Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
Jenis Sekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
Kod sekolah BRA4003
Lokasi Batu 13, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, Bendera Malaysia Malaysia
Nama singkatan SMAP Kajang
Telefon 03-87362324
Faks 03-87360502


Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) atau nama ringkasnya SMAP Kajang, merupakan sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh yang terletak di Batu 13, Kajang, Selangor.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

SMAPK telah ditubuhkan pada 1 Disember 1989 dan terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu buat sementara waktu bersama pengetua pertama, Ustaz Saim Ithnin serta 5 orang guru perintis. Pada 12 Julai 1990, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang telah berpindah ke lokasi tetapnya di Batu 13, Jalan Cheras, Kajang. Sehingga 2001, 4 orang pengetua telah menjadi peneraju SMAPK. Pengetua kedua ialah Ustaz Marzuki Abdul Hamid diikuti Pengetua ketiga, Ustazah Hajah Jumaiyah bt Haji Hashim , Ustazah Norhayati bt Lebai Mat dan kini Syed Baharom Syed Hussien.

Kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Putrajaya serta Kuala Lumpur dan juga pelbagai universiti awam dan swasta menyebabkan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang telah menjadi terkenal di seluruh negara. Pencapaian para pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang begitu membanggakan antaranya sebagai pemain catur kebangsaan, mewakili negara dalam Olympiad Matematik di Argentina pada tahun 1997, mewakili negara dalam Kongres Remaja Sedunia di Sarajevo pada tahun 2000, memasuki perlawanan akhir Bahas Dato' Abdul Shukor pada tahun 2000, dua kali berturut-turut melayakkan diri ke perlawanan akhir Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri pada tahun 2000 dan 2001, melayakkan diri ke peringkat akhir Pidato Piala Diraja pada tahun 1998 dan pelbagai lagi kejayaan yang manis telah dicapai sama ada di peringkat SBP, Kebangsaan dan Negeri. SMAPK juga terlalu sinonim dengan kumpulan nasyid kebanggaan mereka, All For Ummah yang akhirnya berjaya melahirkan artis nasyid rakaman yang menamakan diri mereka sebagai kumpulan Saujana.

Pencapaian di peringkat akademik tidaklah perlu diperkatakan lagi. Kejayaan merangkul 2 kali 100% pangkat 1 dalam SPM pada tahun 1993,1997 dan 1999 Sehingga tahun 2000, 3 orang pelajarnya telah berjaya merangkul straight A's dalam setiap matapelajaran dalam SPM. Malah setiap kali keputusan peperiksaan SPM dan PMR diumumkan, ia tidak mengecewakan.

Kecemerlangan pelajar-pelajar lepasan SMAPK diteruskan sehingga di peringkat IPT. Ada di antara mereka telah menjadi pimpinan mahasiswa di universiti-universiti dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan atau NGO's. Sumbangan bekas-bekas pelajar SMAPK dalam mendaulatkan Islam menerusi gerakan dakwah dan mahasiswa negara amatlah dibanggakan.

Sehingga ke hari ini, SMAPK telah melahirkan ribuan pelajar yang kini telah melanjutkan pelajaran masing-masing ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, universiti-universiti terkemuka luar negara dalam pelbagai jurusan. Bagi yang telah bekerja, mereka telah menjawat pelbagai jawatan penting sama ada di sektor awam mahupun swasta. Cuma disebabkan usia SMAPK yang masih muda, belum ada di antara lepasan SMAPK telah menjadi pemimpin negara, hanya masa akan menentukan.

Pada awal tahun 2001, akhirnya SMAPK telah berjaya menubuhkan Pertubuhan Bekas-Bekas Pelajar SMAPK di Dewan Nik Moohyidin Wan Musa, SMAPK. Justeru untuk memudahkan komunikasi antara semua bekas pelajar dan juga mereka yang masih belajar di SMAPK, satu mailing list telah disediakan bagi kita sama-sama berhubung.

[sunting] Aktiviti Tahunan

  • Kejohanan Sukan Tahunan
  • Kejohanan Sukan Asrama Tahunan
  • Majlis Khatam al-Quran
  • Hari Anugerah Kurikulum
  • Hari Anugerah KoKurikulum

[sunting] Rumah Sukan

  • Abu Ubaidah(biru)
  • Khalid Al-Walid(merah)
  • Tariq Ziyad(kuning)
  • Usamah Zaid(hijau)

[sunting] Prasarana

  • 4 buah blok asrama putera
  • 3 buah blok asrama puteri
  • 4 buah blok akademik
  • Bengkel KHB
  • Dewan Besar Nik Mahyuddin Wan Musa
  • Gimnasium
  • Surau Al-Ehsan
  • 1 padang ragbi
  • 1 padang bola sepak
  • 2 padang hoki
  • 1 gelanggang futsal
  • 1 gelanggang tenis
  • 2 gelanggang bola keranjang
  • 2 gelanggang bola tampar
  • 2 gelanggang sepak takraw
  • 2 gelanggang bola jaring
  • Padang Pahlawan
  • 1 padang petanque
  • 1 padang bola baling

[sunting] Kluster SMAPK

  • Kepimpinan
  • Debat
  • Nasyid
  • Memanah

[sunting] Pencapaian

[sunting] 2004-2006

Johan Festival Nasyid Kebangsaan tiga kali berturut-turut

[sunting] 2007

Naib Johan Festival Nasyid Kebangsaan

[sunting] 2008

Ketiga Festival Nasyid Kebangsaan

[sunting] 2009

  • Johan Hoki SBP peringkat kebangsaan
  • Johan Memanah SBP Kebangsaan
  • Johan Debat Piala Perdana Menteri Kebangsaan
  • Johan nasyid Piala UKM

[sunting] 2010

Johan Nasyid Piala Rabbani

[sunting] 2011

  • Johan Bola Sepak U16 SBP zon Tengah
  • Johan Bola Sepak U14 Open SDAR
  • Johan Nasyid Negeri Selangor

[sunting] Alamat

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang Batu 13, Jalan Cheras 43000 Kajang

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan