Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 KA02 
Stesen Keretapi Kuala Lumpur
ستيسين كريتا اڤي كوالا لمڤور
Railway station KL 2007 010 pano.jpg
Pandangan Stesen Keretapi Kuala Lumpur, ke arah tenggara.
Statistik stesen
Alamat Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat 3°8′22″U 101°41′36″T / 3.13944°U 101.69333°T / 3.13944; 101.69333
Laluan Laluan Rawang-Seremban dan Laluan Sentul-Pelabuhan Klang (KTM Komuter) (1995 hingga kini)
Laluan Sentral KL-Ipoh-Sentral KL (KTM Antarabandar) (sejak 2008)
Platform 2 platform tepi dan 1 platform pulau.
Landasan 4
Tempat letak kereta Ada.
Maklumat lain
Dibuka 1886
Dibina semula 1910
Dielektrikkan 1995
Kod KLUMPUR (KTM Komuter)
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu
Trafik
Penumpang (2012) 4,021 (1,467,756)

Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Selepas siap dibina pada tahun 1910 untuk menggantikan sebuah stesen yang lebih lama pada tapak yang sama, stesen ini pernah dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Bahasa Inggeris: Federated Malay States Railway) dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala Lumpur Sentral mengambil alih banyak peranannya pada tahun 2001. Stesen ini terkenal dengan gaya pembinaannya, mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur.

Stesen ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, dulu dikenali sebagai Victory Avenue, yang pernah merupakan sebahagian daripada Jalan Damansara. Stesen ini terletak berhampiran dengan Bangunan Kereta Api Tanah Melayu yang direka cipta dengan mirip, dan juga Masjid Negara dan Kompleks Dayabumi. Stesen LRT Pasar Seni terletak sejauh 400 meter, merentasi Sungai Klang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen sebelumnya[sunting | sunting sumber]

Sebelum pembinaan stesen ini, dua buah stesen kereta api telah beroperasi di bandar raya ini.

Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang pertama, digelar sebagai Stesen Residen (Bahasa Inggeris: Resident Station) kerana berdekatan dengan kediaman Residen British, dibina di seberang Kelab Selangor ke arah barat. Dibina dengan kayu berserta dengan bumbung nipah, stesen ini merupakan yang pertama di Kuala Lumpur, menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang (Pengkalan Batu) dengan landasan kereta api yang pertama untuk menghubungkan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Melayu (dirasmikan pada 22 September 1886).

Stesen kedua, Stesen Jalan Sultan (Bahasa Inggeris: Sultan Street Station), dibina pada tahun 1892 di Foch Avenue (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock), berhampiran dengan tapak Menara Maybank dan Hentian Puduraya pada masa kini. Rekaannya adalah berdasarkan Stesen Residen, dan terletak pada laluan kereta api Pudu, sebatang landasan baru yang dicawang dari stesen 1910 itu, dan menghubungkan lombong-lombong di Ampang ke bandar raya ini. Laluan ini unik kerana bahagian awal landasan mengampiri stesen terletak di antara dua jalan Foch Avenue, memotong di sebelah kanan bandar ini.

Stesen Residen dirobohkan selepas pembinaan stesen Kuala Lumpur yang baru siap. Stesen Jalan Sultan pula digantikan oleh suatu stesen yang lebih kecil apabila landasan di Foch Avenue dibuka untuk laluan lalu lintas, dan dirobohkan selepas 1960. Sebahagian laluannya di Ampang digunakan semula oleh aliran LRT Ampang.

Reka bentuk, pembinaan dan operasi[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk depan stesen ini boleh dibandingkan dengan gaya seni bina bangunan tempatan lain, seperti Masjid Jamek.

Arthur Benison Hubback, seorang pembantu arkitek British kepada Pengarah Jabatan Awam, bertanggungjawab mereka bentuk stesen ini. Pernah berkhidmat di India, dia menggunakan pengetahuannya mengenai seni bina Inggeris-Asia di kawasan itu dalam reka bentuk stesen ini. Gaya "Neo-Moor/Mughal/Indo-Saracen/Neo-Saracen" bukanlah merupakan gaya yang tidak biasa ketika itu. Struktur serupa, seperti Bangunan Sultan Abdul Samad (reka bentuk oleh A.C. Norman, siap 1895), Dewan Bandaraya Lama (reka bentuk oleh A.B. Hubback, siap 1904) dan Masjid Jamek (reka bentuk oleh A.B. Hubback, siap 1909), semuanya dibina sebelum stesen ini.

