Scuderia Ferrari
| Traditional Scuderia Ferrari logo 2007 Scuderia Ferrari logo |
|
| Nama penuh | Scuderia Ferrari Marlboro |
|---|---|
| Pangkalan | Maranello, Itali |
| Pengarah pasukan | Stefano Domenicali |
| Pengarah teknikal | Aldo Costa |
| Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
| Penampilan pertama | Grand Prix Monaco 1950 |
| Perlumbaan terkini | Grand Prix Korea 2011 |
| Perlumbaan | 790 |
| Kejuaraan Pengeluar | 16 (1961, 1964, 1975, 1976, 1977, 1979, 1982, 1983, 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2007, 2008) |
| Kejuaraan Pemandu | 15 (1952, 1953, 1956, 1958, 1961, 1964, 1975, 1977, 1979, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2007) |
| Kemenangan perlumbaan | 210[1] |
| Petak pertama | 203 |
| Pusingan terpantas | 219[2] |
Scuderia Ferrari merupakan nama umum untuk Gestione Sportiva, bahagian syarikat kereta Ferrari yang terlibat dengan perlumbaan. Walaupun Scuderia dan Ferrari Corse Clienti masih menguruskan aktiviti berlumba pelanggan-pelanggan Ferrari dan pasukan-pasukan persendirian, bahagian perlumbaan Ferrari menumpukan sepenuh perhatian dan peruntukannya untuk pasukan Formula Satunya Scuderia Ferrari. Scuderia adialah perkataan Itali untuk "Kandang", dan Ferrari merupakan nama pengasasnya. Kuda berjingkrak merupakan simbol di pesawat pejuang juruterbang handalan Itali semasa Perang Dunia I Francesco Baracca, dan menjadi logo Ferrari apabila diminta oleh ibu bapa Baracca yang merupakan kawan baik Enzo Ferrari, untuk menyambung tradisi kesukanan dan keberanian beliau.
Scuderia Ferrari diasaskan 1929, dan berlumba untuk Alfa Romeo sehingga 1939. Ferrari pertama kali bertanding dalam F1 pada 1948 (dengan kereta Tipo 125 F1), menjadikannya pasukan tertua dan mungkin pasukan paling berjaya yang masih kekal dalam kejuaraan ini. Penyokong kuat pasukan ini yang ramai di Itali digelar tifosi, walaupun terdapat juga ramai penyokong pasukan ini di negara lain.
Pemandu semasa pasukan Ferrari ialah Felipe Massa dan Kimi Räikkönen, yang menggantikan Michael Schumacher setelah persaraan beliau di akhir musim 2006, manakala pemandu ujiannya pula ialah Luca Badoer dan Marc Gené. Ferrari dan Räikkönen merupakan juara bertahan Pengeluar dan Pemandu, selepas tamat musim 2007.
Pada 12 November 2007, Presiden Ferrari Luca Cordero di Montezemolo mengumumkan struktur baru pasukan itu, dengan Jean Todt dinaikkan pangkat menjadi CEO syarikat, Stefano Domenicali akan menggantikan beliau sebagai pengarah pasukan kerana Ross Brawn memilih untuk ke Honda F1 selepas bercuti sabatikal, Aldo Costa sebagai pengarah teknikal dan Mario Almondo sebagai pengarah operasi.[3]
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
[sunting] 1920-1940
Scuderia Ferrari ditubuhkan oleh Enzo Ferrari pada 1929 sebagai penaja pemandu amatur dalam pelbagai perlumbaan, walaupun Ferrari dirinya telah berlumba di CMN (Costruzioni Maccaniche Nazionali) dan kereta-kereta Alfa Romeo sebelum tarikh tersebut. Idea tersebut datang pada malam November 16 dalam sebuah majlis di Bologna, di mana Ferrari mendapatkan bantuan kewangan daripada waris-waris tekstil Augusto dan Alfredo Caniato dan pelumba amatur kaya Mario Tadini. Beliau kemudian menghimpunkan sebuah pasukan yang pada puncaknya melibatkan empat puluh pemandu, kebanyakannya berlumba dalam pelbagai kereta-kereta Alfa Romeo 8C; Ferrari sendiri meneruskan perlumbaan, dengan kejayaan sederhana, sehingga kelahiran bagi anak lelaki pertamanya Dino pada 1932.
Pada 1933 Alfa Romeo mengalami kesukaran ekonomi, dan menarik balik pasukannya daripada perlumbaan. Dari kemudian, Scuderia Ferrari menjadi pemangku pasukan lumba Alfa Romeo, apabila kilang itu melepaskan pada Scuderia pelumba-pelumba terkini Monoposto Tipo B. Pada 1935 Enzo Ferrari dan Luigi Bazzi membina Alfa Romeo Bimotore, kereta pertama untuk dipakaikan satu lencana Ferrari pada radiator kerudung. Ferrari mentadbir banyak pemandu mantap (terutamanya Tazio Nuvolari, Giuseppe Campari, Achille Varzi dan Louis Chiron) dan beberapa rookie berbakat (seperti Tadini, Guy Moll, Carlo Maria Pintacuda, dan Antonio Brivio) dari ibu pejabatnya di Viale Trento e Trieste, Modena, Itali, sehingga 1938, pada satu masa Alfa Romeo menjadikan dia pengurus kilang bahagian perlumbaan, Alfa Corse.
