Sekolah Menengah Sains Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Sains Johor
Lencana SMSJ

Lencana SMSJ

Alamat KM. 1, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, Johor.
Telefon
Faksimili
Klasifikasi Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kerajaan
Moto
Slogan "Budi, Karya, Bakti"
Kod Sekolah
Pengetua Tuan Idris b. Ahmad
Penolong Kanan Pentadbiran Encik Hj. Khairudin bin Sapar
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Encik Basir bin Ibrahim
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Sahnizam b. Miswan
Tahun dirasmikan 23 Mei 1973


Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh dan Sekolah Berprestasi Tinggi yang telah dibina pada tahun 1973 di bawah Rancangan Malaysia Ke-2.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Upacara meletakkan batu asas sekolah ini dilakukan oleh Tun Hamdan Bin Sheikh Tahir, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada hari Rabu, 23 Mei 1973.

Kumpulan pertama pelajar SMSJ ditempatkan sementara di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sehinggalah sekolah ini siap dibina dan mula digunakan pada bulan April 1974. Pengetua pertama ialah Tuan Syed Ahmad Omar Al-Atas dan sejak tahun 1974, 13 orang pengetua telah mentadbir sekolah ini.

Lokasinya yang terletak kira-kira satu kilometer dari bandar Kluang dengan kawasan seluas 32 ekar, SMSJ menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar peringkat menengah dari tingkatan satu hingga lima. Kelas tingkatan enam dibuat pada tahun 1974 dengan 28 orang pelajar dan program ini tamat pada tahun 1984. Dari tahun 1985 sehingga 1989, sekolah ini menjalankan program GCE A-level. Sejak tahun 1990 sehingga sekarang, sekolah ini menerima pelajar tingkatan satu hingga lima sahaja. Mulai tahun 1994 sehingga 1998, sekolah ini menerima pelajar tingkatan satu daripada keluarga berpendapatan rendah.

Padang utama siap pada tahun 1976 dan padang kedua siap pada tahun 1988. Kelas komputer dijalankan mulai tahun 1976. Semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 digalakkan mengikuti kursus komputer selama 3 tahun. Surau yang boleh menampung seramai 800 orang telah siap dibina pada tahun 1993 dan telah menjadi pusat kecemerlangan rohani. Sekolah ini juga telah mendapat bangunan tambahan yang dijadikan sebagai koperasi sekolah.

Pada tahun 1996, empat buah kelas tingkatan 4 telah dikhaskan untuk aliran Sains Kejuruteraan dan hanya sebuah kelas untuk Sains Tulen dan kini, sekolah ini mempunyai tiga kelas sains tulen dan dua kelas sains teknikal. Sekolah ini telah terpilih menjadi sekolah bestari pada tahun 1999.


[sunting] Pengetua-pengetua

  1. 1973-1974: Tuan Syed Ahmad b. Syed Omar
  2. 1974-1981: Hamzah b. Hj.Abdul Rahid, P.I.S
  3. 1982-1984: Tuan Haji Abu Bakar b. Bachik
  4. 1984-1985: Abd Malik b. Ismail
  5. 1986-1987: Tuan Hj. Shukor b. Md Dom, P.I.S
  6. 1987-1988: Tuan Hj. Mohd Ropi b. Jahis, P.I.S
  7. 1988-1994: Tuan Hj. Abu Naim b. Hj Siran, P.I.S
  8. 1994-1997: Jailani b. Rusni, A.M.N
  9. 1997-Dis 1997: Tuan Hj. Rokhani b. Mangi
  10. Apr-Dis 1998: Tuan Hj. Abdullah b. Idrus
  11. Dis 1998-Jun 2001: Tuan Hj. Umar b. Kamari
  12. Jun 2001-Ogos 2002: Tuan Hj. Kamarudin b. Abu
  13. 2002-2010: Tuan Hj. Nojumuddin b. Abd Samad P.I.S
  14. Kini : Tuan Hj. Idris B. Ahmad

[sunting] Tema Sekolah

Menyediakan pelajar supaya mempunyai kemampuan akademik serta jati diri yang unggul untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

[sunting] Rumah Sukan

  1. Purnama (Merah)
  2. Suria (Kuning)
  3. Segara (Biru)
  4. Buana (hijau)

[sunting] Badan Pengurusan Sekolah

  1. Lembaga Pengawas
  2. Pustakawan Pusat Sumber
  3. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  4. Lembaga Koperasi
  5. Jawatankuasa Biro Sri Budiman
  6. Badan Pengurusan Asrama (BAPENA)
  7. Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)

[sunting] Badan Berunifom

  1. Pergerakan Pengakap
  2. Persatuan Kadet Bersatu Sekolah (PKBM)
  3. Persatuan Kadet Bomba dan Penyelamat
  4. Persatuan Kadet Polis
  5. Persatuan Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  6. Pergerakan Pandu Puteri & Renjer Puteri
  7. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
  8. Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
  9. Persatuan Seni Silat
  10. Persatuan Taekwondo

[sunting] Persatuan dan Kelab

  1. Persatuan Pelajar Islam (PPI)
  2. Kelab Seni Kreatif
  3. Persatuan Bahasa Arab
  4. Persatuan Bahasa Melayu dan Sastera (BAHTERA)
  5. English Language Debate and Scrabel Society (ELDSS)
  6. Persatuan Bahasa Mandarin
  7. Persatuan Matematik
  8. Persatuan Sains dan Reka Cipta
  9. Persatuan Sejarah
  10. Persatuan Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
  11. Persatuan Geografi
  12. Persatuan Bahasa Jerman
  13. Persatuan Kejuruteraan
  14. Kelab Fotografi (SJPC)
  15. Kelab Kompang
  16. Kelab Muzik dan Koir
  17. Kelab Hoki
  18. Kelab Nasyid
  19. Kelab Pengguna
  20. Kelab Pencegah Jenayah
  21. Kelab Rekreasi
  22. Kelab Zapin Selayah Pujangga

[sunting] Lagu Sekolah

[sunting] Lirik

Majulah-majulah
Sekolah yang tercinta
Biar Indah
Megah dan Mashur

Berbakti untuk nusa dan bangsa
Di sepanjang masa
Ku serah Jiwa dan Ragaku
Untuk bimbingan
Dan Didikan

Ku cari ilmu
Ku taburkan bakti
selagi ada hayatku

Berjasalah berjasa
Sekolah yang tercinta
Sinar Harapan
Putera dan puteri

Teguh berdiri
Sepanjang Zaman
Membela ibu pertiwi

[sunting] Pautan luar


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.