Balada Pencinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Balada Pencinta
PengarahKhir Rahman
PenulisKhir Rahman
Dihasilkan olehTengku Iesta Tengku Alaudin
DibintangiJohan As'ari
Siti Saleha
Sein Qudsi
Faizal Hussein
Iedil Putra
Miera Leyana
SinematografiAzri Izhar
Disunting olehMuzaffar Mahmood
Muzik olehAzan Tunestone
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 24 Oktober 2013 (2013-10-24) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 0.98 juta
Pecah panggungRM 0.27 juta

Balada Pencinta ialah sebuah filem drama romantik Malaysia 2013 diarahkan oleh Khir Rahman.[1] Teraju utama filem ini adalah Siti Saleha dan Johan As'ari.[2] Lagu tema filem ini bertajuk "Nanti" dinyanyikan oleh Khir, filem ini ditayangkan pada 24 Oktober 2013 oleh Grand Brilliance dan Primeworks Studios. Ia juga merupakan arahan kedua Khir dalam kerjayanya sebagai pengarah.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang kisah cinta terlarang di antara bekas kongsi gelap Amir (Johan As'ari) yang ingin memulakan kehidupan baru dengan menjadi seorang pemuzik jalanan, sementara Aisyah (Siti Saleha) pula adalah seorang yang amat meminati seni dan juga bangsawan. Kisah cinta mereka bertukar menjadi rumit apabila kedua ibu bapa Aisyah sudahpun merancangkan perkahwinan Aisyah bersama dengan Boy (Sein Ruffedge), seorang anak dari keluarga kaya dengan harapan ingin mengembangkan perniagaan kedua – dua keluarga mereka. Adakah Aisyah akan berpaling tadah dan hidup bahagia bersama Amir atau meneruskan kehidupannya bersama Boy yang kaya dan mempunyai agenda tersembunyi?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Balada Pencinta merupakan filem kedua arahan Khir Rahman selepas filem pertama beliau, ...Dalam Botol (2011) yang telah diterima baik oleh rata rata pengkritik filem tempatan. Katanya: "Saya bersyukur dengan kepercayaan yang diberi oleh Tengku Iesta Tengku Alaudin dan Grand Brilliance dalam memberi peluang buat saya untuk meneruskan usaha belajar dan menyelami ilmu pengarahan filem. Saya telah lakukan yang terhabis baik untuk filem ini dan harapan saya buat masa ini adalah hanya untuk ia diterima oleh penggemar dan pengkritik filem di luar sana." Dalam filem ini, beliau turut menulis 2 buah lagu baru yang bertajuk "Terima Kasih Aishah" dan "Nanti" yang diilhamkan dari filem ini. Johan As'ari dan Siti Saleha dipilih sebagai pelakon utama dan cukup sesuai dengan karakter yang telah diberikan. Antara pelakon–pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Miera Leyana, Iedil Putra, Sein Ruffedge, Azhan Rani, Norish Ismail, Ngasrizal Ngasri, Faizal Hussein, Dato Jalaluddin Hassan dan Dian P. Ramlee. Penggambaran filem ini dijalankan di sekitar Kuala Lumpur pada Jun 2012 dan dimuktamadkan pada Julai 2012.[4][5][6]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini ditayangkan pada 24 Oktober 2013 di pawagam seluruh Malaysia dan merupakan kegagalan komersial, hanya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM 0.27 juta.

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Balada Pencinta: Original Soundtrack
Runut bunyi oleh
Pelbagai artis
Dilancarkan pada2013
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenreRunut bunyi
BahasaBahasa Melayu Malaysia Edit the value on Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
No.TajukPenulisPenyanyiMasa
1."Terima Kasih Aisyah"Khir RahmanKhir Rahman
2."Nanti"Khir RahmanKhir Rahman
3."Ratuku"Awie, Johari TehAwie
4."Apokalips"M. NasirM. Nasir
5."Jika Kau Bercinta Lagi"M. NasirAlleycats
6."Anak Kampung"Jimmy Palikat
7."Tak Bisa Memilihmu"6ixth Sense
8."Penakut"Yunalis ZaraiYunalis Zarai


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Feride Hikmet Atak (18 Oktober 2013). Khir Rahman Terap Nilai Komersial & Seni Dalam 'Balada Pencinta'[pautan mati kekal] mSTAR Online. Dicapai pada 4 Julai 2015.
  2. ^ Romantis cara Johan, Saleha[pautan mati kekal] Kosmo! (24 Oktober 2013). Dicapai pada 4 Julai 2015.
  3. ^ Budiey (17 Oktober 2013). Filem Balada Pencinta Lakonan Siti Saleha & Johan As’ari Sensasi Selebriti. Dicapai pada 29 Jun 2014.
  4. ^ Aqmar Mustaza (26 Oktober 2013). "Balada Pencinta, mengusik jiwa". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Mei 2014.
  5. ^ Abdul Aziz Itar (24 Oktober 2013). "Lagi cinta dua darjat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Mei 2014.[pautan mati kekal]
  6. ^ 'Balada Pencinta' bukan sekadar filem cinta. Astro Awani. 25 Oktober 2013. Dicapai pada 11 Mei 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]