Pada tahun 1939 dia meninggalkan Alfa apabila menyedari niat syarikat untuk membelinya dan menyerap Scuderia; syarikatnya menjadi Auto Avio Costruzioni Ferrari, yang mengilangkan peralatan mesin. Perjanjian dengan Alfa termasuk syarat bahawa dia tidak menggunakan nama Ferrari pada kereta selama empat tahun.
Meskipun mempunyai perjanjian dengan Alfa, Ferrari dengan segera telah memulakan kerja-kerja membina kereta lumba sendiri, iaitu Tipo 815 (lapan silinder, 1.5 L sesaran). Ferrari 815, direka oleh Alberto Massimino, merupakan kereta sebenar pertama Ferrari, tetapi selepas Alberto Ascari dan Marchese Lotario Rangoni Machiavelli di Modena memandunya di Mille Miglia pada tahun 1940, meletusnya Perang Dunia II telah menamatkan sementara perlumbaan dan Ferrari 815 tidak lagi terlibat dengan perlumbaan. Ferrari meneruskan pengeluaran alat-alat mesin (terutamanya mesin pencanai oleodinamik); pada tahun 1943, beliau telah memindahkan ibu pejabat ke Maranello, di mana pada tahun 1944 ia telah dibom.
Peraturan-peraturan bagi Kejuaraan Dunia Grand Prix telah dimulakan sebelum perang tetapi telah mengambil masa beberapa tahun selepas itu setelah berlangsungnya siri-siri perlumbaan; sementara itu Ferrari telah membina semula kerja-kerjanya di Maranello dan membina sebuah kereta Tipo 125 dengan 12-silinder, 1.5 L , yang telah bertanding dalam beberapa Grand Prix bukan kejuaraan. Kereta ini telah membuat kemunculan sulung dalam Grand Prix Itali 1948 dengan dipandu oleh Raymond Sommer, dan telah mendapat kemenangan pertama di Circuito di Garda dengan pemandu Giuseppe Farina.
[sunting] 2000-an
[sunting] Musim 2008
Pada November 12, 2007, pasukan Ferrari mengumumkan bahawa Jean Todt akan meninggalkan peranannya sebagai pengarah pasukan, sebaliknya mengambil satu peranan eksekutif kanan. Penggantinya adalah Stefano Domenicali. Ia dilaporkan bahawa ini merupakan satu perubahan dalam kakitangan Ferrari di mana kepimpinan asing lebih tua telah digantikan dengan yang baru termasuk kebanyakannya rakyat Itali. [4]
Pada Januari 6, Scuderia Ferrari melancarkan Ferrari F2008.
[sunting] Rekod
Pasukan Ferrari telah mencapai kejayaan tanpa saingan di dalam Formula Satu. Kereta dan pemandu Ferrari juga telah memenangi Mille Miglia sebanyak 8 kali, Targa Florio 7 kali dan 24 jam Le Mans 9 kali. Dalam F1, pasukan Itali memiliki kejayaan unik dan memegang kesemua rekod-rekod penting (setakat Grand Prix Brazil 2007), termasuk:
- Kejuaraan pengeluar terbanyak: 15
- Kejuaraan pemandu terbanyak: 15
- Kemenangan terbanyak (sepanjang masa): 201
- Kemenangan terbanyak (musim): 15 (sama dengan McLaren)
- Podium terbanyak (sepanjang masa): 603
- Podium terbanyak (musim): 29
- Petak pertama terbanyak: 195
- Mata terbanyak (sepanjang masa): 4,753.27
- Mata terbanyak (musim): 262
- Peratus kemenangan tertinggi: ~26% (untuk pasukan dengan sekurang-kurangnya 10 kemenangan)
Pada 2004, Ferrari juga telah mengatasi Ford sebagai pengeluar enjin F1 yang paling berjaya, dengan 182 kemenangan (berbanding Ford hanya 176 kemenangan). Oleh kerana terdapatnya enjin Cosworth V8 kepada pasukan-pasukan persendirian, sejumlah 6,639 buah kereta yang dijanakuasa oleh Ford telah bersaing dalam F1 di antara tahun 1967 hingga 2004, dibandingkan dengan 1,979 buah enjin buatan Ferrari dan enjin berlogo Petronas pada jangkamasa yang sama.
[sunting] Rujukan
- ↑ Includes Giancarlo Baghetti's win in the 1961 French Grand Prix in a privately-entered Ferrari.
- ↑ This is the number of different World Championship races in which a Ferrari car has set the fastest lap time. In both the 1954 British Grand Prix and 1970 Austrian Grand Prix, two drivers each set equal fastest lap time in Ferraris. This number includes Giancarlo Baghetti's fastest lap in the 1961 Italian Grand Prix in a privately-entered Ferrari.
- ↑ Autosport Article: Ferrari Announce Change in tech structure
- ↑ >"Todt replaced as Ferrari boss", news.bbc.co.uk, 2007-11-12. Dicapai pada 2007-11-12.
[sunting] Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Scuderia Ferrari |
- Laman rasmi Ferrari
- Ferrari's facilities at Maranello with Fiorano test track are at coordinates 44°31′59″U 10°51′47″T / 44.533124°U 10.863097°T
- TheScuderia.net - The original and biggest Ferrari F1 community.
- Ferrari 1 - The most popular online Ferrari Formula 1 enthusiasts community
- The Prancing Horse - A Ferrari news and fan resource website
- F1 Rejects article on Ferrari history from 1979 to 2000
|
|||||