Serangan terhadap gereja di Malaysia 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pembakaran gereja di Lembah Kelang 2010 melibatkan 8 buah gereja pada hari Jumaat, 8 Januari 2009 bermula 12.15 tengah malam.

Gereja sasaran[sunting | sunting sumber]

  1. Gereja Katolik Metro Tabernacle di di Desa Melawati, Kuala Lumpur hangus terbakar. Gereja ini sudah beroperasi sejak 12 tahun lepas (1998) dan mempunyai 1,500 jemaah.Pemimpin gereja Metro Tabernacle Mejar (B) Peter Yeow mendapat panggilan telefon mengenai kebakaran tersebut pada kira-kira pukul 12 malam Khamis. Gereja itu terletak di bahagian hujung lot rumah kedai ,dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu.
  2. Gereja Assumption terletak di sebelah Hospital Assunta di Petaling Jaya Old Town . Gereja ini menjadi sasaran jam 4 pagi, 8 Januari 2009.Bom petrol dibaling ke dalam kawasan perkarangan gereja, tetapi botol tidak pecah dan tidak berlaku kebakaran.
  3. Gereja Life Chapel di Seksyen 17, Petaling Jaya berlaku kerosakan kecil di bahagian luar luar bangunan .[1]
  4. Polis menafikan cermin kereta-kereta di Bangsar yang ada lambang Kristian turut dipecahkan .
  5. Gereja di Kampung Subang,Shah Alam Selangor.Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan molotov cocktail yang dibaling ke arah gereja di Kampung Subang itu tidak meletup.
  6. Gereja Good Shepherd Lutheran di Jalan Othman, Petaling Jaya. Pederi Augustine Mutusamy, 43 melihat dua kesan terbakar pada dinding bangunan.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed menyatakan pihak polis sedang menyiasat.
  7. Gereja All Saints di sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di Jalan Taming Sari, Taiping, Perak.Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah menyatakan bom api dilemparkan tetapi hanya kerosakan kecil.
  8. Gereja St Louis bersebelahan SMK Convent juga dibaling dengan botol mengandungi bahan bakar, tetapi hanya mengakibatkan kerosakan kecil.[2]
  9. Gereja Baptist Melaka di Durian Daun, telah disimbah dengan cat hitam.Nanyang Siang Pau menyatakan polis Melaka mengesahkan perkara itu.[3]
  10. Gereja Good Shepherd di Lutong,Miri,Sarawak turut dibaling batu dan tingkapnya pecah.Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud menyifatkan pelakunya sebagai pengecut.Semasa mubaligh Kristian buat pertama datang ke Mukah, moyang beliau menawarkan bantuan untuk membina gereja mereka. Ini bukan bertentangan dengan Islam.[4]
  11. Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di Lakeview Square, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan rosak pintu depannya terkena simbahan petrol.[5] Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mahu bilangan 21 buah kamera CCTV sekarang ditambah di Seremban bagi mengelak sebarang sabotaj. Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh menyifatkan kes ini sebagai provokasi sahaja, bukan sabotaj.[6]
  12. Kuil Sikh, Gurdwara Sahib di Sentul, Selangor telah dibaling dengan batu dan pintu kaca telah pecah ketika sekumpulan sukarelawan sedang membersihkan kuil itu pada jam 6.15 petang. Kuil itu berusia 100 tahun. Sewaktu prosiding kes Herald, Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, Jagir Singh telah mencelah perbicaraan. Perkataan 'Allah' dalam kitab suci Sikh - Sri Guru Granth Sahib Ji adalah dari Tuhan dan tidak patut dipinda-pinda. [7]
  13. Gereja Katholik St Elizabeth di Jalan Kota Kecil, di Kota Tinggi. Pintu pagarnya disimbah cat merah pada 14 Januari 2010 jam 6.00 am .Ketua polis daerah Kota Tinggi Supt Osman Mohamed Sebot mengesahkan kejadian tersebut. Dua tong cat, satu cat merah dan coklat ditemui dalam longkang berhampiran.[8]

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan semua Ketua Polis Negeri memantau dan meronda masjid dan gereja bagi mengelakkan . Tiga demonstrasi telah diadakan di Kuala Lumpur, dua di Pahang, empat di Selangor dan satu di Terengganu.[9]

Wakil-wakil kedutaan asing diberi taklimat di Putrajaya . Kementerian Dalam Negeri tidak berniat menyembunyikan apa-apa fakta dan maklumat berhubung insiden serangan di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar melarang perhimpunan pada hari Rabu , 13 Januari 2010 di Gereja Assumption Petaling Jaya.

Pelaku[sunting | sunting sumber]

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman menyatakan saksi ternampak dua buah motosikal diletakkan berhampiran gereja Gereja Katolik Metro Tabernacle kira-kira 12 tengah malam, Jumaat 8 Januari 2010.Pengawal keselamatan dan saksi lain melihat dua orang suspek terlibat dalam kejadian kebakaran . Suspek dikatakan melemparkan sesuatu ke arah gereja dan berlaku letupan. 80 % ruang tingkat bawah gereja tiga tingkat itu terbakar.

