Jean Todt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jean Todt
Kelahiran 25 Februari 1946 (68 tahun)
Pierrefort, France
Warganegara Perancis
Pendidikan École des dirigeants et créateurs d'entreprise (EDC), Paris, Perancis
Pekerjaan Presiden Fédération Internationale de l'Automobile
Rakan seperjuangan Michelle Yeoh
Anak Nicolas Todt
Kepujian Grand croix de la Légion d'honneur

Datuk Seri Jean Todt (lahir 25 Februari 1946, Pierrefort, Perancis) adalah bekas pengurus pasukan Scuderia Ferrari dalam Formula Satu. Dia kemudian menjadi CEO sebelum meletak jawatan setahun kemudian. Pada 16 Julai 2009 dia mengesahkan akan bertanding jawatan Presiden FIA berikutan pemergian Max Mosley.[1]

Beliau dilantik sebagai duta Tourism Malaysia selama dua tahun pada Mei 2009, menjalankan tugasnya sebagai sukarelawan tanpa mengenakan bayaran. Beliau ialah tunang kepada pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Datuk Michelle Yeoh, turut diminta mempromosikan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Pada 24 Jun 2009,Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menjelaskan bayaran RM2 juta diberi kepada Jean Todt adalah untuk tujuan mempromosi Malaysia di luar negara dan bukan bayaran sebagai duta. Bayaran ini termasuk mempromosi seperti perjalanan dan majlis pertemuan selama 2 tahun (Mei 2009 - 2010)

Anggota Parlimen Mohamad Azmin Ali (Parti Keadilan Rakyat-Gombak) mempersoalkan peruntukan RM1 juta dengan anggaran RM593,400 bagi mempromosikan negara dan memberi peruntukan sebanyak RM388,000 untuk percutian dalam negara serta sebidang tanah kepada Todt.Ng Yen Yen menafikan Todt dihadiahkan sekeping tanah di Terengganu.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]