Sepi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sepi
Pengarah Kabir Bhatia
Penerbit Puad Onah
Rosihan Zain (eksekutif)
Shazlira Hamzah (pembantu)
Pengarang Mira Mustaffa
Ara
Lakonan Afdlin Shauki
Vanidah Imran
Nasha Aziz
Tony Eusoff
Eja
Riezman Khuzaimi
Nurbaizura Ahmad Kahar
Syed Hussein (Sein Ruffedge)
Pierre Andre
Pengedar Grand Brilliance
Mula ditayang 26 Jun 2008
Tempoh ditayang 108 minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Perbelanjaan RM 1.5 juta[1]
Laman web rasmi

Rujukan Sinema Malaysia

Sepi ialah tajuk bagi sebuah filem Malaysia arahan Kabir Bhatia yang terkenal dengan filem Cinta, yang ditayangkan pada tahun 2008. Filem terbitan Alternate Studio yang juga menerbit filem Cinta sebelum ini, keluar di pawagam pada 26 Jun 2008.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem drama romantik ini mengisahkan 3 orang yang berasingan mengenal erti cinta, kehilangan dan kesepian. Adam (Afdlin Shauki), seorang tukang masak berjaya, meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan terbaik sekali untuk majlis perkahwinan. Tetapi dengan segala kejayaan beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri. Kemudian seorang pemilik kilang kasut bernama Sufi (Tony Eusoff) yang sekian hari cuba melenyapkan memori pemergian isterinya yang telah mati. Akhir sekali Imaan (Baizura Kahar) seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan kedalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka berkait di dalam satu insiden dramatik yang akan merubah kehidupan mereka buat selamanya.

Rakaman[sunting | sunting sumber]

Filem Sepi menonjolkan barisan pelakon daripada nama terkenal yang pernah menjulang pelbagai anugerah seperti Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasha Aziz, Eja, Pierre Andre, Tony Eusoff, Riezman Khuzaimi serta dua wajah baru, Baizura Kahar dan Syed Hussein (Sein Ruffedge). Rakamannya telah menelan belanja RM1.5 juta dan penggambarannya mengambil 35 hari, serta telah disunting sebanyak dua kali dari panjang asal yang mencecah 220 minit ke 108 minit. Pengarahnya Bhatia menegaskan bahawa filem Sepi dan filem Cinta "berbeza dari struktur penceritaannya."[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Mohd Suhairi B. Mat Johor, Mohd Faizal B. Hj Mohd Fauzi. "Filem ‘Sepi’ berlainan dengan filem ‘Cinta’", Sinema Malaysia, 2008-06-24. Dicapai pada 2008-07-06. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]