Dengan kos RM23,000, stesen ini siap dibina dan mula beroperasi pada 1 Ogos 1910. Selepas perobohan Stesen Residen dan pengasingan Stesen Jalan Sultan, Stesen Keretapi Kuala Lumpur menjadi stesen kereta api utama di Kuala Lumpur. Sebuah hotel, Hotel Stesen (kini Hotel Stesen Warisan), mengambil sebahagian ruang stesen. Pada 1995, perkhidmatan KTM Komuter diperkenalkan di stesen ini.

Selepas pelencongan perkhidmatan jarak jauh antara bandar pada 15 April 2001 ke Sentral Kuala Lumpur, kurang satu kilometer ke selatan, kepentingan stesen ini berkurang dan kemudahan stesen yang tidak lagi diperlukan dibuang. Sedang pelantar sisi stesen ditinggikan ke aras yang sesuai untuk kereta api KTM Komuter, tatarajah pelantar dan capaian ke perkhidmatan bermakna stesen asal ini tidak dapat dimaksimumkan penggunaanya sebagai perhentian pengangkutan untuk penumpang KTM Komuter (lihat pelantar). Keseluruhan stesen masih lagi dikhidmati oleh kedua-dua KTM Komuter dan perkhidmatan barangan.

Sebelum 31 Ogos 2007, iaitu ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaya, banyak sumber melaporkan pemindahan pelbagai peralatan kereta api lama dari sebuah gudang kereta api di Klang dan beberapa tempat lain lagi ke stesen lama Kuala Lumpur.[perlu rujukan] Ini termasuklah sebuah pelangsir kecil dan kereta bomba antik. Stesen ini secara rasminya dibuka semula pada 31 Ogos 2007 sebagai sebuah muzium kereta api (pameran diletakkan di dewan utama dan pelantar stesen), dan ketika ini dicadangkan sebagai pusat budaya.[perlu rujukan]

Pengubahsuaian dan penaiktarafan[sunting | sunting sumber]

Bahagian dalam dewan utama stesen (gambar pada Mac 2007) mengalami pengubahsuaian besar pada 1986, dengan sebahagian reka bentuk asal diubah dan dimodenkan. Kini kawasan inu digunakan untuk meletak pameran selepas stesen ini dijadikan sebagai muzium kereta api

Stesen ini telah mengalami beberapa perubahan besar dalam sejarahnya. Sayap utara telah dijadikan kawasan pejabat pada 1967, menutup capaian ke beranda lengkung dengan tingkap. Pada 1986, stesen ini diubahsuai dengan lebih menyeluruh, dengan bahagian dalam dan tingkap yang berkenaan digantikan dengan yang lebih moden manakala bahagian luar diperbaiki dan dipelihara, bangunan dan kemudahan baru ditambah, termasuk dewan menunggu berhawa dingin, kaunter maklumat pelancongan dan kedai snek. Sebahagian reka bentuk dan rangka asal dalaman stesen ini masih lagi wujud di Hotel Stesen Warisan.

Pemodenan ini juga melibatkan binaan tambahan di sayap selatan bangunan ini, memaparkan gaya "Raj" yang mendominasi sebahagian besar bangunan itu, dan tambahan muka hadapan untuk sayap utara dengan unsur seni bina yang sama, melindungi bayangan reka bentuk Barat dari hadapan. Perubahan ini menyebabkan bangunan tersebut memiliki dua chhatri tambahan, dua di setiap penjuru sayap, bersama-sama dengan empat yang asal.

Pengubahsuaian lain termasuklah dinding belakang stesen yang ditebuk dan dipanjangkan untuk memuatkan pintu masuk baru, hentian teksi, pejabat dan kedai, manakala ruang tambahan dua tingkat turut dibina di atas jalan masuk ke stesen bagi menempatkan lebih banyak kedai.

Pembentukan semula pada 1986 ini turut menyaksikan pemanjangan pelantar ke utara dan bangunan stesen baru di situ, yang bersambung dengan Pejabat Pos Besar di kompleks Dayabumi yang baru siap ketika itu (siap pada 1984).

Apabila perkhidmatan KTM Komuter dilancarkan pada 1995 dengan Laluan Rawang-Seremban dan Laluan Sentul-Pelabuhan Klang, kaunter tiket dan lawang tambang ditambah ke stesen tersebut, selaras dengan stesen KTM Komuter lain. Lokasi kemudahan komuter ini bermakna cuma pelantar pulau yang baru dapat digunakan oleh kereta api KTM Komuter (lihat pelantar).

Selepas Sentral Kuala Lumpur mengambil alih operasi kereta api antara bandar, bahagian stesen yang digunakan untuk perkhidmatan tersebut ditanggalkan atau dihapuskan.

