Stesen keretapi Tapah Road

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tapah Road
Statistik stesen
Alamat Tapah Road, negeri Perak, Malaysia
Laluan KTM Antarabandar
Platform 2
Landasan 2
Tempat letak kereta Percuma
Maklumat lain
Dibina semula 2007
Dielektrikkan 2007
Mesra OKU Handicapped/disabled access
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu

Stesen keretapi Tapah Road ialah sebuah stesen kereta api yang terletak di Tapah Road, negeri Perak, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen kereta api ini adalah antara yang tertua di Malaysia. Ia dibuka pada 18 Mei 1893, menghubungkan Tapah Road dengn Teluk Intan dan dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat Sir Cecil Clementi Smith.[1] Turut hadir di majlis perasmian itu ialah Frank Swettenham, Residen Perak.

Pada peringkat awal kontrak pembinaan landasan Tapah Road - Teluk Intan telah dibatalkan perancangan kerana halangan-halangan bentuk muka bumi di antara kedua-dua tempat berkenaan. Bagaimanapun dua orang jurutera Perak State Railway iaitu Spence Moss (Jurutera Penasihat Keretapi) dan Jurutera Tempatan Keretapi T. Scott Gardner telah mengambil inisiatif untuk meneruskan pembinaannya hinggalah siap.[1]

Pada bulan Mac 2007, sebuah stesen kereta api yang baru telah dibina di Stesen Kereta Api Tapah Road menggantikan stesen terdahulu. Walau bagaimanapun, bangunan stesen kereta api lama ini masih ada dan kini dijadikan pejabat pentadbiran kereta api seperti Pejabat Polis Bantuan, Hartanah, Semboyan dan Komunikasi Pengurusan Jalan. Sebelum ini terdapat sebuah jambatan kereta api lama menjadi tinggalan sejarah di Stesen Kereta Api Tapah Road. Jambatan ini pernah rosak teruk akibat dibom oleh tentera Jepun yang menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941. Kini, serpihan jambatan itu sudah tidak ada lagi di stesen kereta api berkenaan kerana telah dipindahkan ke Taiping untuk dipamerkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Pembukaan Rasmi Stesen Keretapi Tapah Road". Hari Ini Dalam Sejarah. Arkib Negara Malaysia. 17/09/2008. http://www2.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=820&y=2009&m=3. Capaian 7 Februari 2010.