Stesen Komuter Bank Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 KA03 
Bank Negara
Stesen KTM Komuter
Bank Negara station (Rawang-Seremban & Sentul-Port Klang Line) (exterior), Kuala Lumpur.jpg
Salah satu pintu masuk stesen (Mac 2007) sebelum bermula pengubahsuaian pada April 2007.
Statistik stesen
Alamat Jalan Dato' Onn, bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat 3°9′16″N 101°41′34″E / 3.15444°U 101.69278°T / 3.15444; 101.69278
Laluan Laluan Rawang-Seremban
Laluan Sentul-Pelabuhan Klang

(KTM Komuter) (sejak 1995)
Platform 2 platform tepi
Landasan 2
Tempat letak kereta Tiada
Maklumat lain
Dibuka 1995
Dibina semula Awal April 2007
Kod B NEGARA
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu
Trafik
Penumpang (2012) 5,055 (1,844,929)

Bank Negara merupakan sebuah stesen Komuter di Kuala Lumpur, Malaysia, dinamakan atas ibu pejabat Bank Negara Malaysia yang bersebelahan. Stesen ini dikongsi oleh kedua-dua Laluan Rawang-Seremban dan Laluan Sentul-Pelabuhan Klang. Stesen ini terletak di Jalan Dato' Onn.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum kerja elektrifikasi bermula, terdapat sebuah perhentian keretapi yang terletak 30 meter dari lokasi kini. Perhentian ini cumalah sebuah teduhan ringkas tanpa apa-apa kemudahan - sangat mirip sebuah perhentian bas. Keretapi berenjin disel selalu datang ke sini mengambil penumpang ke Subang Jaya dengan perjalanan sepanjang 23km dan tambang sebanyak RM1.00 setiap perjalanan. Tiket dijual di dalam keretapi. Kini perhentian ini telah dirobohkan.

Stesen ini dibina semasa pengembaran landasan dan elektrifikasi landasan di Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan antara 1990 hingga 1994, sebagai persediaan bagi perkhidmatan KTM Komuter.

Pertukaran[sunting | sunting sumber]

Fail:Bandarayast.gif
Sebuah peta menunjukkan hubungan stesen Komuter Bank Negara dengan stesen lain. Stesen Komuter terletak di sebelah kiri (barat).

Sistem LRT[sunting | sunting sumber]

Biarpun tidak berintegrasi baik, stesen Komuter Bank Negara direka dalam peta transit rasmi sebagai sebuah stesen pertukaran dengan Stesen LRT Bandaraya dalam Laluan Ampang. Pertukaran antara kedua-dua stesen ini memerlukan lintasan jambatan jalan kaki sepanjang 70 m yang melintasi jalan raya dan Sungai Gombak. Jarak berjalan kaki antara kedua-dua stesen ini dianggarkan sepanjang 140 m. Stesen Lalauan Ampang terletak tidak jauh dari perhentian bas di sepanjang Jalan Raja Laut, Jalan Dang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sistem bas rapidKL[sunting | sunting sumber]

Stesen Komuter Bank Negara dapat dicapai dengan bas rapidKL yang berikut:-

  1. B101 : Titiwangsa - LRT Masjid Jamek - KL Sentral - Dataran Merdeka - Titiwangsa
  2. B111 : LRT Maluri - Chow Kit KL Monorail - LRT Maluri

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Stesen sebelumnya Laluan Rel (Lembah Klang) Stesen berikutnya
Putra   Laluan Sentul-Pelabuhan Klang   Kuala Lumpur
Putra   Laluan Rawang-Seremban   Kuala Lumpur