Bennu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bennu
Dewa Bennu, memakai mahkota Atef
Pusat kultus utamaHeliopolis
SymbolBurung pucung atau bangau

Bennu /ˈbɛn/[1] ialah dewa Mesir purba untuk matahari, penciptaan dan kelahiran semula. Dia mungkin telah mengilhamkan legenda-legenda feniks yang muncul dalam mitologi Yunani.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Menurut mitologi Mesir, Bennu makhluk yang dicipta sendiri dan dipercayai mempunyai peranan dalam penciptaan dunia. Dia dikatakan ialah ba (keperibadian jiwa) dewa matahari, Ra, dan telah membolehkan Atum mencipta dunia.[2] Bennu dipercayai sedang berterbangan di atas air Nun yang wujud sebelum penciptaan, mendarat di atas batu dan mengeluarkan bunyi yang membentuk bagaimana semua benda dicipta. Dia juga simbol kelahiran semula dan, oleh itu, dikaitkan dengan Osiris.[3]

Beberapa gelaran Bennu ialah "Dia Yang Menjadi Dengan Sendiri", [2] dan "Dewa Jubli"; gelaran kedua ini merujuk kepada perbuatan Bennu memperbaharui dirinya secara berkala seperti yang dilakukan oleh matahari menurut kepercayaan Mesir.[3] Namanya berkaitan dengan kata kerja Mesir wbn, yang bermaksud "meningkat dalam kecemerlangan" atau "bersinar".[2]

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Bennu atau bangau
dalam hieroglif
G31
 
G32

Teks Piramid, yang berasal dari Kerajaan Lama, memanggil 'bnw' simbol Atum, dan ia mungkin bentuk asal Bennu. Dalam perkataan ini, gambar burung yang digunakan pastinya bukan bangau atau pucung tetapi sejenis burung kicau. Wörterbuch der ägyptischen Sprache (Kamus Bahasa Mesir) dalam bahasa Jerman mengandaikan bahawa ini mungkin pipit kedidi (Motacilla flava) tetapi tiada alasan yang jelas diberikan.[2] Walau bagaimanapun, burung yang sama digunakan dalam ejaan perkataan 'bn.t' dalam serpihan ukiran dinding batu kapur yang dicat di kuil matahari Raja Niuserre Kerajaan Lama Dinasti Kelima. Hieroglif ini jelas menunjukkan kesan-kesan cat kelabu kebiru-biruan pada kebanyakan tubuh burung, menunjukkan bahawa ia merujuk spesies burung yang berbeza. Bentuk dan warnanya nampaknya lebih menyamai burung pekaka cicit (Alcedo atthis) yang, walau bagaimanapun, dipanggil dengan nama lain: 'hn.t<y' (harfiah, 'yang dari terusan air'). Boleh diandaikan bahawa seekor pekaka yang terbang dekat dengan air dan berciak kuat-kuat boleh menjadi asas wajar untuk mitos dewa pencipta Atum dari Heliopolis yang terbit daripada perairan azali gelap, dipanggil Nun, untuk memulakan penciptaan dunia. Jika begitu, burung pekaka 'bnw' atau 'bn.t' adalah padanan yang baik untuk angsa Nil (iaitu 'smn') yang dipuja sebagai dewa pencipta Amun pada zaman kemudian, yang dipercayai telah berkuang kuat dalam kegelapan azali, di atas air yang tenang untuk menerbitkan semua ciptaan dengan suaranya.[<span title="This claim needs references to reliable sources. (March 2021)">rujukan diperlukan</span><span title="This claim needs references to reliable sources. (March 2021)">]</span>

Seni-seni Kerajaan Baru menggambarkan Bennu sebagai pucung seriap yang besar dengan paruh panjang dan jambul berbulu dua. Kadangkala Bennu digambarkan bertenggek di atas batu benben (melambangkan Ra dan nama batu teratas piramid) atau di pokok dedalu (melambangkan Osiris). Kerana hubungannya dengan Osiris, Bennu kadangkala memakai mahkota Atef,[3] dan bukannya cakera matahari.

