Worldview Broadcasting Channel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Worldview Broadcasting Channel (Malaysia) Sendirian Berhad
(WBC)
Jenis Televisyen daratan digital swasta
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Tarikh siaran pertama 1 April 2012 (2 tahun)
Ketersediaan National
Diasaskan 1 April 2012 (2 tahun)
Kawasan pelesenan Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas
Kawasan penyiaran Kuala Lumpur (kawasan sekitar di Lembah Klang)
Kawasan Kuala Lumpur
Ibu pejabat Gedungan WBC Television Centre, Kompleks Golden Screen Cinemas, Tingkat 3, Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas, Jalan Ampang, Taman KLCC, 50088 Cheras, Kuala Lumpur, Bendera Malaysia Malaysia
Pemilik Worldview Broadcasting Channel (Malaysia) Sedang Berhad
Tarikh pelancaran 1 April 2012 (2 tahun)
Saluran digital UHF : Saluran 39 (615.25 MHz)
Saluran analog VHF : Saluran 18 (615.25 MHz)
Format audio Stereo, Dolby Surround 7.1
Format gambar PAL 576i (SDTV)
PAL 1080i (HDTV)
Laman web
www.wbcchannel.tv

Worldview Broadcasting Channel adalah sebuah stesen televisyen terestrial swasta yang pertama di Malaysia yang menyiarkan kesemua berita dan hal ehwal semasa secara percuma. Saluran ini dimiliki oleh Worldview Broadcasting Channel (Malaysia) Sendirian Berhad. Ia boleh di tonton pada UHF 18 (615.25 MHz) dan VHF 39 (615.25 MHz) di Lembah Klang.

Pada masa ini, transmisi ujian adalah bersiaran pada jam 5.00 petang sehingga 12.00 tengah malam dengan jumlah bersiaran selama 7 jam/ WBC dilancarkan secara rasmi pada pukul 8.30 malam 1 April 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia.

WBC akan menyiarkan berita dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Malaysia yang meliputi isu-isu nasional dan global. 70 % kandungan beritanya berkisar mengenai isu semasa dan perkembangan antarabangsa.

Program-program lain di WBC termasuk dokumentari, majalah dan program bual bicara melalui perniagaan, ekonomi, alam sekitar, sains dan teknologi, gaya hidup dan kepentingan manusia.

Misi WBC adalah membawa mesej kesederhanaan, keamanan dan kemanusiaan selaras dengan gagasan Gerakan Kesederhanaan Global yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.