Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Raub (SEMESRA). Penamaan nama baru dibuat bersempena dengan hari perasmian sekolah pada 4 Julai 1989 oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah


Isi kandungan

[sunting] Sejarah

SEMESTA dibangunkan dalam kawasan ladang getah seluas 16 hektar. Kompleks sekolah mula dibina dalam bulan Julai 1980 dan siap pada 1982. Kumpulan perintis sekolah yang terletak di kilometer 6, Jalan Lipis terdiri daripada 35 orang guru, 5 orang pekerja dan 280 orang pelajar yang mendaftar awal tahun 1982.

Pengetua pertamanya ialah En. Abdul Rahim bin Mohammad yang berkhidmat sehingga hujung tahun 1986. Sehingga kini SEMESTA telah dipimpin oleh sembilan orang pengetua yang berkaliber.

Dari segi pembangunan fizikal, SEMESTA telah menempuh satu dekad yang dipenuhi pelbagai perubahan. Dahulunya kawasan lapang tidak berpokok, kini dihiasi beraneka tanaman penyeri bumi. Dengan penambahan kemudahan asas seperti gimnasium, laluan berbumbung, pondok rehat, astaka dan surau.

Sejarah penubuhan dan perkembangan SEMESTA wajar dikenang. Selain kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM, SEMESTA telah meraih beberapa gelaran yang membanggakan.

SEMESTA terus mencipta kejayaan termasuk dari segi membina potensi pelajar dalam aspek akademik dan kokurikulum. Pencapaian 100% dalam peperiksaan awam terus dipertahankan dari tahun ke tahun, malah banyak usaha sedang dan akan dijalankan untuk meningkatkan kualiti peperiksaan. Segala cabaran ini akan dipikul bersama oleh seluruh warga SEMESTA.

[sunting] Lokasi

Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah terletak di km 6, Jalan Lipis. Sekolah yang terletak di bahu jalan Raub-Lipis ini memang mudah dikesan kerana infrastrukturnya yang unik lagi menarik berbanding dengan bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar Raub. Papan tanda SEMESTA pula telah diperbaharui hasil cadangan tuan pengetua yang baru iaitu En. Hadi bin Mat Dain. Dari sudut pandangan atas pula, sekolah ini dapat dilihat dengan mudah kerana keluasannya mencecah 17 hektar persegi. Sekolah ini juga merupakan salah satu sekolah berasrama penuh yang terbesar di Malaysia.

[sunting] Visi

  • Mewujudkan peluang pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif bagi pelajar-pelajar yang berpotensi.
  • Memperbanyak pelajar bumiputera yang mendapat pendidikan berkualiti.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan bertaraf dunia.
  • Melahirkan warganegara yang beriman khususnya berilmu, beramal, berbudi dan bertanggungjawab.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menghayati matlamat kecemerlangan ilmu dan mencintai ilmu.
  • Mewujudkan warga SEMESTA yang mengamalkan budaya penyayang.
  • Menanamkan semangat patriotisme yang jitu dalam kalangan warga SEMESTA.
  • Menghasilkan pelajar-pelajar yang mempunyai budaya mengurus secara cekap dan bijaksana.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang berorientasi sains dan teknologi ke arah memenuhi matlamat WAWASAN 2020.

[sunting] Misi

  • Mewujudkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang sistematik dan berkesan
  • Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum
  • Meningkatkan kecemerlangan kurikulum
  • Meningkatkan kecemerlangan keceriaan
  • Meningkatkan kualiti keinsanan

[sunting] Matlamat

  • Memastikan "guru" sebagai pendidik professional, berketerampilan, pakar dalam bidang masing-masing, berfikiran positif, strategik dan futuristik serta sensitif terhadap isu-isu dan halatuju pendidikan semasa.
  • Melahirkan "pelajar" cemerlang, berketerampilan, berilmu, berpengetahuan tinggi, mempunyai daya saing tinggi, ketahanan diri yang mantap, seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

[sunting] Objektif

  • Memastikan setiap warga sekolah menghayati visi, misi, matlamat, objektif serta fokus tahunan diterjemahkan secara terperinci dalam bentuk projek, program, aktiviti dan tugasan harian.
  • Mempastikan guru-guru berkepupayaan menerajui dan mengerakkan seluruh mekanisme dan sumber ke arah pencapaian visi, mengamalkan sistem komunikasi yang berkesan, memberi motivasi dan dorongan berterusan, memimpin kurikulum dan mengupayakan pelajar membangunkan diri menjadi pelajar yang berkesan.
  • Mempastikan pengurusan maklumat yang cekap dan berkesan. Mempastikan pengurusan kelas yang cekap dengan mengambil kira kaedah yang strategik yang memfokuskan kepada pentadbiran, pengurusan kurikulum, keceriaan dan pembinaan insan.
  • Mempastikan pengurusan penilaian yang cekap untuk mengenalpasti pencapaian secara "headcount".
  • Mempastikan pencapaian pelajar adalah ditahap cemerlang dan mencapai target sekolah dan Standard Kualiti Minimum SBP.

[sunting] Ikrar pelajar

Bahawasanya kami,
pelajar SEMESTA,
sebagai rakyat Malaysia,
dengan penuh kesedaran dan kesyukuran,
berikrar,
akan menumpukan taat setia kami kepada negara Malaysia yang tercinta,
kami berikrar,
akan menjunjung segala prinsip rukun negara pada setiap masa,
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
dan kami juga berjanji,
akan menjuruskan segala tenaga dan usaha kami,
untuk menjadi insan yang cemerlang.

[sunting] Lagu Sekolah

Inilah sekolah yang tercinta,
SEMESTA itulah namanya,
Mendidik dan membina,
Anak-anak negara,
mencapai segala cita-cita,

Kepada para guru semua,
Jasamu tiada tandingnya,
Bekerja dan berusaha,
Tidak mengenal masa,
Demi masa depan kita,

Berilmu, Beramal, Berbudi setiap masa,
Pada rukun negara,
Kami akan setia,
Oh Tuhan yang Maha Kuasa,
Jayakanlah kami semua,
Selamat dan sentosa,
Sihat setiap masa,

Berjaya SEMESTA Berjaya!!!

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan