Rapid Penang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rapid Penang Sdn. Bhd.
(Rapid Penang)
Jenis Sendirian berhad
Industri Pengendalian pengangkutan awam
Ditubuhkan Jun 2007
Ibu pejabat George Town,Pulau Pinang,
Malaysia Malaysia
Tempat dibekalkan George Town Dan Negeri Pulau Pinang, Malaysia
Perancang utama Azhar Ahmad (CEO)
Produk Pengangkutan bas awam
Pemilik Kementerian Kewangan Malaysia
Induk Syarikat Prasarana Negara Berhad
Laman web http://www.rapidpg.com.my

Rapid Penang, singkatan bagi Rapid Penang Sendirian Berhad, ialah sebuah syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan untuk mengendali perkhidmatan bas di negeri Pulau Pinang di Malaysia. Perkhidmatan Rapid Penang mula beroperasi mulai 31 Julai 2007.

Rapid Penang merupakan syarikat pengendali pengangkutan awam kedua yang didirikan kerajaan Malaysia, setelah pelancaran Rapid KL pada tahun 2004 bagi mengambil alih segala pengendalian LRT dan sebahagian besar rangkaian bas di Lembah Klang.

Rapid Penang merupakan anak syarikat Syarikat Prasarana Negara Berhad. Sepertilah Rapid KL, aset-aset yang dikendali oleh Rapid Penang adalah milik Syarikat Prasarana Negara Berhad.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Langkah yang diambil Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk mengendalikan perkhidmatan bas di Pulau Pinang timbul memandangkan keadaan perkhidmatan bas di negeri tersebut yang semakin tenat.[1]

Para pengendali bas Pulau Pinang menghadapi masalah kewangan selama bertahun-tahun dan situasi tersebut makin tenat apabila salah sebuah syarikat terbesar dan terkenal di negeri tersebut, Yellow Bus Company Berhad yang beroperasi selama 58 tahun, tiba-tiba lingkup pada 1 Januari 2004, menyebabkan banyak pengguna kehilangan satu pilihan pengangkutan yang penting.[2] Pada 1 April 2006, kerajaan Negeri Pulau Pinang merombak semula keseluruhan rangkaian bas dan berharap ia dapat meningkatkan semula mutu perkhidmatan bas. Menurut laluan-laluan yang diperbaharui, bas-bas besar berkhidmat di laluan "utama" manakala bas mini berkhidmat dalam laluan "feeder" yang bercabang dari laluan utama.[3] Bagaimanapun, pembaharuan tersebut gagal memperbaiki situasi[4], lalu Kerajaan Negeri meluahkan hasratnya untuk mencontohi pembaharuan yang dilakukan di Kuala Lumpur.[5] Pada bulan Februari 2007, Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Koh Tsu Koon mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mengendalikan perkhidmatan bas di negeri berkenaan.[6]

Pada 31 Julai 2007, Rapid Penang memulakan operasi setelah dilancarkan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi sebagai sebahagian inisiatif Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

Pas bulanan[sunting | sunting sumber]

Jenis Rapidpass Harga Maklumat
Preferred.JPG

Rapid Preferred

RM75 Perjalanan penuh 1 bulan bagi orang dewasa.

Rapid Preferred di Rapid Penang Website

RapidPGYouth.JPG

Rapid Youth

RM35 Perjalanan penuh 1 bulan bagi pelajar sekolah, Pelajar Universiti/Kolej.

Rapid Youth di Rapid Penang Website

RapidPGEmas.JPG

Rapid Emas

RM35 Perjalanan penuh 1 bulan bagi orang kurang upaya dan warga emas yang berumur 60 ke atas.

Rapid Emas di Rapid Penang Website

RapidPGPassport.JPG

Rapid Passport

RM30 7 Hari Perjalanan khususnya bagi pelancong dan pihak-pihak yang ingin dapat rapidpass untuk perjalanan tempoh pendek.

Rapid Passport di Rapid Penang Website

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Singh, Sharanjit (20 Februari 2007), Rapid KL to manage Penang buses, New Straits Times: 22 
  2. Ng, Su-Ann (2 Januari 2004), End of the road for Yellow Bus after 58 years, The Star: 19 
  3. Tan, Emmeline; K, Kasturi Dewi (1 April 2004), New bus system starts today, The Star (Penang final edition): 16 
  4. Yeng, Ai Chun (4 Julai 2006), Bus system in a mess, The Star: 3 
  5. KL bus system for Penang, The Star, 24 Ogos 2006: 28 
  6. Singh, Sharanjit (20 Februari 2007), RapidKL to manage Penang buses, New Straits Times: 22