Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
| Moto | Berilmu, Beramal, Bertaqwa |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1995 |
| Jenis | Sekolah menengah sains, Sekolah kerajaan |
| Pengetua | Tuan Haji Jamaluddin bin Ariffin |
| Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik | Encik Wan Mohd Sopi bin Wan Muda |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Azizam bin Mohamad |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Che Mahmud bin Awang |
| Kod sekolah | KEA2181 |
| Lokasi | |
| Laman web | http://www.smsps.edu.my/ |
| Telefon | 6047823733 |
| Faks | 6047825275 |
Sekolah Menengah (Sains) Pokok Sena atau nama ringkasnya SM (Sains) Pokok Sena, merupakan sebuah Sekolah menengah sains yang terletak di Km 25, Jalan Kuala Nerang.
Pada 2009, Sekolah Menengah (Sains) Pokok Sena memiliki 289 pelajar lelaki dan 310 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 599 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (dikenali sebagai SMSPS dan SAINA) adalah sebuah sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan di bawah pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat dan dasar negara yang bertujuan melahirkan golongan cendiakawan yang bakal mewarisi negara Malaysia. Sekolah ini hanya menyediakan aliran pengajian Sains Tulen.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah SMSPS
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena siap dibina pada bulan November 1995. Pada masa itu pengurusan SMSPS dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman yang diamanahkan oleh Unit Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengambilan pelajar pertama sekolah ini pada 15 Januari 1996 menyaksikan seramai 136 orang pelajar tingkatan satu ditempatkan dalam lima buah kelas dan 168 orang pelajar tingakatan empat yang ditempatkan dalam enam buah kelas. Bilangan guru pada waktu itu seramai 25 orang. [1]
[sunting] Lokasi SMSPS
Sekolah Menegah Sains Pokok Sena telah dibina di satu kawasan di kilometer 20 sebelah kiri jalan utama dari Alor Star, menghala ke Kuala Nerang, Kedah. Sekolah ini terletak kira-kira 2 kilometer dari Pokok Sena. Bangunan-bangunan sekolah terletak di kawasan tanah seluas 50 ekar, bersebelahan kebun getah.
[sunting] Alamat
- Sekolah Menengah (Sains) Pokok Sena
- Km 25, Jalan Kuala Nerang
- 06400, Pokok Sena
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6047823733
- Fax = 6047825275
[sunting] Prasarana
[sunting] Bangunan akademik
Infrastruktur asal sekolah merangkumi empat blok bangunan akademik tiga aras, satu blok bangunan kemahiran hidup dua tingkat, bengkel pertanian untuk subjek Kemahiran Hidup, dewan sekolah, dan kantin sekolah. Surau sekolah yang mempunyai dua aras, lebih dikenali dengan Surau Al-Fatonah, mampu memuatkan 900 orang jemaah pada sesuatu masa.
Kemudahan yang disediakan sekolah ialah 12 buah kelas untuk menengah rendah dan 12 buah kelas untuk menengah atas. Selain itu, sekolah juga menyediakan pusat sumber, dua buah bilik komputer, bilik tayangan, sebuah makmal sains, dua buah makmal untuk setiap subjek Sains Tulen (fizik, kimia dan biologi.)
Bilik-bilik khas juga diwujudkan. Misalnya bilik bahasa Melayu, bilik bahasa Jerman, bilik bahasa Jepun, bilik pembelajaran kendiri (Self-Access Learning, SAL) untuk kegunaan P&P bahasa Inggeris, bilik pendidikan seni dan Galeri Wawasan Kemanusiaan.
[sunting] Asrama
Asrama sekolah terdiri daripada empat blok asrama tiga aras; dua blok asrama putera, dan dua blok asrama puteri. Di antaranya, terdapat dewan makan yang mampu memuatkan 800 orang pelajar.
[sunting] Kemudahan sukan dan ko-kurikulum
Kemudahan utama yang disediakan ialah sebuah padang bola sepak dan padang ragbi yang juga boleh digunakan untuk acara olahraga. Pada tahun 2007, sebuah pavilion baru telah didirikan di sisi padang. Selain itu juga kemudahan sukan lain di sekolah ini berupa sebuah padang hoki, dua buah gelanggang bola keranjang, dua buah gelanggang bola tampar, dua buah gelanggang sepak takraw, dua buah gelanggang tenis yang dilengkapi dengan satu wall practice.
Sebuah pusat kegiatan ko-kurikulum berupa tapak perkhemahan yang dibina di antara bengkel pertanian dan surau. [1]
[sunting] Cogan kata SMSPS
- BERILMU - Mempunyai banyak ilmu
- BERAMAL - Melakukan sesuatu sebagai satu kebiasaan
- BERTAQWA - Takut dan taat pada perintah Allah SWT
Cogan kata Sekolah Menengah Sains Pokok Sena ialah "Berilmu, Beramal, Bertaqwa". Ia membawa maksud bahawa seorang penghuni sekolah ini perlu menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin selama berada di sini. Setelah berilmu, mereka perlu mengamalkan segala ilmu yang diperolehi dengan cara yang betul. Individu yang berilmu dan mengamalkan ilmunya akan melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Ia selaras dengan konsep SBP yang ingin melahirkan warga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang cemerlang dalam semua aspek. Cogan kata Berilmu, Beramal, Bertaqwa melengkapi sifat warga impian SBP.