Platform[sunting | sunting sumber]

Platform asal masih mengekalkan ciri asal, seperti teduhan diperbuat dari besi.

Stesen ini mempunyai 3 platform tinggi melayan 4 landasan, terdiri daripada 2 platform tepi (platforms 1 dan 4) pada dua sisi dan 1 platform pulau (platform 2 dan 3) di tengah. Platform tambahan yang ditambah pada tahun 1986 diberikan tambahan akhiran "a", contohnya Platform 2a untuk tambahan platform 2 yang asal.

Sebelum pembukaan Kuala Lumpur Sentral, kesemua platform diberikan peranan yang berikut:

  • Platform tepi dikhaskan untuk servis keretapi Antarabandar. Kaunter tiket untuk servis ini berada diantara bangunan lama dan baru. Dengan berpindahnya servis Antarabandar ini ke Sentral Kuala Lumpur, platform ini kini lengang. Walau bagaimanapun, platform ini masih digunakan untuk kegunaan keretapi barang. Platform tepi sepertimana aras bawah bangunan stesen, adalah dibuka kepada umum.

Tambahan pula, platform pulau masih mengekalkan aras lantai dalam reka bentuk asal, sedikit rendah berbanding bahagian platform pulau yang diubahsuai dan pintu komuter, satu ketidakselesaan kepada penumpang untuk keluar masuk tren komuter. Kemudian, tren komuter berhenti di platform baru, supaya penumpang boleh meninggalkan stesen di pintu utara yang baru.

Senibina[sunting | sunting sumber]

Tambahan stesyen semasa pengubahsuai 1986 memiliki bentuk lebih semasa. Tiang menonjol di depan adalah tambahan atap kanopi 2006.

Stesen keretapi Kuala Lumpur pada mulanya terdiri dripada satu terminal utama di bahagian hadapan banggunan dan tiga platform keretapi mengendali empat landasan di bahagian belakang .

Struktur utama yang mngandungi dewan utama, kaunter tiket, dan pejabat, terutamanya direka dalam stail "Raj", campuran Barat dan Mughal sama seperti seni bina kebangkitan Moorish atau Indo-Arab, yang menjadi popular seketika pada akhir abak ke-19 dan awal ke-20 di koloni India, termasuk juga di Eropah dan British. Dikuasai oleh binaan ladam kuda dan gerbang Ogee, dan chhatri besar (enam asanya, dengan tambahan dua kemudiannya) pada sudut bangunan menemani variasi lebih kecil di hadapan, stesyen ini setanding dengan bangunan Sultan Abdul Samad dan struktur yang dibina sekeliling Dataran Merdeka semasa tempoh ini. Sebagai tambahan kepada bangunan utama stesyen, tambahan bangunan tiga tingkat pada sayap kanan ditambah pada awal tempoh operasinya, mengunapakai reka bentuk semasa Bara dengan serambi sekeliling dan gerbang segmen dengan keluasan berbeza. Bahagian hadapan stesyen diplaster sepenuhnya, berbeza dengan bangunan stail sama yang memilih binaan bata terdedah, dn dicat dalam warna cerah (biasanya putih atau krim) sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Pelantarnya ditutup dengan atap bekerangka keluli, yang pada awanya lebh pendek semasa awal tempoh stesyen beroperasi. Bumbungnya pada asalnya disepuh, dan dibuka sebahagiannya bagi membenarkan asap dari kereta api wap terbebas; atap kepingan berlekuk-lekuk digunakan sebagi pengganti semasa tempoh pengunaan stesyen berikutnya. Sisi pelantar tidak bersambung bangunan utama dan dikelilingi tembok yang dibina menurut stail yang sama dengan bangunan utama. Pelantar dan bangunan utama disambung sesama sendiri melalui dua laluan bawah tanah.

Rekabentuk tambahan pelantar semasa pengubahsuai stesyen pada tahun 1986 mengambi pendekatan lebih semasa, terdiri daripada tiang konkrit besar menyokong atap berkerawang dan pejabat tiket pada bongkah konkrit di hujung utara, tergantung dua tingkat di udara. Dinding putih dan gerbang yang bertindak sebagai hiasan kepada tambahan lebih menyerupai kompleks Dayabumi berbanding stesyen asal. Tambahan baru bersambung dengan Dayabumi melalui laluan pejalan tergantung.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Stesen sebelumnya Laluan Rel (Lembah Klang) Stesen berikutnya
Bank Negara   Laluan Sentul-Pelabuhan Klang   KL Sentral
Bank Negara   Laluan Rawang-Seremban   KL Sentral
Masjid Jamek   Laluan Kelana Jaya
400m ke Pasar Seni
  KL Sentral