Pergi ke kandungan

Ala Dondang (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ala Dondang[1] ialah album studio ketujuh oleh penyanyi Malaysia, Noraniza Idris. Ia dikeluarkan pada 28 Julai 1997, oleh Suria Records. Ia adalah album baharu pertamanya dalam tempoh lebih empat tahun, selepas keluaran album percubaan pop tradisional, Noraniza Idris (1992). Sekaligus menjadi album pertama beliau dilancarkan daripada syarikat rakaman Suria Records. Album ini ditulis dan diterbitkan oleh Pak Ngah dan S. Atan, Ala Dondang ialah album Irama Malaysia dengan pengaruh muzik ghazal dan zapin.[2][3][4]

Ala Dondang
Album studio oleh
Dilancarkan pada28 Julai 1997
Dirakamkan padaSeptember 1996 - Jun 1997
StudioPro Recording Studio
GenrePop Etnik
Panjang44:34
SyarikatSuria Records
Penerbit
Kronologi Album studio Noraniza Idris
Noraniza Idris
(1992)
Ala Dondang
(1997)
Masyhur
(1998)
Single daripada Ala Dondang
  1. "Awallah Dondang"
    Dikeluarkan: 1 Julai 1997
  2. "Rindu"
    Dikeluarkan: 12 September 1997
  3. "Semalu Rimba"
    Dikeluarkan: 2 November 1997
  4. "Embun Setitik"
    Dikeluarkan: 16 Januari 1998
  5. "Mahligai Asli"
    Dikeluarkan: 4 Mac 1998
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Discogs 5/5 bintang
Harian Metro 4.5/5 bintang
New Straits Times 4/5 bintang

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Selepas beliau melancarkan album Noraniza Idris (1992) kala itu beliau masih menjadi artis rakaman daripada syarikat rakaman ternama di Malaysia, Sony Music Malaysia namun sayangnya album tersebut kurang mendapati sambutan daripada masyarakat kala itu ditengah pasar masih dalam konvensional dan kemudian kontrak beliau pun berakhir pada tahun 1993, beliau pun memutuskan untuk berdiam diri sejenak dari kerjaya beliau kerana beliau mahu fokus kepada pengurusan rumah tangga buat keluarga beliau hingga tiga tahun lamanya. Selepas itu, beliau akhirnya mahu kembali kerjaya beliau dalam bidang nyanyian dan kemudian beliau menandatangani kontrak beliau dengan syarikat rakaman beliau yang baharu, Suria Records Sdn. Bhd. yang mana Tan Su Loke menjadi penerbit eksekutif daripada syarikat rakaman ini pada tahun 1996 menjadi artis rakaman.

Apatah lagi, sebelumnya juga pada kala memasuki masa mutakhir dan menuju ke alaf digital, lagu yang berentak Irama Malaysia ini kurang mendapat sambutan daripada para pendengar dan juga kurang menarik perhatian jarang didengar di stesen radio. Banyak orang menganggap lagu bergenre ini kurang relevan pada zamannya dan lebih ironisnya dianggap 'kampungan' dan tidak sesuai dengan minat kalangan muda. Apatah lagi industri muzik selalu melancarkan album demi album yang genre seperti pop, rock, R&B, balada, hip-hop dan semacamnya dan hampir mara menguasai pasar kala itu. Namun untuk lagu-lagu genre Irama Malaysia kadangkala semakin ditepikan dan dilupakan oleh orang awam. Daripada situasi itulah, Noraniza Idris punya peran penting untuk menyuarakan hati beliau iaitu macam mana menghidupkan semula lagu bergenre Irama Malaysia dan sentiasa digemari oleh pelbagai kalangan bukan setakat kalangan tua sahaja melainkan juga digemari oleh kalangan muda dan sentiasa kekal sepanjang masa meski telah bertahun tahun lamanya.

