
  14. ^ "Kepala Pos Pemantauan: Letusan Kelud Kali Ini Paling Dahsyat". Kompas (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2017.
  15. ^ Abu Vulkanik Kelud sampai ke Bandung Tempo.co. 14 Februari 2014.
  16. ^ "Borobudur, Other Sites, Closed After Mount Kelud Eruption". JakartaGlobe. 14 Februari 2014. Dicapai pada 16 Februari 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]