Lutong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lutong menjadi kawasan petempatan yang penting di Sarawak, Malaysia apabila loji penapisan petroleum milik Shell dan terminal minyak mentah dibina di sini. Lutong terletak di tepi pantai, berhadapan dengan Laut China Selatan. Kapal-kapal tangki petroleum terutama kapal MISC milik Malaysia selalu berlabuh di sini. Bandar berdekatan inilah Miri dan menjadi pelengkap kepada bandaraya Miri.

Kebanyakkan penduduk Lutong bekerja di Lembaga Pelabuhan Miri, Kawasan Perindustrian Piasau dan Terminal Minyak Mentah Miri yang dimiliki oleh Petronas Carigali Sdn Bhd. Taman Teknologi Permyjaya juga terletak di Lutong.