Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang di-Pertuan Agong
Img agung3 2.gif
Al-Marhum Tuanku Syed Harun Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Yang di-Pertuan Agong ke- 3
Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
Negeri Perlis
Keputeraan 25 November 1920
Arau, Perlis
Kemangkatan 16 April 2000
Kuala Lumpur
Mula jawatan 21 September 1960
Tamat jawatan 20 September 1965
Penyandang terdahulu Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
Penyandang kemudian Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III


Almarhum Tuanku Syed Harun Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (25 November 1920 - 16 April 2000) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga.

Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 25 November 1920, Seri Paduka Baginda Raja Perlis menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau dan meneruskan persekolahan baginda di Penang Free School. Ketika berusia 18 tahun, baginda memulakan kerjaya sebagai anggota Perkhidmatan Awam pada tahun 1938.

Pada tahun 1940, Baginda dilantik sebagai Majistret di Kangar dan kemudian ditukarkan ke Kuala Lumpur pada 1941 selepas meletusnya Perang Dunia Kedua. Baginda berkahwin dengan Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail pada 1941 dan dikurniakan dengan lima putera dan lima puteri.

Baginda menaiki takhta kerajaan negeri Perlis pada 4 Disember 1945 tetapi disebabkan oleh Perang Dunia Kedua, baginda tidak ditabalkan sehingga 12 Mac 1949. Baginda Tuanku Syed Putra ialah raja yang paling lama memerintah di Perlis, dan pada 4 Disember 1995, baginda meraikan Jubli Emas selepas memerintah selama setengah abad di Perlis. Ketika berusia 40 tahun, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ketiga dan memerintah negara sebagai Yang di-Pertuan Agong dan 21 September 1960 hingga 20 September 1965. Baginda juga menjadi Kolonel Yang di-Pertua Pasukan Renjer Diraja Malaysia. Pada 1971, baginda turut dilantik sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Baginda mangkat pada 16 April 2000.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Senarai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia


Penyandang Terdahulu Raja Perlis Penyandang Kemudian
Syed Hamzah Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]