Stesen keretapi Taiping

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taiping
Stesen keretapi Taiping
LokasiTaiping, [Perak Darul Ridzuan
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu
LaluanLaluan Pantai Barat
Platform2
Trek2
Pembinaan
Templat letak kenderaanPercuma
Kemudahan OKUYa
Sejarah
Dibuka1885[1]
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Kamunting
menghala ke Butterworth
Laluan Ipoh Padang Rengas
menghala ke Ipoh
Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (ETS) Stesen seterusnya
Parit Buntar
menghala ke Padang Besar
KL Sentral–Padang Besar (Platinum) Kuala Kangsar
Parit Buntar
menghala ke Butterworth
KL Sentral–Butterworth (Platinum)
Bagan Serai
menghala ke Padang Besar
Padang Besar–Gemas (Gold) Padang Rengas
menghala ke Gemas
Bagan Serai
menghala ke Butterworth
Butterworth–Gemas (Gold)
Lokasi
Map

Stesen keretapi Taiping merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Bandar Taiping, Perak, Malaysia. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS. Stesen ini adalah stesen keretapi yang pertama di Malaysia yang dibina pada tahun 1882.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen keretapi Taiping dibina pada tahun 1882 di atas lokasi Sekolah Rendah King Edward VII sekarang. Stesen ini dibuka secara rasmi pada tahun 1885 oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak yang pertama.[1][2] Antara tahun 1890-an hingga awal 1990-an, stesen ini dipindahkan dari tempat asalnya ke laluan utama. Stesen itu adalah satu daripada stesen dalam landasan keretapi Taiping-Port Weld (sekarang Kuala Sepetang) hingga KTMB menutup laluan itu pada 1980-an.

Perkhidmatan kereta api[sunting | sunting sumber]

Stesen keretapi Parit Buntar menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Sektor Utara dan KTM ETS.[3]

Melalui Laluan KTM Sektor Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;

  • 10 perlepasan ke Ipoh dari Butterworth
  • 10 perlepasan ke Butterworth dari Ipoh

Melalui Laluan KTM ETS, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;

  • dua perlepasan ke Gemas dari Butterworth dan Padang Besar
  • lima perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral dari Butterworth
  • empat perlepasan ke Kuala Lumpur Sentral dari Padang Besar
  • empat perlepasan ke Padang Besar dari Kuala Lumpur Sentral
  • lima perlepasan ke Butterworth dari Kuala Lumpur Sentral
  • satu perlepasan ke Butterworth dari Gemas
  • satu perlepasan ke Padang Besar dari Gemas

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Landasan Keretapi Yang Pertama di Tanah Melayu". Dicapai pada 1 Disember 2009.
  2. ^ "Pembukaan jalan kereptapi Taiping-Port Weld" (html). 1 Jun 1980. Dicapai pada 2007-06-28.
  3. ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.