Cakoi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cebisan cakoi yang telah dikoyakkan

Cakoi merupakan doh berbentuk panjang, berwarna perang keemasan bila siap dimasak, ia dimasak dengan cara bergoreng, menggunakan minyak yang banyak dan merupakan satu masakan orang Cina dan di Indo-China. Kebiasaannya, ia dimakan ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya.

Di sebahagian kalangan penduduk utara semenanjung Malaysia, cakoi juga dikenali sebagai patongko, iaitu asal perkataan dari Thailand yang juga merujuk kepada kuih jenis ini.

Nama lain[sunting | sunting sumber]

Di Thailand, cakoi lebih diketahui sebagai patongkoh atau patongko. Di Myanmar (Burma), ia dikenali sebagai e kya kway. Bagi orang di Vietnam, masakan jenis ini dikenali dầu cháo quỷ, yakni ia merupakan satu perkataan yang berasal dari sebutan Kantonis.

Di China, cakoi dikenali dalam Mandarin sebagai Youtiao, ia juga dikenali dibahagian utara dan selatan China sebagai guozi (果子, pinyin: guǒzi). Manakala, dikalangan orang cina Kantonis pula, ia dikenali sebagai yau ja gwai atau ditulis sebagai you zha gui yang membawa maksud "kejahatan yang digoreng". Dikalangan orang cina Hokkien pula dikenali u char kway (Pe̍h-ōe-jī: iû-chia̍h-kóe).

Bagi kalangan orang di Filipina, cakoi disebut sebagai bitsu. Walaupun masakan jenis ini bukan global, tapi ia boleh didapati di Australia dengan nama chopstick cake yang dipanggil oleh orang cina Kemboja disana, dimana masakan ini dipanggil kerana ia menyerupai seperti kayu sepit. Cakoi juga boleh didapati dinegara-negara lain, yang mempunyai penduduk pendatang dari kalangan negara China dan Indo-China.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mengikut cerita orang-orang di China, perkataan yau ja gwai dan u char kway digunakan untuk menunjukkan tunjuk perasaan kepada Dinasti Song (960-1279), secara rasminya ialah Qin Kuai (秦檜, Kantonis: Chun Kui), yang mengumpulkan dan membentuk satu pakatan untuk menjatuhkan jeneral Yue Fei, seorang idola dalam menyemarakkan semangat kebangsaan dalam orang-orang cina.

Dikatakan, makanan ini menggambarkan dua bentuk manusia yang digoreng, kemudiannya ia bercantum ketika dimasak, yang dikatakan ia adalah Qin Kuai dan isterinya, kedua-duanya bergabung dengan musuh untuk menjatuhkan jeneral sehingga titisan darah terakhir. Jadi, cakoi dimakan dan dimasak berkeadaan dengan minyak yang banyak, seperti ia memusnahkan pasangan suami-isteri tersebut. Bagi mengekalkan tradisi kebencian ini, cakoi dibuat secara panjang hingga 2 kaki dan disatukan ditengah, bagi melambangkan pasangan tersebut[1].

Budaya pemakanan[sunting | sunting sumber]

China[sunting | sunting sumber]

  • Merupakan satu makanan sarapan pagi, dimakan dengan bubur.

Indonesia[sunting | sunting sumber]

  • Dimakan bersama sambal asam cair (dicecah).

Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • Cakoi bukanlah satu makanan atau masakan yang keasliannya datang dari kalangan Melayu, ia tercetus dari kedatangan pendatang orang-orang Cina, orang Siam dan juga orang Indo-China yang datang ke Malaysia. Namun, cakoi dimakan oleh orang Melayu bukan ketika sarapan, ia banyak didapati dijual oleh penjual gerai jalanan ketika waktu petang. Cakoi bagi kalangan Melayu, kebanyakkannya dimakan ketika waktu petang dan ia dicecah dengan kuah kacang cair. Cakoi jarang dibuat dirumah tapi hanya banyak dibeli digerai jalanan dan ketika pasar malam.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. West Lake, a Collection of Folktales (ISBN 9620400542) page 181.