Model haiwan[sunting | sunting sumber]

Sisa-sisa spesies burung bangau gergasi bersaiz manusia, dipercayai telah pupus sekitar 1500 SM, ditemui di Emiriah Arab Bersatu pada tahun 1977.[4][5] Ia tinggal di Semenanjung Arab dan mempunyai banyak ciri sama dengan Bennu, dan saintis percaya ia mungkin model haiwan untuk dewa tersebut. Merujuk kepada perkara ini, ahli arkeologi Dr. Ella Hoch dari Muzium Geologi di Universiti Copenhagen menamakannya bangau Bennu (Ardea bennuides).[6]

Pemujaan[sunting | sunting sumber]

Gambaran Bennu dengan cakera matahari di kepalanya, dari makam Irynefer di Deir el-Medina

Seperti Atum dan Ra, Bennu mungkin dipuja di pusat pemujaan dewa-dewa di Heliopolis.[3] Bennu juga muncul pada azimat pengebumian berbentuk skarab sebagai simbol kelahiran semula.[2]

Kaitan dengan feniks Yunani[sunting | sunting sumber]

Ahli sejarah Yunani Herodotus, menulis tentang adat dan tradisi Mesir pada abad kelima SM, menulis bahawa orang-orang di Heliopolis menggambarkan "feniks" tersebut kepadanya. Mereka berkata ia hidup selama 500 tahun sebelum mati, hidup semula, membina telur pengebumian dengan mur untuk mayatnya, dan membawanya ke kuil matahari di Heliopolis.[7] Huraian beliau tentang burung feniks serupa dengan helang berbulu merah dan emas, seperti matahari.[3]

Lama selepas Herodotus, tema api, unggun pancaka dan abu burung yang mati, akhirnya dikaitkan dengan feniks Yunani, berkembang dalam tradisi Yunani.

Nama "feniks" mungkin berasal daripada "Bennu", dan kelahiran semulanya serta hubungannya dengan matahari menyerupai kepercayaan tentang Bennu; namun, sumber-sumber Mesir tidak menyebut tentang kematian dewa tersebut.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bennu". Dictionary.com Unabridged. Random House.
  2. ^ a b c d e f Hart, George (2005). The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses (ed. Second). New York: Routledge. m/s. 48–49. ISBN 0-415-34495-6. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Hart" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b c d e Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. London: Thames & Hudson. m/s. 212. ISBN 0-500-05120-8. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Wilkinson" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ "Wonders of the United Arab Emirates". Wondermondo. Dicapai pada 20 October 2020.
  5. ^ Hoch, Ella (1977). "Reflections on prehistoric life at Umm An-Nar (Trucial Oman) based on faunal remains from the third millennium B.C.". In M. Taddei. Fourth International Conference of the Association of South Asian Archaeologists in Western Europe. m/s. 589–638.
  6. ^ Shuker, Karl (31 May 2016). "Giant Birds from the Tombs of the Pharaohs". karlshuker.blogspot.com. Dicapai pada 9 March 2021.
  7. ^ Lecocq, Françoise (2009). "L'œuf du phénix. Myrrhe, encens et cannelle dans le mythe du phénix" (PDF). Schedae. 6 (1: L‘animal et le savoir, de l’Antiquité à la Renaissance): 73–106. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-03. Dicapai pada 2016-09-13.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Labrique, Françoise (2013). "Le regard d'Hérodote sur le phénix (II, 73)". Dalam Coulon, Laurent; Giovannelli-Jouanna, Pascale; Kimmel-Clauzet, Flore (penyunting). Regards croisés sur le Livre II de l’Enquête d’Hérodote. Actes de la journée d’étude organisée à la Maison de l’Orient et de la Méditerranée – Lyon, le 10 mai 2010 (dalam bahasa Perancis). Maison de l’Orient et de la Méditerranée. ISBN 978-2-35668-037-2.
  • Lecocq, Françoise (2016). "Inventing the Phoenix: A Myth in the making Through Words and Images". In Johnston, Patricia A.; Mastrocinque, Attilio; Papaioannou, Sophia. Animals in Greek and Roman Religion and Myth. Cambridge Scholars Publishing, pp. 449–478.
  • Lecocq, Françoise (2019). "L'oiseau bénou-phénix et son tertre sur la tunique historiée de Saqqâra. Une interprétation nouvelle" (dalam bahasa Perancis), ENiM (Égypte nilotique et méditerranéenne) 12, 2019, pp. 247–280.
  • Van Den Broek, Roelof (1971). The Myth of the Phoenix According to Classical and Early Christian Traditions. Diterjemahkan oleh I. Seeger. Brill.
  • Wolterman, Carles (1991–1992). "On the Names of Birds and Hieroglyphic Sign-List G 22, G 35 and H 3". Jaarbericht van het Vooraziatisch-Egyptisch genootschap Ex Oriente Lux. 32.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Bennu di Wikimedia Commons