Kera Bekantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kera Bekantan
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Mamalia
Order: Primat
Famili: Cercopithecidae
Genus: Nasalis
Spesies: N. larvatus
Binomial: Nasalis larvatus


Kera Bekantan atau dalam bahasa Inggeris, (Proboscis monkey - Nasalis larvatus (Latin), jenis tunggal dalam genus Nasalis)[1], [2], [3] adalah kera arboreal keperangan yang makan daun. Ia hanya dijumpai di kawasan persisiran Borneo, di kawasan paya bakau dan hutan pinggir sungai. Ia juga dikenali dengan nama kera Belanda.[4]

ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri yang paling menonjol kera ini adalah hidung kera jantan yang menonjol. Kegunaan hidung besar tidak jelas, tetapi ia dicadangkan bahawa ia hanyalah hasil pilihan seksual, contoh, kera Bekantan betina cenderung kepada pasangan berhidung besar, dengan itu mengekalkan ciri-ciri tersebut.

Kera Bekantan jantan adalah lebih besar daripada kera betina. Kera Bekantan jantan boleh mencapai 72 sentimeter (28 inci) panjang, dengan ekor sehingga 75 sentimeter, dan berat sehingga 24 kg (53 paun). Kera Bekantan betina mencapai 60 sentimeter panjang, seberat 12 kg (26 paun).

Kera Bekantan juga berperut besar, disebabkan permakanan mereka. Siatem penghadaman mereka terbahagi kepada beberapa bahagian, dengan perut {flora) jelas, yang membantu mereka menghadamkan daun. Proses penghadaman ini menghasilkan banyak gas, menyebabkan perut buncit pada kera Bekantan ini. Kesan sampingan sistem penghadaman unik ini adalah kera Bekantan tidak mampu menghadamkan buah-buahan, tidak seperti simian lain.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Kera Bekantan melahirkan satu anak hidup selepas bunting selama 166 hari (Gorzitze, 1996). Ia beranak pada waktu malam, dan si ibu mula beranak pada dahan 2 hingga 3 atas pokok (Gorzitze, 1996). Ia baring mengiring pada sebelah (ischial callosities), sebelum beranak, yang berlangsung selama 3 minit (Gorzitze, 1996). Kera Bekantan betina akan makan placenta selepas melahirkan anak (Gorzitze, 1996). [5] [6] Anak akan tinggal bersama si ibu selama setahun.

Sosial[sunting | sunting sumber]

Kera Bekantan tinggal dalam kawanan 10 hingga 30 ekor. Ahli kumpulan mudah bertukar, dan ia diketahui berpindah dari satu kumpulan ke kumpulan lain dengan agak kerap.

Kera ini amat terancam, dan dianggarkan sekitar 7000 ekor, pada tahun 2004, masih kekal hidup liar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]