Sekolah Menengah Sains Alam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
SM Sains Alam Shah
(ASiS)
Moto "Kreatif Inovatif Produktif"
Dirasmikan 16 Jun 2003
Jenis Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
Pengetua Baharuddin bin Burhan
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Razmi bin Abdul Razak
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Mohd. Khirudin bin Awang
Penolong Kanan Kokurikulum Rijaludin bin Che Mat
Ketua Pelajar MUHAMMAD NOOR MUSTASYAR BIN MOHD.HASBULLAH
Kod sekolah WEA 0247
Lokasi Bandar Tun Razak, Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Nama singkatan ASiS / SMSAS
Laman web Laman SM Sains Alam Shah
Telefon (+6)03-91315014
Faks (+6)03-91318119
"MENZAHIRKAN PEMIMPIN BERTARAF DUNIA"



SM Sains Alam Shah (SMSAS) atau lebih dikenali sebagai Alam Shah Science School (ASiS) yang terletak di Kuala Lumpur dan merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 16 Jun 2003 apabila 84 orang pelajar Tingkatan 4 dari seluruh negara telah mendaftarkan diri berdasarkan kecemerlangan mereka dalam PMR. Sekolah ini ditubuhkan di atas bekas tapak Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) yang telah berpindah ke Putrajaya pada tahun 2003. Sekolah ini adalah salah sebuah daripada enam SBP putera. Kemasukan ke ASiS bermula dari tingkatan empat.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Kampus Sekolah Menengah Sains Alam Shah terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Kedudukannya sangat kondusif dari segi peranannya sebagai sebuah institusi pendidikan putera. Kampus Sekolah Menengah Sains Alam Shah terletak di atas tapak seluas 34 hektar menampung 3 blok bangunan sekolah dan pentadbiran, 4 blok asrama, 1 dewan makan, 1 apartmen guru, 1 apartmen staf sokongan, sebuah banglo pengetua dan 6 kuaters guru. Sekolah ini juga bersebelahan dengan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Sains Selangor, Institut Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Teknik dan berdekatan dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Pemilihan pelajar adalah berdasarkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari seluruh negara seperti mana pemilihan kemasukan pelajar SBP yang lain. Kumpulan pertama pelajar ASiS ini telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004. Jumlah calon ialah 84 orang.

Pengetua pertama ialah Tn. Hj. Mohd Idrus bin Abdul Hamid yang mulai bertugas pada 16.6.2003 dan sudah bersara dan tempat beliau diganti dengan seorang pengetua baharu dari SM Sains Muzaffar Shah, Melaka iaitu Encik Baharuddin bin Burhan. Beliau dibantu oleh Timbalan Pengetua (Akademik), En. Razmi bin Abdul Razak yang memulakan tugasnya pada 1.9.2003, Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Pelajar) ialah Ustaz Khiruddin bin Awang yang mula bertugas mulai awal tahun 2011 sehingga sekarang yang sebelumnya Encik Ahmad Shafrin bin Abd Aziz dan Timbalan Pengetua (Kokurikulum), En. Rijaludin bin Che Mat yang memulakan tugasnya pada 1.1.2004 hingga sekarang.

Guru-guru perintis ASiS pula adalah seramai 13 orang yang mulai berkhidmat di ASiS pada 16 Jun 2003. Merekalah yang telah bertungkus- lumus menggembleng tenaga dan keringat bagi memastikan ASiS dapat melaksanakan proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) walaupun dalam serba kekurangan. Guru lapisan kedua mula melapor diri pada 16.9.2003 iaitu seramai 12 orang.