Ringkasan album

[sunting | sunting sumber]

Ala Dondang[5][6] diilhamkan dengan hasrat agar dapat mengembalikan khazanah muzik tradisional yang menjadi warisan pusaka turun temurun untuk generasi masa kini menikmatnya menerusi album ini. Penghasilan album ini adalah merupakan koleksi lagu-lagu tradisional yang sering mengingatkan kita betapa kayanya keaslian budaya dan pusaka yang tiada ternilai. Melalui sentuhan dan gubahan muzik yang diberikan nafas baru bersesuaian dengan peredaran masa kini serta ilham rasa oleh penulis lirik dan pencipta maka lahirlah album Ala Dondang ini. Noraniza telah bekerjasama dengan ramai komposer untuk penghasilan lagu-lagu di dalam album ini antaranya Anak Sarawak, Khalil Sharif, Pak Ngah, Rahim Jantan dan Hairul Anuar Harun.

Untuk penerbitan album ini, Noraniza bekerjasama bersama Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah dan S. Atan selaku penerbit yang menerbitkan album ini secara eksperimental dan akhirnya berjaya terjual sebanyak 200,000 ribu unit dan meraih anugerah platinum berkembar beliau untuk pertama kali. Ala Dondang mempertaruhkan lagu "Awallah Dondang" sebagai single pertama untuk album ini dan mara berentap ke Anugerah Juara Lagu 1997. Noraniza telah membuka mata masyarakat pada ketika itu, orang ramai bukan sahaja tertumpu dengan lagu-lagu bergenre pop, rock, R&B dan sebagainya tetapi mereka juga tertarik dengan lagu-lagu bercorak tradisional selepas sahaja album ini dilancarkan. Oleh kerana sambutan terhadap album ini memberangsangkan. Ala Dondang telah diiktiraf sebagai Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-5 (1998) dan turut tercalon untuk kategori utama, Album Terbaik.

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Awallah Dondang"Hairul Anuar HarunAnak Sarawak4:15
2."Semalu Rimba"Hairul Anuar HarunKhalil Sharif5:03
3."Joget Orang Berkasih"SisoS. Atan4:12
4."Rindu"SisoFandi3:22
5."Mustika Hati"Atan AhmadAtan Ahmad5:41
6."Purnama"Rahim JantanRahim Jantan4:32
7."Mahligai Asli"LokghaPak Ngah4:12
8."Padamu Jua"Habsah HassanJamal Abdullah4:37
9."Embun Setitik"Hairul Anuar HarunArid4:24
10."Inang Merindu"LokghaPak Ngah3:55
Jumlah masa: 44:34

Tenaga kerja

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah tenaga kerja dalam pembuatan album studio ketujuh sekaligus album baharu pertama beliau, Ala Dondang berasaskan sampul album.

  • Tan Su Loke - Penerbit Eksekutif
  • Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) & S.Atan - Penerbit
  • Sham Amir Hussein - A&R Manager
  • Fareez - Penyelaras
  • Pak Ngah & S.Atan - Komposer, Susunan Muzik, Akordion & Keyboard
  • Rashid Dahari - Akuistik Gitar
  • Afizah Hamdan, Norihan Saif, Widy Zalilawati & Pak Ngah - Penyanyi latar
  • Anak Sarawak, Khalil Sharif, Fandi, Rahim Jantan, Atan Ahmad, Jamal Abdullah & Arid - Komposer
  • Art Base - Rekabentuk
  • Roslan Jawaher, Zainuddin Md. Yunos & Zefri Zain - Marwas
  • Md. Yassin - Gambus
  • Noraniza Idris - Vokal
  • Hairul Anuar Harun, Siso, Atan Ahmad, Habsah Hassan, Rahim Jantan & Lokgha - Penulis Lirik
  • Genesis Mastering Lab Sdn. Bhd. - Mastering
  • Piece Studio Eye - Fotografi
  • Bard, Joe, Nasir & Nieta - Unit Promosi
  • Seria Saila - Jurusolek
  • Lau, Vincent & Wong - Jururakam
  • Pak Ngah, S.Atan, Lau, Vincent & Wong - Juruadun
  • Ahmad Razli Ayub - Violin Solo
  • Azlan Che Othman, Janet Song Pik Yin, Jerry Sales, John Soh, Juana Darus, Mahbob Mohd, Yap Yen, Yin Yen Ooi & Yup Siew Keen - Strings & Violins

Label syarikat

[sunting | sunting sumber]

