Sultan Pahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Pahang
سلطان ڤاهڠ
Monarki
Negeri/Wilayah
Lambang Sultan Pahang.jpg
Jata Yang Maha Mulia Sultan Pahang
سلطان ڤاهڠ

Img agung7 2.gif
Penyandang
Sultan Ahmad Shah
sejak 1974
Gelaran: Yang Maha Mulia
Pewaris ketara: Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah
Raja pertama: Sultan Muhammad Shah I
Pertubuhan: 1470

Kesultanan Negeri Pahang adalah daripada keturunan Raja-Raja dan Bendahara Melaka yang merupakan keturunan daripada Sang Nila Utama dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri.

Sejarah kesultanan[sunting | sunting sumber]

Pengasas[sunting | sunting sumber]

Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah[1] iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam.

Perebutan kuasa[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang.

Serangan Acheh[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1617, Acheh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh.

Di bawah pemerintahan Johor[sunting | sunting sumber]

Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana).

Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad.

Pemerintahan sendiri[sunting | sunting sumber]

Dengan termetrinya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan diantara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula apabila Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini.

Senarai Sultan Pahang[sunting | sunting sumber]

Sultan[sunting | sunting sumber]

  1. 1470-1475:Sultan Muhammad Shah I[2][3]
  2. 1475-1475:Sultan Abdul Jamil Shah
  3. 1475-1497:Sultan Ahmad Shah I[2]
  4. 1497-1519:Sultan Mansur Shah I
  5. 1519-1530:Sultan Mahmud Shah II[4]
  6. 1530-1542:Sultan Muzaffar Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah
  7. 1540-1555:Sultan Zainal Abidin Shah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah
  8. 1555-1560:Sultan Mansur Shah II
  9. 1560-1575:Sultan Abdul Jamil Shah II
  10. 1575-1590:Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah
  11. 1590-1592:Sultan Ahmad Shah II
  12. 1592-1614:Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah
  13. 1614-1641:Sultan Alauddin Riayat Shah
  14. 1615-1623:Raja Bujang[5]
  15. 1641-1676:Raja Bajau [6]
  16. 1676-1688:Raja Ibrahim[6]

Raja Bendahara[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Raja Bendahara Pahang
  1. 1688-1697:Tun Habib Abdul Majid bin Tun Mat Ali
  2. 1697-1699:Tun Abdul Jalil bin Tun Habib Abdul Majid
  3. 1699-1708:Tun Mas Anom bin Tun Habib Abdul Majid
  4. 1708-1716:Tun Abdullah bin Tun Habib Abdul Majid
  5. 1718-1721:Tun Abdul Djamal bin Tun Habib Abdul Majid
  6. 1722-1724:Tun Abbas ibni Sultan Abdul Jalil IV
  7. 1724-1734:Tun Husain ibni Sultan Abdul Jalil IV
  8. 1734-1748:Tun Mutahir I ibni Sultan Abdul Jalil IV
  9. 1748-1777:Tun Hasan bin Tun Abbas
  10. 1777-1802:Tun Abdul Majid bin Tun Hasan
  11. 1802-1803:Tun Muhammad bin Tun Abdul Majid
  12. 1803-1806:Tun Koris bin Tun Abdul Majid
  13. 1806-1847:Tun Ali bin Tun Koris
  14. 1847-1863:Tun Mutahir bin Tun Ali
  15. 1863-1882:Tun Ahmad

Sultan[sunting | sunting sumber]

  1. 1882-1914:Sultan Ahmad Muazzam Shah[7]
  2. 1914-1917:Sultan Mahmud Shah[7]
  3. 1917-1932:Sultan Abdullah[7]
  4. 1932-1974:Sultan Abu Bakar[7]
  5. 1974-kini:Sultan Ahmad Shah[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Aruna Gopinath (1991). Pahang 1880-1933: A Political History. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081. 
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549. 

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. "Sejarah Kesultanan Pahang". Laman Komuniti Pekan. Laman Komuniti Pekan. 2010. http://www.pekan.my/index.php?option=com_content&task=view&id=136&Itemid=47. Capaian 7 Februari 2010. 
  2. 2.0 2.1 Aruna Gopinath, 1991, m/s 12
  3. "Sejarah Kesultanan Pahang". Marhum Bugis Syah. Tengkusyah. 2011. http://tengkusyah.blogspot.com/2011/02/sejarah-kesultanan-di-pahang.html. Capaian 28 Julai 2012. 
  4. Aruna Gopinath, 1991, m/s 13
  5. Aruna Gopinath, 1991, m/s 16
  6. 6.0 6.1 Aruna Gopinath, 1991, m/s 17
  7. 7.0 7.1 7.2 7.3 7.4 "KDYMM Sultan Pahang". Laman Web Rasmi Pahang Darul Makmur. Kerajaan Negeri Pahang. 2009. http://www.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=21&Itemid=95&lang=malay. Capaian 6 Februari 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]