Nu (mitologi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gambaran Nu menjunjung bahtera suria, bersama lapan dewa Ogdoad dan dewa Khepri.

Nu (juga dipanggil Nenu, Nunu, Nun), bentuk feminin Naunet (Nunut, Nuit, Nent, Nunet), ialah nama bagi lohong air prakewujudan dalam mitologi asal-usul alam semesta Ogdoad Hermopolis dari agama Mesir purba. Nama tersebut mirip dengan perkataan nen "lahu" dalam sebuah jenakata, "Daku terbitkan mereka keluar daripada jirim air [nu], keluar daripada kelahuan [nen]". Ia mungkin juga berkaitan dengan perkataan bahasa Qibti noun yang bermaksud "lohong; dalam".

Nu dieja secara fonetik dengan hieroglif nw
W24
(boleh diulang tiga kali), dengan huruf-huruf penanda "langit"
N1
dan "air"
N35A
. Ejaan lainnya gunakan fonogram nn
M22M22
. [1]

Mitos kewujudan[sunting | sunting sumber]

Orang Mesir purbakala menggambarkan lohong air Nu menyelubung sebuah gelembung yang mengandungi kehidupan, dan menunjukkan kemisterian kosmogoni peradaban mereka.[2] Dalam hikayat-hikayat kewujudan Mesir, sebuah anak bukit terbit dari perairan Nu.[3] Nu ialah sumber segala yang wujud, termasuklah unsur-unsur tuhan dan bumi. Dalam kosmogoni Ennead, Nu dikatakan adalah kewujudan unggul disamping Atum, tuhan pencipta.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula dari Kerajaan Pertengahan, Nu disifatkan sebagai "Bapa Dewa Dewi" dan digambarkan pada dinding-dinding kuil sepanjang zaman Mesir Purba.[2]

Ogdoad memasukkan sekali Naunet bersama Nu, Amaunet dengan Amun; Hauhet dan Heh; serta Kauket dan Kek. Seperti dewa-dewi Ogdoad lain, Nu tidak mempunyai sebarang kuil atau ibu kota penyembahan. Walaupun begitu, Nu kadangkala diwakili dengan tasik suci, atau, seperti di Abydos, sebatang saliran bawah tanah.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Dalam jam ke-12 Kitab Gerbang, Nu digambarkan dengan tangan menjunjung sebuah "bahtera suria" (atau tongkang, sebuah perahu). Bahtera tersebut dinaiki lapan dewa, dengan dewa Khepri berdiri di tengah.

Di zaman penghujung semasa Mesir ditakluk kuasa penjajahs, sifat kacau-balau Nu menjadi lebih diingati ramai dan mencerminkan kekacauan pemerintah asing yang ada di tanah mereka.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budge, An Egyptian hieroglyphic dictionary (1920), h. 349f, 354.
  2. ^ a b c "The Oxford Essential Guide to Egyptian Mythology", Daniel R. McBride, Berkley, 2003, ISBN 0-425-19096-X
  3. ^ "Ancient Egypt", David P. Silverman, h. 120, Oxford University Press US, 2003, ISBN 0-19-521952-X
  • E. A. Wallis Budge, The Gods of the Egyptians: Or, Studies in Egyptian Mythology (1904), jil. 1, 283f.