Stesen keretapi Kajang
| Kajang Stesen KTM Komuter Stesen KTM Antarabandar |
|
|---|---|
Pandangan platform ke arah timur bagi stesen Kajang (Jun 2007). |
|
| Statistik stesen | |
| Alamat | Jalan Bukit, Kajang, Selangor, Malaysia. |
| Koordinat | 2°58′58″U 101°47′25″T / 2.98278°U 101.79028°T |
| Laluan | Laluan Rawang-Seremban (KTM Komuter) (sejak 1995) KTM Antarabandar |
| Platform | 1 platform sisi dan 1 platform tengah. |
| Landasan | 4 |
| Tempat letak kereta | Disediakan, bayaran dikenakan |
| Maklumat lain | |
| Dibina semula | 10 November 1995 |
| Dielektrikkan | 1995 |
| Kod | KAJANG |
| Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu |
Stesen keretapi Kajang merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di Kajang, Selangor, Malaysia. Stesen ini terletak 1 km ke selatan dari pusat bandar Kajang.
[sunting] Perkhidmatan
Sebuah stesen baru di Jalan Bukit siap dibina di sisi timur landasan keretapi demi menggantikan stesen lama di Jalan Reko yang terletak di sisi barat landasan.
[sunting] Sejarah
Stesen kereta api Kajang telah lama dibina oleh kerajaan British di Tanah Melayu. Banyak lombong bijih timah di Kajang, Balakong, Semenyih, Cheras, Reko, Sungai Chua dan lain-lain perlu dieksport melalui Pelabuhan Klang. Pengangkutan melalui Sungai Langat yang digunakan sebelum itu tidak lagi praktikal . Aliran Sungai Langat berhadapan dengan masalah banjir, air pasang dan air surut, tidak selamat dan tidak cekap . Sebaliknya pengangkutan dengan kereta api lebih murah, selamat dan dapat diangkut secara pukal.
Bangunan lama tesen ini hanya bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit, Kajang. Ia juga bersebelahan dengan Gudang Beras Kajang dan gereja. Kini, bangunan ini telah dirobohkan digantikan dengan Stesen Komuter Kajang.
| Stesen sebelumnya | Laluan Rel (Lembah Klang) | Stesen berikutnya | ||
|---|---|---|---|---|
| Serdang | Laluan Rawang-Seremban | UKM | ||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||