[sunting] Bendera SMSPS
Maksud bendera:
- HIJAU - Keseimbangan dunia dan akhirat
- BIRU - Perpaduan dan permuafakatan warga sekolah
- PUTIH - Kesucian dan keikhlasan
- KUNING - Kesetiaan kepada sekolah dan negara
- MERAH - Keberanian dan kekuatan rohani serta jasmani
[sunting] Pentadbiran SMSPS
Pada 1hb. Disember 1995 Penolong Kanan En. Muhamad Hasnan bin Hasan mula datang melaporkan diri di SMSPS melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu En. Muhamad Hasnan bertugas di SBP, Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.
Pada tarikh yang sama juga iaitu 1hb. Disember 1995 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Ismail bin Haji Bakar datang melaporkan diri di SMSPS melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu beliau bertugas di Sekolah Menengah Tunku Panglima Besar, Kulim, Kedah.
Bagi melengkapkan pentadbiran sekolah, pada 15 hb. Disember 1995, En. Khalid bin Dan melaporkan diri untuk menjalankan tugas rasmi sebagai pengetua pertama di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu, En. Khalid bin Dan berasal dari SBP, Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheikh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Semua pegawai-pegawai di atas adalah lantikan bahagian Sekolah-sekolah Berasrama Penuh. [2]
[sunting] Lagu sekolah
| SMSPS dipuja, Sekolahku yang tercinta, Kamilah putri putra jaya, Mendukung wawasan negara. Kami pelajar setia, Disiplin santapan jiwa, Tekun serius berusaha, Cemerlang di hari muka. Berilmu harapan semua, Beramal dan bertakwa, Menjadi insan mulia, Seimbang akhirat dunia. Doa ayah dan ibu, Bimbingan panduan guru, Kami berjanji bertekad, Semoga Allah memberi berkat. |
SMSPS dipuja, Sekolahku yang tercinta, Kamilah putri putra jaya, Mendukung wawasan negara. Kami pelajar setia, Disiplin santapan jiwa, Tekun serius berusaha, Cemerlang di hari muka. Berganding bahu, bersatu hati, Membela bangsa pertiwi, Semua janji mesti dikota, SMSPS kepunyaan kita. Doa ayah dan ibu, Bimbingan panduan guru, Kami berjanji bertekad, Semoga Allah memberi berkat. |
Sumber: [3]
[sunting] Pengisian pelajar
[sunting] Akademik
Berikut ialah senarai mata pelajaran yang ditetapkan bagi seluruh pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena.
| Menengah Rendah (Tingkatan 1—3) |
Tingkatan 4 | Tingkatan 5 |
|---|---|---|
| Bahasa Melayu | Bahasa Melayu | Bahasa Melayu |
| Bahasa Inggeris | Bahasa Inggeris | Bahasa Inggeris |
| Pendidikan Islam | Pendidikan Islam | Pendidikan Islam |
| Sejarah | Sejarah | Sejarah |
| Matematik | Matematik | Matematik |
| Sains | Matematik Tambahan | Matematik Tambahan |
| Geografi | Biologi | Biologi |
| Kemahiran Hidup | Fizik | Fizik |
| Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan | Kimia | Kimia |
| Pendidikan Seni‡: (Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Muzik) |
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan | Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan |
| Bahasa Antarabangsa‡#: (Bahasa Arab, Bahasa Jepun, atau Bahasa Jerman) |
Bahasa Antarabangsa‡#: (Bahasa Arab, Bahasa Jepun, atau Bahasa Jerman) |
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan‡ |
| Pendidikan Jasmani dan Kesihatan‡ | Pendidikan Jasmani dan Kesihatan‡ | |
| Komputer‡ | ||
| Nota: ‡ Bukan suatu mata pelajaran teras, tetapi pelajar wajib menghadiri kelas bagi subjek-subjek ini. # Kelas bahasa antarabangsa ditetapkan hanya untuk pelajar tingkatan satu sahaja. Pelajar kemasukan tingkatan empat tidak berpeluang mempelajari subjek ini atas sebab peperiksaan bahasa antarabangsa selaras SBP diadakan pada tingkatan empat. |
||
[sunting] Ko-kurikulum
Selain itu juga, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena juga menawarkan para pelajar untuk bergerak aktif dalam gerak kerja ko-kurikulum. Senarai yang menyusul memaparkan aktiviti ko-kurikulum yang aktif di sekolah ini.
| Unit Beruniform | Persatuan Akademik | Kelab Sukan |
|---|---|---|
| Kadet Remaja Sekolah | Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) | Bola Sepak |
| Pandu Puteri | Persatuan Bahasa Inggeris (English Society, ENGSOC) |
Ragbi |
| Pergerakan Puteri Islam Malaysia | Persatuan Sains | Tenis |
| Kadet Bomba dan Penyelamat | Persatuan Matematik (PERMATA) | Hoki |
| Kadet Polis | Persatuan Pendidikan Islam | Memanah |
| Kadet Jabatan Pertahanan Awam | Persatuan Sejarah | Bola Jaring |
| Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia | Persatuan Kemahiran Hidup | Bola Tampar |
| Pengakap | Persatuan Bahasa Antarabangsa | Sepak Takraw |
Pergerakan ko-kurikulum tambahan yang boleh diikuti pelajar:
[sunting] Rujukan
- ↑ 1.0 1.1 Sidang Pengarang (2005). Muka Surat 4, Senada Edisi ke-10.
- ↑ "Sejarah Sekolah". Archived from the original on 2005-07-06. http://web.archive.org/web/20071016075130/members.tripod.com/~smsps/sejarah.html. Capaian 2010-09-18.
- ↑ Lagu Sekolah. Dicapai pada 21 Jun 2010