Pengguna:MHG1991/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahas Piala Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Bahas Piala Perdana Menteri ataupun lebih dikenali sebagai Piala Perdana Menteri (PPM) merupakan pertandingan bahas sekolah-sekolah yang tertua di Malaysia. Piala Perdana Menteri merupakan pertandingan bahas yang dianjurkan khusus untuk sekolah berasrama penuh (SBP) di Malaysia.

Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh bermula pada tahun 1974 di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Pertandingan ini dilancarkan bagi memenuhi hasrat Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua, yang mahu melihat lahirnya bakat pemimpin yang dinamis, cerdas dan bijaksana dari Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.

Bahas Piala Perdana Menteri ini diadakan buat kali pertama pada tahun 1974 dan hanya 10 buah Sekolah Berasrama Penuh yang mengambil bahagian. Sekolah- sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Kedah; Sekolah Tun Fatimah, Johor; Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur; Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; Sekolah Datuk Abdul Razak, Negeri Sembilan; Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur; Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan; Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur; dan Kolej Islam Klang, Selangor. Maktab Tentera Diraja ialah Sekolah Berasrama Penuh yang tidak terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi pihak Pengelola Pertandingan Bahas bersetuju memasukkan maktab tersebut dalam pertandingan ini. MTD kekal menyertai Bahas Piala Perdana Menteri hingga kini.

Pada tahun 1975, bilangan Sekolah Berasrama Penuh yang mengambil bahagian bertambah dari 10 kepada 18 buah. Pada tahun 1976, Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Perlis ikut serta dalam pertandingan ini. Sekolah Menengah Sains Sultan Muzaffar Shah, turut mengambil bahagian pada tahun 1977 menjadikan bilangan SBP yang mengambil bahagian sebanyak 20 buah semuanya.

Pada tahun 1984 dengan penubuhan lima buah Sekolah Menengah Sains yang baharu dan sebuah Sekolah Menengah Agama menjadikan sekolah yang mengambil bahagian menjadi 26 buah. Sekolah- sekolah itu ialah Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu; Sekolah Menengah Sains Perak, Perak; Sekolah Menengah Sains Raub, Pahang; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Petaling Jaya; kini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.

Pada tahun 1997, pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) telah mengalami perubahan format. Bermula pada tahun 1997 format pertandingan perbahasan telah berubah kepada Perbahasan Ala Parlimen. Pertandingan ini sekali lagi mengalami perubahan apabila bermula 2017. Piala Perdana Menteri mula menggunakan sistem "power match swiss bracket[1]" yang mengambil model "World School Style debate".

Pada tahun 2015, sebanyak 70 buah SBP dan Maktab Tentera Diraja telah mengambil bahagian dalam pertandingan awal, suku akhir dan separuh akhir di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor selaku tuan rumah Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Ke-42. Dua sekolah terbaharu yang menyertai pertandingan ini ialah Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Sains Gua Musang, Kelantan.

Piala Pusingan[sunting | sunting sumber]

Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu dihadiahkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua, sebagai Piala Pusingan Pertandingan Bahas Tahunan antara SBP. Reka bentuk piala ini dilukis dan direka oleh YBhg. Datuk Baharuddin bin Kasim, seorang arkitek dan Jurubina Bertiga, Petaling Jaya, Selangor dan bekas murid Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK), Perak Darul Ridzuan.

Pada bahagian atas piala ini terdapat lapan bulan sabit yang melambangkan lidah-lidah dan pecahan bulan-bulan sabit yang bercantum di hujung, melambangkan mulut-mulut anggota pembahas. Reka bentuk bulan itu juga melambangkan bulatan dunia dan diterjemahkan sebagai luasnya pengetahuan yang perlu bagi seseorang yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan bahas.

Piala Perdana Menteri Bahasa Inggeris dihadiahkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat sebagai Piala Pusingan Pertandingan Bahas Tahunan antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh, kategori Bahasa Inggeris. Piala yang diperkenal pada tahun 1990 ini masih kekal dalam bentuk dan ukuran sebagaimana Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu.

