Stesen Bandar Tasik Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 PH5  KB04 
Bandar Tasik Selatan
Stesen KTM Komuter
Stesen alihan laju Aliran Ampang
Stesen ERL
Bandar Tasik Selatan station (Rawang-Seremban Line) (eastern entrance), Klang Valley.jpg
Pintu masuk tenggara stesen Bandar Tasik Selatan.
Statistik stesen
Alamat Jalan Lingkaran Tengah 2, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat 3°4′34″U 101°42′38″T / 3.07611°U 101.71056°T / 3.07611; 101.71056
Laluan Laluan Rawang-Seremban (KTM Komuter) (1995 hingga kini)
Aliran Ampang (1998 hingga kini)
KLIA Transit (Express Rail Link) (2002 hingga kini)
Perhubungan Hab bas RapidKL
Platform 2 platform sisi (KTM Komuter)
1 platform tengah (Aliran Ampang)
2 platform tengah (KLIA Transit)
Landasan 2 (KTM Komuter)
2 (Aliran Ampang)
4 (KLIA Transit)
Tempat letak kereta Ada
Maklumat lain
Dibuka 10 November 1995 (KTM Komuter)
11 Julai 1998 (Aliran Ampang)
20 Jun 2002 (KLIA Transit)
Mesra OKU Handicapped/disabled access
Kod BTSK.SEL (KTM Komuter)
S64 (Aliran Ampang)
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM Komuter)
Syarikat Prasarana Negara (2002 hingga kini); dikendali oleh RapidKL (Aliran Ampang)
ERL Private Limited (KLIA Transit)

Stesen Bandar Tasik Selatan ialah sebuah stesen pertukaran Malaysia yang terletak berhampiran Bandar Tasik Selatan di Kuala Lumpur, yang berfungsi sebagai stesen hentian dan pertukaran tren-trenn KTM Komuter, LRT Aliran Ampang, dan KLIA Transit, dan juga bas RapidKL. Stesen ini boleh dicapai melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) dari tenggara, dan Lebuhraya Sungai Besi dari barat. Stesen pertukaran Bandar Tasik Selatan sebuah hab pengangkutan antara mod.

Kemudahan pembelian dan penambahan nilai kad Touch 'n Go disediakan di pertukaran ini.

Stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen KTM Komuter[sunting | sunting sumber]

Stesen KTM Komuter Bandar Tasik Selatan.

Hentian Bandar Tasik Selatan dibentuk berikutan siapnya perhentian rel serantau KTM Komuter, sebagai sebahagian Laluan Rawang-Seremban elektrik (antara Kuala Lumpur dan Kajang) yang dibuka pada 10 November 1995. Stesen ini adalah stesen pertama dalam perhentian yang boleh dicapai dari Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2).

Platform
1 Laluan Rawang-Seremban(Down) Arah Seremban
2 Laluan Rawang-Seremban(Up) Arah Kuala Lumpur Sentral dan Rawang

Stesen Aliran Ampang[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.

Stesen Komuter disusuli dengan stesen alihan laju searas daratan dalam cabang Sri Petaling-Sentul Timur di Aliran Ampang, dahulunya dikenali sebagai STAR. Stesen ini dibuka pada 11 Julai 1998, sebagai sebahagian fasa kedua pembukaan sistem STAR, termasuk tujuh buah stesen baru sepanjang laluan Chan Sow Lin-Sri Petaling, dan terletak di tenggara dari perhentian Komuter dan berhampiran MRR2.

Stesen ini dilengkapi platform tengah yang menghubungkan dua landasannya yang bersempadan. Kedua-dua segmen stesen ini dihubungkan oleh jejantas.

Platform
1 Laluan Ampang(Down) Arah Sungai Besi, Bukit Jalil dan Sri Petaling
2 Laluan Ampang(Up) Arah Chan Sow Lin, Titiwangsa dan Sentul Timur

Stesen KLIA Transit[sunting | sunting sumber]

Pemandangan stesen KLIA Transit Bandar Tasik Selatan dari luar.

Stesen Express Rail Link Bandar Tasik Selatan ialah hentian terkini yang dibina di pertukaran Bandar Tasik Selatan, beroperasi sejak 20 Jun 2002 sebagai sebahagian sistem rel penghubung lapangan terbang KLIA Transit lima stesen antara stesen KLIA dan Kuala Lumpur Sentral.

Stesen KLIA Transit ini boleh dimasuki ke arah barat laut dari Kampung Malaysia Tambahan ke Jalan Sungai Besi. Satu-satunya hubungan terus antara stesen KLIA Transit dan dua stesen lain ialah jejantas 95 meter yang melintasi landasan KLIA Transit/Ekspres tracks dan landasan KTM ke kawasan tiket perhentian Komuter, menjadikannya pintu masuk kedua ke perhentian Komuter dan stesen Aliran Ampang.

Stesen KLIA Transit ini menyediakan kemudahan untuk golongan kurang upaya dengan lif dan tanjakan. Stesen ini dilengkapi dua platform tengah sepanjang empat landasan, dan kaunter tiket asas.

Hubungan dengan bas rapidKL[sunting | sunting sumber]

Stesen Bandar Tasik Selatan boleh dicapai oleh bas rapidKL berikut:-

  • T405 : LRT Bandar Tasik Selatan - Taman Cuepacs / Taman Cheras Awana - LRT Bandar Tasik Selatan
  • T407 : LRT Bandar Tasik Selatan - Taman Tun Perak melalui Bandar Damai Perdana - LRT Bandar Tasik Selatan
  • T424 : Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) - Desa Tasik - Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Stesen sebelumnya Stesen Bandar Tasik Selatan Stesen berikutnya
Bandar Tun Razak   Aliran Ampang (laluan Sentul Timur-Sri Petaling)   Sungai Besi
Salak Selatan   Laluan Rawang-Seremban   Serdang
KL Sentral   KLIA Transit   Cyberjaya/Putrajaya