Kini, warga ASiS semakin bertambah. Pada tahun 2009, jumlah guru ASiS adalah seramai 51 orang, manakala staf sokongan pula seramai 22 orang. Bilangan pelajar pula mencecah hampir 600 orang. Dalam tempoh enam tahun ini juga, ASiS telah mengukir pelbagai kejayaan sehingga bukan sahaja dikenali di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2007, ASiS berjaya memenangi Piala Perdana Menteri, pertandingan paling berprestij antara SBP, dalam bahas bahasa inggeris. Pada tahun 2011 pula, pasukan yang terdiri daripada Amier Zaryff, Kudrat Lokman, Al Imran Kamarudzaman dan Rizal Razak berjaya mendapat naib johan dalam Tan Sri Paduka Hajah Saleha National Debate Competition. Pada tahun 2012 pula, pasukan ragbi ASiS, yang diketuai kapten Ameroul Ashraf, berjaya memenangi Naib Johan Plate dalam pertandingan PowerBar Annual International Rugby Championship yang diadakan di SM Sains Selangor. Itulah serba sedikit tentang kejayaan ASiS dalam kokurikulum.

[sunting] Misi dan Visi

Misi
Sekolah Menengah Sains Alam Shah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang membangunkan modal insan yang berkualiti berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Visi
Menzahirkan pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah bertaraf dunia menjelang tahun 2015.

[sunting] Senarai Pengetua ASiS

1.2003 - 2011 : Tn.Hj.Idrus bin Abdul Hamid
2.2011 - Kini : Tn.Hj.Baharudin bin Dato' Wira Hj.Burhan

[sunting] Senarai Pentadbir (Semasa)

Bil Nama Jawatan
1. Baharuddin bin Burhan Pengetua Cemerlang
2. Razmi bin Abdul Razak Timbalan Pengetua (Akademik)
3. Mohd. Khiruddin bin Awang Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Murid)
4. Rijaludin bin Che Mat Timbalan Pengetua ( Kokurikulum)
5. Rosni binti Manap Ketua Bidang Kemanusiaan
6. Nor'Ainun bt Mat Ketua Bidang Teknik & Vokasional
7. Rohaya bt Bakar Ketua Bidang Sains
8. Norzila bt Ali Musa Ketua Bidang Bahasa

[sunting] Rumah Sukan

Para teknokrat ASiS dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan. Penempatan pelajar di asrama juga adalah mengikut rumah sukan. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, ko-kurikulum, sukan dan sebagainya. Rumah-rumah ini mempunyai satu matlamat iaitu untuk dinobatkan sebagai Rumah Terbaik pada Majlis Makan Malam Nostalgia Abadi setiap tahun.

Rumah Warna Emblem
Bendahara Biru Jerung
Syahbandar Kuning Harimau
Laksamana Merah Kala jengking
Temenggung Hijau Helang

[sunting] Lagu Sekolah

Marilah pelajar kita semua
Menuntut ilmu amalan mulia
Samalah kita usaha sampai berjaya
Itulah harapan semua

Kamilah penuntut yang setia
Rajin usaha asas kita semua
Bersatu kita teguh usaha bersama
Majulah Sains Alam Shah

Dengarlah dan ingatlah
Pesanan semua
Harapan ayah bonda
Semoga berjaya

Kamilah penuntut yang setia
Rajin usaha asas kita semua
Bersatu kita teguh usaha bersama
Menuju cita semua

[sunting] Akademik

ASiS sememangnya dikenali dalam kalangan SBP kerana pencapaian hebat dalam bidang akademik. ASiS kekal dalam kelas tersendiri apabila menduduki kalangan 10 sekolah terbaik dalam SBP dan sekolah-sekolah menengah seluruh negara melalui peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

