Piala Dunia FIFA 1950

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Piala Dunia FIFA 1950 dilangsungkan di Brazil mulai 24 Jun hingga 19 Julai. Piala Dunia ini merupakan penyelenggaraan Piala Dunia FIFA yang pertama setelah terjadinya Perang Dunia II, yang berlangsung selama sekitar 12 tahun. Brazil telah dipilih oleh FIFA selaku tuan rumah kejohanan pada 1 Julai 1946 pada Kongres FIFA di Luksemburg. Kejohanan ini dimenangi oleh Uruguay, yang telah memenangi kejohanan pertama pada tahun 1930.Uruguay mengalahkan Brazil dengan jaringan 2 - 1 dalam babak akhir. Kemenangan Uruguay telah mencipta sejarah dalam dunia bolasepak yang dikenali sebagai "Maracanazo'.

Tempat Penyelenggaraan[sunting | sunting sumber]

6 buah stadium di 6 buah kota telah dipilih untuk menganjurkan kejohanan ini.

1. Belo Horizonte (Stadium Kemerdekaan) Muatan 18,000 penonton.
2. Curitiba (Stadium Durival de Brito) 15,000
3. Porto Alegre (Stadium Eucaliptos) 20,000
4. Recife (Stadium Ilha do Retiro) 35,000
5. Rio de Janeiro (Stadium Maracanã) 200,000
6. Sao Paulo (Stadium Pacaembu) 60,000


Format Pertandingan[sunting | sunting sumber]

13 pasukan yang menyertai (3 pasukan menarik diri, iaitu : Turki, Scotland dan India) dibahagi kepada 4 kumpulan. Setiap juara kumpulan layak ke pusingan selanjutnya. Sistem ini berbeza dengan format Piala Dunia FIFA 1938, di mana kejohanan diselenggarakan dengan berpandukan kepada sistem kalah-mati. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan kepulangan "sangat cepat" sesebuah pasukan, memandangkan jarak perjalanan setiap pasukan dari negaranya menuju ke Brazil adalah cukup jauh.

Selain itu juga , untuk menentukan juara, naib juara, tempat ketiga dan tempat keempat, juga digunakan format kumpulan, dengan sistem satu pusingan dan peraih mata terbanyak menjadi juara kejohanan.

Perlawanan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan 1[sunting | sunting sumber]

25 Jun
Brazil Flag of Brazil.svg 4 - 0 Flag of Mexico.svg Mexico {{{stadium}}}
25 Jun
Yugoslavia 50px 3 - 0 Flag of Switzerland.svg Switzerland {{{stadium}}}

Trofi[sunting | sunting sumber]

Edisi ini merupakan kejohanan pertama di mana trofi kemenangan diberikan kepada juara kejohanan dan piala tersebut dikenali sebagai Piala Jules Rimet, untuk menandakan 25 tahun ia memegang jawatan sebagai Presiden FIFA.