Persatuan Ulama Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persatuan Ulama Malaysia
ڤرساتوان علماء مليسيا
Kerangka
KependekanPUM
Jenis/bentuk sahPertubuhan Sunting ini di Wikidata
Tapak webpum.org.my
Facebook: pumpusat Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan1974 di Kolej Islam Kelang, Selangor, Malaysia
PengasasAhmad Mohamed Ibrahim
Nik Mohd Mohyideen Wan Musa
Pengurusan
Yang DipertuaWan Mohamad Sheikh Abdul Aziz
Timbalan Yang DipertuaFauzi Deraman
Setiausaha AgungMohd Roslan Mohd Nor
Lokasi
Lokasi
  • Shah Alam, Malaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Persatuan Ulama Malaysia atau PUM (Jawi: ڤرساتوان علماء مليسيا) ialah sebuah pertubuhan ditubuhkan di Malaysia. Ia ditubuhkan bertujuan untuk menegakkan syariat Islam dan mempertahankan kebenaran serta kemurnian ajarannya melalui usaha-usaha penyatuan ulama dan penggemblengan tenaga mereka dalam satu wadah perjuangan. Yang Dipertua PUM terkini ialah bekas Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abd Aziz.

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

PUM ditubuhkan hasil kesedaran para ulama yang menyertai Kongres Ekonomi Islam pada tahun 1972. Satu perjumpaan membincangkan penubuhannya telah diatur oleh beberapa orang tokoh ulama dan cendekiawan Islam yang menyertai kongres tersebut pada 22 Safar 1392H bersamaan 8 April 1972, di Dewan al-Malik Faisal, Maktab Perguruan Islam (kini  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Petaling Jaya, Selangor[1].

Berikutan daripada pertemuan tersebut, Profesor Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim telah dilantik sebagai penasihat jawatankuasa penaja sementara Tuan Haji Nik Mohd Mohyideen Wan Musa pula menjadi pengerusi penajanya. PUM telah ditubuhkan secara rasmi dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1974[1] dalam satu mesyuarat agung khas pertama yang diadakan di Kolej Islam Kelang[2]. Tuan Haji Nik Mohd Mohyideen Wan Musa telah dipilih sebagai yang dipertua pertama.

Senarai yang dipertua[sunting | sunting sumber]

# Nama Tahun mula Tahun akhir
1 Nik Mohd Mohyideen Wan Musa 1974 1981
2 Ustaz Ahmad Awang 1981 1999
3 Ustaz Abdul Ghani Samsudin 1999 2003
4 Dato' Mohd Saleh Ahmad 2003 2007
5 Dato' Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir 2007[3] 2023
6 Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz 2023[4] kini

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Sharifah Ibrahim (21 Oktober 2020). "Persatuan Ulama Malaysia". Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  2. ^ "Persatuan Ulama Malaysia". IslamicEvents Malaysia. IslamicSG Networks. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  3. ^ "DATO' SYEIKH HJ ABDUL HALIM ABDUL KADIR". Abu Nuha Corner. 9 November 2009. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  4. ^ EditorKiri, Post Oleh :. "Wan Mohamad dipilih Yang Dipertua baharu Persatuan Ulama Malaysia". 1Media.My. Dicapai pada 2023-11-10.CS1 maint: extra punctuation (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]