Stesen Komuter Batu Caves

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 KC05 
Batu Caves
Batu Caves Railway Station 2.jpg
Statistik stesen
Alamat Batu Caves, Kuala Lumpur, Malaysia.
Laluan KTM Komuter
Platform 1 platform sisi
1 platform pulau
Landasan 3
Tempat letak kereta Percuma
Maklumat lain
Dibina semula April 2010
Dielektrikkan April 2010
Mesra OKU Handicapped/disabled access
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu

Stesen Komuter Batu Caves (sebelumnya stesen keretapi Batu Caves) ialah stesen kereta api komuter Malaysia yang terletak di Batu Caves, Kuala Lumpur. Telah dibuka pada 29 Julai 2010, ia adalah perhentian penghabisan baru bagi rangkaian KTM Komuter. Ia tidak digunakan untuk perkhidmatan KTM Antarabandar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen keretapi Batu Caves yang asal dibina pada tahun yang tidak dikenal pasti. Stesen ini sering digunakan terutama pada perayaan Thaipusam. Namun stesen ini berada dalam keadaan buruk, kampung di sekelilingnya senyap dan seperti ditinggalkan. Selepas landasan berkembar elektrik di antara Kuala Lumpur dan Sentul (sebahagian daripada Rancangan Malaysia Keenam) disiapkan, laluan di antara Sentul dan Batu Caves masih tidak diubahsuai.

Pada tahun 1990-an, cadangan dibuat untuk menjalankan projek landasan berkembar elektrik di antara Sentul dan Batu Caves, dan stesen baru, termasuklah pembinaan semula stesen ini, Stesen Komuter Kampung Batu dan Stesen Komuter Sentul serta membina stesen baru iaitu Stesen Komuter Taman Wahyu dan Stesen Komuter Batu Kentonmen. Projek ini dijangka bermula sebelum tahun 2001, dengan DRB-Hicom sebagai kontraktor utama, selepas surat tujuan dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan kepada syarikat itu pada 13 April 2001.[1] Akan tetapi, tiada surat pemberian dikeluarkan hingga 2006 apabila tapak ini diberi kepada YTL Corporation pada 17 November 2006. .[2]. Projek ini telah siap dan perkhidmatan KTM Komuter telah dimulakan pada 29 Julai 2010.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Stesen sebelumnya Batu Caves Stesen berikutnya
Taman Wahyu   Laluan Sentul-Pelabuhan Klang   Terminus