Pertubuhan Islam Seluruh Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

USIA atau Pertubuhan Islam Seluruh Sabah, didaftarkan pada 10 Oktober 1969 berikutan keputusan Kongres Masyarakat Islam yang sebulat suara telah bersetuju menubuhkan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau USIA (United Sabah Islamic Association) dua bulan sebelum itu. Pertubuhan ini wujud hasil gabungan Persatuan Islam Putatan, Persatuan Islam Sabah dan Persatuan Islam Tawau. Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Tun Datu Mustapha bin Datu Harun telah dipilih menjadi Pengerusi Pertama Pertubuhan ini. USIA memainkan peranan yang amat bermakna dalam gerakan dakwah di Negeri Sabah, termasuk penubuhan MUIS pada tahun 1972. Ia juga merupakan badan gabungan PERKIM.[1]

Dasar-dasar Pertubuhan Islam Seluruh Sabah antara lainnya ialah:

  1. Menjayakan kepentingan yang berkaitan dengan agama Islam.
  2. Mengadakan segala kemudahan-kemudahan bagi pengajian dan pengetahuan berkenaan dengan agama Islam di kalangan semua kaum untuk mengembangkan ajaran agama yang suci itu.
  3. Mendirikan dan menjaga urusan-urusan masjid, surau-surau, madrasah-madrasah, wakaf-wakaf, tanah-tanah perkuburan dan yang bersangkut paut dengan Islam.
  4. Mengadakan kerjasama yang lebih rapat dengan persatuan Islam di luar Sabah dan lain-lain pertubuhan di mana-mana juga mengenai perkembangan dan kemajuan agama Islam.
  5. Menjayakan segala daya usaha untuk menanam modal bagi apa-apa perniagaan yang akan mendatangkan hasil kepada pertubuhan sekaligus menjadi punca pembiayaan segala aktiviti serta program pertubuhan.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]