Institut Kefahaman Islam Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo IKIM
Logo IKIM

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ialah sebuah pertubuhan Islam Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai aturcara dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai aturcara dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.

Matlamatnya ialah untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga kesucian ajaran Islam yang sebenar tanpa menyentuh perkara-perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]