Benben

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

 

Benben
Puncak salah satu piramid (G1-d) yang dibina semula di Penara Giza, melambangkan Benben.
JenisGuar

Dalam mitos penciptaan agama Mesir purba di Heliopolis, Benben ialah guar yang timbul dari perairan yang wujud sejak purbakala Nu di mana Atum, dewa pencipta, menetap. Batu Benben (juga dipanggil piramidion) ialah batu teratas piramid. Ia juga berkait dengan obelisk.

Guar azali[sunting | sunting sumber]

Piramidion Amenemhat III dari Piramid Hitam, Dinasti Kedua Belas. Muzium Mesir, Kaherah.

Dalam Teks Piramid, contohnya Ungkapan 587 dan 600, Atum sendiri kadangkala dipanggil "guar". Guar ini dikatakan telah bertukar menjadi piramid kecil, di Heliopolis (Mesir: Annu atau Iunu), di mana Atum dikatakan tinggal. Bandar-bandar lain mencipta mitos mereka sendiri tentang guar azali ini. Di Memphis, dewa Tatenen, dewa bumi dan asal usul "semua benda dalam bentuk makanan dan minuman, anugerah ilahi, semua perkara yang baik", merupakan personifikasi guar azali ini.

Batu Benben[sunting | sunting sumber]

Burung Bennu dari satu papirus Mesir.

Batu Benben, dinamakan sempena guar tadi, ialah batu suci di kuil Ra di Heliopolis (Mesir: Annu atau Iunu). Ia menandakan lokasi di mana sinaran pertama matahari jatuh. Ia mungkin prototaip obelisk, dan batu penutup piramid-piramid besar berdasarkan daripada reka bentuknya. Batu penutup piramid juga dipanggil piramidion. Di Mesir purba, ia mungkin disepuh supaya bersinar di bawah sinar matahari.[perlu rujukan]

Banyak batu Benben, biasanya diukir dengan imej dan inskripsi, ditemui di muzium di seluruh dunia.

Dewa burung Bennu, yang mungkin sumber ilham kepada burung feniks, dipuja di Heliopolis dan dipercayai tinggal di atas batu Benben atau di atas pokok dedalu suci.

Menurut ahli egiptologi Barry Kemp, hubungan antara benben, feniks dan matahari mungkin wujud kerana aliterasi: perbuatan terbit, weben, matahari menghantar sinarnya ke benben, tempat burung bennu tinggal. Ungkapan 600, § 1652 dalam Teks Piramid ada menyebut tentang Atum dalam engkau terbit, sebagai benben, di Rumah Agam Bennu di Heliopolis.[1]

Perkembangan sejarah[sunting | sunting sumber]

Dari awal zaman, Benben biasa distailkan dengan dua rupa; pertama sebagai bentuk piramid yang runcing, yang mungkin menjadi model untuk piramid dan obelisk. Bentuk lainnya bulat; ini mungkin asal usul Benben sebagai objek semahan yang berdiri sendiri dan objek pemujaan.

Semasa Dinasti Kelima, benben berbentuk pendek dan lebar. Kemudian, semasa Kerajaan Tengah, ia menjadi obelisk yang panjang dan halus.

Di makam Zaman Amarna di Panehesi, benben berupa seperti stele besar berpuncak bulat di atas pelantar.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hart, p.16
  2. ^ Joyce Tyldesley, The Penguin Book of Myths and Legends of Ancient Egypt. Penguin UK, 2010 ISBN 014196376X

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Manfred Lurker Lexikon der Götter und Symbole der alten Ägypter, Scherz 1998
  • Barry John Kemp Ancient Egypt: Anatomy of a Civilization, Routledge 1991, p. 88
  • Katheryn A. Bard Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt, Routledge 1999, p. 205
  • George Hart Egyptian Myths, University of Texas Press 1990, pp. 11, 12, 16