Siasatan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya. Suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun selain boleh dikenakan denda.

Siasatan polis forensik dan anjing polis mendapati semua cermin tingkap di tingkat bawah gereja itu dipecahkan suspek sebelum mereka mencurahkan cecair dipercayai petrol ke dalam bangunan.Sepana digunakan untuk memecahkan cermin gereja. Tong petrol turut dijumpai.Dua helmet yang terbakar ditemui di hadapan gereja.

Motif[sunting | sunting sumber]

Motif serangan dipercayai berkait dengan penggunaan kalimah "Allah" oleh penerbit majalah mingguan Katolik, Herald. [10]

Penafian UMNO[sunting | sunting sumber]

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menafikan pemuda UMNO terlibat. Presiden UMNO ,Datuk Seri Najib Tun Razak meminta media jangan mengaitkan pembakaran gereja ini dengan demonstrasi di Masjid Negara dan di Masjid Kampung Baru. Najib menolak andaian ahli UMNO cuba menimbulkan ketegangan selepas keputusan mahkamah yang membenarkan kalimah "Allah" digunakan oleh majalah Katholik Mingguan, Herald.[11]

UMNO Selangor telah membatalkan cadangan mengadakan demonstrasi pada hari Jumaat. Namun demonstrasi diteruskan oleh pihak-pihak lain. Permit polis mungkin tidak diperlukan kerana diadakan di dalam kompaun masjid.[12] Datuk Ismail Kijo dan Datuk Zainal abidin Sakom mengetuai 100 ahli UMNO menunjuk perasaan di hadapan Istana Kayangan di Shah Alam pada 7 Januari 2009. Mereka menggesa Sultan Selangor menyelesaikan kekalutan penggunaan kalimah 'Allah' ini.[13]

Tindakan susulan[sunting | sunting sumber]

Kolumnis dan aktivis Datin Paduka Marina Mahathir menyatakan Islam tidak menggalakkan seseorang itu melakukan kejahatan.

  • Pengarah RELA Selangor Kol. Khairi Mohd Alwee berkata RELA bersedia memberi komitmen untuk mengawasi setiap gereja di sekitar Lembah Klang. Mereka boleh hubungi 019-2333086 atau 019-3591000.[16]
  • Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mengarahkan semua pengetua dan guru besar supaya meningkatkan langkah keselamatan di sekolah masing-masing berikutan kejadian melontar bom petrol ke atas pondok pengawal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent. Surat Pekeliling Iktisas Bilangan 4/2002 Perlaksanaan Program Sekolah Selamat menegaskan keselamatan sekolah dan prosedur keselamatan perlu dipatuhi.[17]
  • Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun secara peribadi mencadangkan Akhbar Herald-The Catholic Weekly perlu bersedia menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di mahkamah berikutan perkembangan yang semakin membimbangkan hingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar. Perkataan alternatifnya ialah ‘Tuhan’ atau ‘Tuhan Yang Maha Kuasa’. Beliau adalah juga Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah.[18]
  • Datuk Jamil Khir Baharom selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan kerajaan masih tak tahu siapa yang bertanggungjawab tapi sebenarnya kita tak boleh menyakiti antara satu sama lain dan ini adalah ajaran dan tegasan agama Islam.Semua pihak sewajarnya memahami keadaan dan sejarah mengenai penggunaan kalimah 'Allah' di negara ini secara mendalam.
  • Timbalan Perdana Menteri, Wong Kan Seng bimbang dengan perkembangan ini kerana Malaysia sangayt berjiran dengan Singapura. [19]

Perbicaraan di mahkamah[sunting | sunting sumber]

Pada 6-7 Julai 2010, suspek yang membakar gereja dibicarkan di mahkamah Kuala Lumpur. Mereka ialah Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim (24), adiknya Raja Mohamad Idzham (22), dan Azuwan Shah Ahmad (23), didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas, melakukan khianat dengan membakar Metro Tabernacle Church AG di Jalan 4/4c, Desa Melawati pada 11.50 malam 7 Januari 2010. Hakim S.M Komathy Suppiah mengarahkan pihak pendakwa menyerahkan tiga laporan perubatan untuk tujuan pembelaan.Di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan , hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Antara saksi dan bukti ialah doktor dan anggota polis selain menayangkan rakaman kamera video litar tertutup (cctv). [20]

Hukuman[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Ogos 2010, hakim SM Komathy Suppiah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim (24), dan adiknya Raja Mohamad Izham (22) Ikat jamin RM20,000 sementara menunggu rayuan. Raja Faizal bekerja sebagai penghantar surat dengan PKNS manakala Raja Mohamad pula adalah seorang kerani di sebuah bank. Beberapa orang yang lain masih bebas. Penghantar surat, Azuwan Shah Ahmad dibebaskan. Dalang sebenar masih bebas. Mereka memberi alasan membakar sampah dan ditangkap semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.[21]

Rujukan[sunting | sunting sumber]