BATCH TAHUN SPM KED.DLM SBP NAMA BATCH KETUA PELAJAR
BATCH 0304 2004 24 PIONEER MOHD.HAFIZ BIN AHMAD BASUKI
BATCH 0405 2005 4 KL RHYNO 0405 MOHD AKMAL BIN MEHAT
BATCH 0506 2006 3 ASSASINS AZFAR ISRAA BIN ABU BAKAR
BATCH 0607 2007 2 R[IV]OLUSIS SYED HAMIMIE FAKHRI BIN SYED MOHAMAD
BATCH 0708 2008 3 REFORMASI[V] NOR AZHAR BIN BAHAROM
BATCH 0809 2009 5 SA[VI]OUR DANIAL ZIKRI BIN ZULKIFLI
BATCH 0910 2010 6 PATRIOTS-VII MUHAMMAD HARIZ BIN MD.HUSNI
BATCH 1011 2011 11 INFINATE 8 NIK MUHAMMAD AQIL BIN ROSILAN
BATCH 1112 2012 MUHAMMAD NOOR MUSTASYAR BIN MOHD.HASBULLAH

[sunting] Pengantarabangsaan

Semenjak penubuhannya, ASiS aktif menjalankan program pengantarabangsaan melibatkan para guru dan pelajar. Program yang lebih dikenali sebagai ASiS Internationalization Programme ini setakat ini telah membawa para teknokrat ASiS menjejakkan kaki ke pelbagai buah negara. Terkini, bendera ASiS berkibar di bumi Beijing, China pada Jun lalu.

Antara program pengantarabangsaan yang pernah dianjurkan :

TAHUN PROGRAM NEAGARA DILAWATI
2007

1.Program Pengantarabangsaan

INDONESIA

2008

1.Misi Kemanusiaan 2008
2.Program Pengantarabangsaan I
3.Program Pengantarabangsaan II
4.Program Pengantarabangsaan III
5.International Students Science Fair (ISSF) 2008

Jogjakarta, INDONESIA
Bangkok, THAILAND
Satun, THAILAND
Nakhon Si Thammarat, THAILAND
Kyoto, JEPUN

2009

1.International Students Science Fair (ISSF) 2009
2.ASiS2Aussie Programme

SINGAPURA
Perth, AUSTRALIA

2010

1.Program Pengantarabangsaan I
2.Program Pengantarabangsaan II
3.Misi Kemanusiaan 2010
4.International Students Science Fair (ISSF) 2010
5.Rits Super Science Fair (RSSF) 2010

London, UNITED KINGDOM
Lombok, INDONESIA
VIETNAM
Adelaide, AUSTRALIA
Kyoto, JEPUN

2011

1.Program Pengantarabangsaan I
2.Misi Kemanusiaan 2011
3.Program Pengantarabangsaan II
4.Program Pengantarabangsaan III
5.Program Pengantarabangsaan IV
6.Program Pengantarabangsaan V
7.Program Pengantarabangsaan VI
8.Program Pengantarabangsaan VII
9.Program Pengantarabangsaan VIII
10.International Students Science Fair (ISSF) 2011
11.Korea Academy Science Fair (KSASF) 2011
12.International Water Forum (IWF) 2011
13.Rits Super Science Fair (RSSF) 2011

Beijing, CHINA
VIETNAM & CAMBODIA
Lombok, INDONESIA
Jakarta, INDONESIA
Sumbawa, INDONESIA
Satun, THAILAND
BRUNEI
Nakhon Si Thammarat, THAILAND
SINGAPURA
Bangkok, THAILAND
Pusan, KOREA
Kyoto, JEPUN
Tokyo, JEPUN

2012

1.International Students Science Fair (ISSF) 2012
2.Rits Super Science Fair (RSSF) 2012
3.International Conference for Youth Scientist (ICYS) 2012

Winnipeg, KANADA
Tokyo, JEPUN
BELANDA

Melalui program pengantarabangsaan inilah, ASiS berkongsi idea mengenai sistem pembelajaran bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2008, ASiS menjadi sekolah pertama dari Malaysia yang menandatangai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Mahidol-Wittayanusorn School yang merupakan sekolah khas naungan kerajaan Thailand untuk intelek-intelek terbaik negara itu.

[sunting] Galeri

[sunting] Rujukan


[sunting] Pautan luar


Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain