KL Zombi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
KL Zombi (2013)
KL ZOMBIE.jpg
Pengarah Woo Min Jin
Lakonan Zizan Razak
Siti Saleha
Zain Hamid
Izara Aishah
Faezah Elai
Usop Wilca
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia

Filem KL Zombie arahan Woo Min Jin yang merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari novel Zombijaya. Skrip dan Cerita Asal filem ini ditulis sendiri oleh penulis novelnya iaitu Adib Zaini dan Woo Ming Jin sendiri.

Filem ini mengunakan teknik solekan khas daripada team Ella Sandera untuk mewujudkan watak zombi yang nampak lebih real. KL Zombi merupakan sebuah filem yang berasaskan “escapism” dan mempunyai pelbagai ganre seperti seram, komedi, dan aksi. Pengambaran filem ini telah dilakukan di sekitar Kuala Lumpur.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

KL Zombi mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri. Namun, segalanya menjadi porak peranda apabila sejenis wabak merbahaya yang menukarkan manusia menjadi zombi telah merebak di sekitar Kuala Lumpur. Watak utamanya, Nipis yang dimainkan oleh Zizan Raja Lawak terpaksa bertarung nyawa demi menyelamatkan dirinya sendiri serta rakan-rakannya yang lain daripada dijangkiti wabak tersebut.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. Zizan Razak sebagai Nipis
  2. Siti Saleha sebagai Nora
  3. Zain Hamid sebagai Aliff
  4. Izara Aishah sebagai Ana
  5. Iedil Putra sebagai Kamarul
  6. Faezah Elai sebagai Sofea
  7. Azhanrani sebagai Azman
  8. Afiq Izuddin sebagai Afiq
  9. Nur Syafiqah sebagai Lisa
  10. Usop Wilca sebagai Bro Khalid
  11. Dato Ahmad Tamimi Siregar sebagai Dato Farouk
  12. Yus Raja Lawak sebagai Boroi
  13. Fadzli Daniel Ali sebagai Zaini
  14. Miau Miau sebagai Mrs Khoo
  15. Jagen sebagai Devan
  16. Buzen Hashim sebagai Din

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Kenapa filem ini wajib tengok adalah kerana barisan para pelakon yang berkaliber ditambah dengan suntingan pengarah dan pengarang novel Zombijaya sendiri yang akan membuatkan filem ini bertambah menarik. Apa yang paling penting, teknik solekan khas keatas watak-watak zombi merupakan satu kelainan yang cuba ditonjolkan. Melalui teknik solekan yang profesional mampu membuat filem ini seolah-olah setanding dengan filem fiksyen dari luar negara. Sudah pasti filem ini mampu membuatkan para penonton berpuas hati.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://cinemamalaysia.com.my/film/info/?id=KL_Zombie_1220
  2. http://ohartis.com/2013/08/ulasan-filem-kl-zombi-tayangan-29-ogos-2013/