Ulasan kritis

[sunting | sunting sumber]

Album Ala Dondang mendapat ulasan positif daripada pengkritik muzik tempatan. Dalam ulasan kritikal oleh Zainal Alam Kadir di ruangan Homespins New Straits Times, beliau memuji Noraniza Idris dan label rakaman Suria Records (SRC) kerana memelihara dan menghidupkan semula konsep muzik tradisional dalam genre Irama Malaysia, yang digabungkan dengan elemen pop kontemporari. Beliau juga menggambarkan album itu sebagai rekod yang menarik kerana berjaya memasukkan pelbagai rentak warisan Melayu yang kaya seperti zapin, gambus, rodat, lagu asli, inang, dan ghazal ke dalam format kontemporari yang mudah diakses oleh pasaran arus perdana.[7]

Kedudukan carta

[sunting | sunting sumber]

Album

Carta (1997) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia
(Carta RIM)
7

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Muzik FM ERA FM HOT FM Muzik Muzik
1997 Awallah Dondang 8 - - 3
Rindu 13 - - 4
Semalu Rimba - - - 7
1998 Embun Setitik - - - 8
Mahligai Asli 18 - - 6

Maklumat tambahan

[sunting | sunting sumber]

Album ini telah berjaya terjual sebanyak hampir 200,000 unit dan meraih Anugerah Platinum Berkembar 1 iaitu sebanyak 100,000 unit di Malaysia (Carta RIM). Kemudian buat pihak Suria Records ini menjadi impak besar dan membuat jalan untuk mengeluarkan album Cindai iaitu album percubaan pertama daripada Siti Nurhaliza dikeranakan salah satu faktornya ialah album ini laku keras di pasaran serta meraih Anugerah Platinum Berkembar, dimana album itu dikeluarkan pada tahun yang sama. Menerusi album ini, beliau memenangi kategori Album Pop Etnik Terbaik dan turut dicalonkan dalam kategori utama, Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1998 (Anugerah Industri Muzik ke-5). Dan album ini mempertaruhkan single pertama, "Awallah Dondang" berjaya mara berentap ke Anugerah Juara Lagu 1997. Lagu "Rindu" juga berjaya dicalonkan untuk berentap ke Separuh Akhir Muzik Muzik 1998. Tetapi sayang gagal mara berentap ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1998. Album ini juga mengeluarkan senarai runut berupa versi karaoke atau minus one.

Anugerah Industri Muzik

Tahun Penerima/Karya Tercalon Kategori Keputusan
1998 Ala Dondang Album Pop Etnik Terbaik Menang
Album Terbaik Tercalon

Anugerah Juara Lagu

Tahun Penerima/Karya Tercalon Kategori Keputusan
1997 "Awallah Dondang" Lagu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif Terbaik Tercalon

Pensijilan

[sunting | sunting sumber]
Negara Pensijilan Jualan/penghataran
Malaysia 1× Platinum 100,000

Sejarah keluaran

[sunting | sunting sumber]
Negara Tarikh dikeluarkan Format Label
Malaysia 28 Julai 1997 Kaset, CD album Suria Records
Singapura 1997 Kaset, album
Malaysia 1997 CD, album karaoke version
Malaysia 2003 CD, album, terbitan semula
Malaysia 2007 CD, album, terbitan semula
  1. ↑ Noraniza Idris - Ala Dondang (dalam bahasa Inggeris), 1997, dicapai pada 2026-06-26
  2. ↑ "Ala Dondang - Noraniza Idris | Release Info". AllMusic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Oktober 2026.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (pautan)
  3. ↑ "Threads". www.threads.com. Dicapai pada 19 Oktober 2026.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (pautan)
  4. ↑ "Noraniza Idris — Biography, Discography, Albums & Expert Reviews". AllMusic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Oktober 2026.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (pautan)
  5. ↑ "Instagram". www.instagram.com. Dicapai pada 19 Oktober 2026.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (pautan)
  6. ↑ "Threads". www.threads.com. Dicapai pada 19 Oktober 2026.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (pautan)
  7. ↑ Abdul Kadir, Zainal (29 Jun 1998). Noraniza back with new album (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. m/s. 25.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]