Stesen keretapi Batang Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Stesen KTMB Batang Melaka terletak di Batang Melaka, kira-kira 200 meter arah selatan dari sempadan Negeri Melaka/N.Sembilan. Tidak semua tren ekspres berhenti di stesen ini. Hanya 2 tren sahaja yang berhenti di sini iaitu Ekspres Sinaran Pagi dari Kuala Lumpur ke Singapura dan Ekspres Senandung Malam dari Singapura ke Kuala Lumpur. KTMB Batang Melaka secara umumnya memberi perkhidmatan kepada penduduk di Selandar,Nyalas, Jasin dan Gemencheh.

KTMB akan memindahkan stesen KTMB Batang Melaka ke lokasi baru (menerusi projek landasan berkembar Seremban-Gemas)yang terletak di daerah Jasin kira-kira 100 meter arah utara dari lokasi sekarang.[perlu rujukan] Stesen yang moden akan dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta yang selesa. Projek ini akan dilaksanakan dalam naik taraf landasan berkembar elektrik dari Seremban ke Gemas yang dijangka siap pada tahun 2012. Dalam pembangunan Daerah Jasin tahun 2020 satu laluan LRT akan dibina dari Stesen KTMB Batang Melaka ke Bandar Jasin melalui Pekan Selandar seterusnya ke Bemban dan Ayer Keroh.[perlu rujukan]rujuk Pelan Pembangunan daerah Jasin 2020 di Pejabat Tanah daerah Jasin, Melaka.