Senarai Pemenang Kategori Bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Tahun Johan Naib Johan
1974 Sekolah Alam Shah Sekolah Tun Fatimah
1975 Kolej Islam Klang Kolej Melayu Kuala Kangsar
1976 Kolej Islam Klang Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra
1977 Kolej Tunku Kurshiah Kolej Islam Klang
1978 Kolej Islam Klang Sekolah Tun Fatimah
1979 Sekolah Tun Fatimah Sekolah Dato' Abdul Razak
1980 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Dato' Abdul Razak
1981 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Kolej Islam Klang
1982 Sekolah Dato' Abdul Razak Kolej Tunku Kurshiah
1983 Kolej Islam Klang Sekolah Menengah Sains Johor
1984 Sekolah Tun Fatimah Sekolah Menengah Sains Machang
1985 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu Sekolah Tun Fatimah
1986 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Sekolah Tuanku Abdul Rahman
1987 Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin Sekolah Menengah Sains Raub
1988 Sekolah Tuanku Abdul Rahman Sekolah Alam Shah
1989 Sekolah Alam Shah Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
1990 Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin Kolej Islam Sultan Alam Shah
1991 Sekolah Alam Shah Sekolah Tuanku Abdul Rahman
1992 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Alam Shah
1993 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Menengah Sains Muar
1994 Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin Sekolah Seri Puteri
1995 Sekolah Menengah Sains Muar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
1996 Sekolah Tuanku Abdul Rahman Kolej Melayu Kuala Kangsar
1997 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
1998 Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Kolej Melayu Kuala Kangsar
1999 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
2000 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Kolej Melayu Kuala Kangsar
2001 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
2002 Kolej Islam Sultan Alam Shah Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
2003 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
2004 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Sekolah Menengah Sains Dungun
2005 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah,Pekan
2006 Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah,Pekan
2007 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
2008 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Sekolah Menengah Sains Tun Raja Azlan Shah
2009 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Sekolah Menengah Sains Selangor
2010 Sekolah Dato' Abdul Razak Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak
2011 Sekolah Tuanku Abdul Rahman Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
2012 Sekolah Seri Puteri Sekolah Dato' Abdul Razak
2013 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Sekolah Menengah Sains Alam Shah
2014 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
2015 Sekolah Tuanku Abdul Rahman Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
2016 Sekolah Menengah Sains Banting Kolej Tunku Kurshiah
2017 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Sekolah Menengah Sains Batu Pahat
2018 Kolej Melayu Kuala Kangsar Sekolah Sultan Alam Shah
2019 Sekolah Dato' Abdul Razak Sekolah Sultan Alam Shah
2020 Tidak dipertandingkan kerana pandemik Covid-19 Tidak dipertandingkan kerana pandemik Covid-19

Senarai Pemenang Kategori Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

Tiada rekod

Rekod sejak 1974[sunting | sunting sumber]

A. Rekod - Kemenangan Terbanyak Bahas Piala Perdana Menteri kategori Bahasa Melayu
Johan Terbanyak Kategori Bahasa Melayu Tahun Kemenangan Tahun Naib Johan
Kolej Melayu Kuala Kangsar (6) 1980, 1992, 1993,1999, 2014, 2018 1975, 1996, 1998, 2000
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (6) 2003, 2005, 2008, 2009, 2013, 2017 2014, 2015
Kolej Islam Klang / Kolej Islam Sultan Alam Shah (5) 1975, 1976, 1978, 1983, 2002 1977, 1981, 1990
B. Rekod - Sekolah yang berjaya mempertahankan kejuaraan (dua atau tiga tahun berturut-turut)
Sekolah Tahun
Kolej lslam Klang / Kolej Islam Sultan Alam Shah 1975, 1976
Kolej Melayu Kuala Kangsar 1992, 1993
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena 2000, 2001
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang 2008, 2009

Bahas Piala Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Bahas Piala Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Bahas Piala Perdana Menteri ataupun lebih dikenali sebagai Piala Perdana Menteri (PPM) merupakan pertandingan bahas sekolah-sekolah yang tertua di Malaysia. Piala Perdana Menteri merupakan pertandingan bahas yang dianjurkan khusus untuk sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) di Malaysia.

Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh bermula pada tahun 1974 di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. Pertandingan ini dilancarkan bagi memenuhi hasrat Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua, yang mahu melihat lahirnya bakat pemimpin yang dinamis, cerdas dan bijaksana dari Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.

Bahas Piala Perdana Menteri ini diadakan buat kali pertama pada tahun 1974 dan hanya 10 buah Sekolah Berasrama Penuh yang mengambil bahagian. Sekolah- sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Kedah; Sekolah Tun Fatimah, Johor; Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur; Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; Sekolah Datuk Abdul Razak, Negeri Sembilan; Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur; Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan; Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur; dan Kolej Islam Klang, Selangor. Maktab Tentera Diraja ialah Sekolah Berasrama Penuh yang tidak terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi pihak Pengelola Pertandingan Bahas bersetuju memasukkan maktab tersebut dalam pertandingan ini. MTD kekal menyertai Bahas Piala Perdana Menteri hingga kini.

Pada tahun 1975, bilangan Sekolah Berasrama Penuh yang mengambil bahagian bertambah dari 10 kepada 18 buah. Pada tahun 1976, Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Perlis ikut serta dalam pertandingan ini. Sekolah Menengah Sains Sultan Muzaffar Shah, turut mengambil bahagian pada tahun 1977 menjadikan bilangan SBP yang mengambil bahagian sebanyak 20 buah semuanya.

Pada tahun 1984 dengan penubuhan lima buah Sekolah Menengah Sains yang baharu dan sebuah Sekolah Menengah Agama menjadikan sekolah yang mengambil bahagian menjadi 26 buah. Sekolah- sekolah itu ialah Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu; Sekolah Menengah Sains Perak, Perak; Sekolah Menengah Sains Raub, Pahang; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Petaling Jaya; kini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.

Pada tahun 1997, pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) telah mengalami perubahan format. Bermula pada tahun 1997 format pertandingan perbahasan telah berubah kepada Perbahasan Ala Parlimen. Pertandingan ini sekali lagi mengalami perubahan apabila bermula 2017. Piala Perdana Menteri mula menggunakan sistem "power match swiss bracket[2]" yang mengambil model "World School Style debate".

Pada tahun 2015, sebanyak 70 buah SBP dan Maktab Tentera Diraja telah mengambil bahagian dalam pertandingan awal, suku akhir dan separuh akhir di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor selaku tuan rumah Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Ke-42. Dua sekolah terbaharu yang menyertai pertandingan ini ialah Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Sains Gua Musang, Kelantan.

Piala Pusingan[sunting | sunting sumber]

Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu dihadiahkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua, sebagai Piala Pusingan Pertandingan Bahas Tahunan antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh. Reka bentuk piala ini dilukis dan direka oleh YBhg. Datuk Baharuddin bin Kasim, seorang arkitek dan Jurubina Bertiga, Petaling Jaya, Selangor dan bekas murid Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK), Perak Darul Ridzuan.

Pada bahagian atas piala ini terdapat lapan bulan sabit yang melambangkan lidah-lidah dan pecahan bulan-bulan sabit yang bercantum di hujung, melambangkan mulut-mulut anggota pemidato. Reka bentuk bulan itu juga melambangkan bulatan dunia dan diterjemahkan sebagai luasnya pengetahuan yang perlu bagi seseorang yang ingin mengambil bahagian dalam peraduan bahas.

Piala Perdana Menteri Bahasa Inggeris dihadiahkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat sebagai Piala Pusingan Pertandingan Bahas Tahunan antara Sekolah-sekolah Berasrama Penuh. Piala yang diperkenal pada tahun 1990 ini masih kekal dalam bentuk dan ukuran sebagaimana Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu.