Shezmu
Shezmu | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Nama dalam hieroglif |
| |||||
Simbol | minyak, wain, pewangi, ubat salap dan darah |
colspan="2" class="infobox-above" style="font-size: 100%; background-color: #FFE39B" |Shezmu dalam hieroglif | |||||
---|---|---|---|---|---|
colspan="2" class="infobox-full-data" style="vertical-align:middle; background-color: #FFFFDE; color: #993300; border: #993300 1px solid; padding: 0.4em;" |
Shesmu Šsmw | |||||
colspan="2" class="infobox-full-data" style="vertical-align:middle; background-color: #FFFFDE; color: #993300; border: #993300 1px solid; padding: 0.4em;" |
Shesmu Šsmw |
(Šsmw), Shesmu (atau Syesmu, Syezmu dan Shezmu) ialah dewa Mesir purba dengan perwatakan yang saling berselisihan. Dia dipuja dari zaman Kerajaan Lama awal.[2]
Dia dianggap sebagai dewa ubat salap, minyak wangi dan wain. Kerana peranan ini, dia dikaitkan dengan perayaan, tarian dan nyanyian. Namun dia juga dianggap dewa darah, yang boleh menyembelih dan mengerat dewa-dewa lain. Orang Mesir purba dipercayai telah menggunakan wain merah untuk melambangkan darah dalam persembahan keagamaan, menjelaskan mengapa Shesmu dikaitkan dengan darah dan wain.
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Shesmu jarang digambarkan tetapi dia digambarkan sebagai seorang lelaki dengan kepala singa memegang pisau pemotong daging. Pada masa-masa kemudian, dia digambarkan sebagai singa. Jika hanya namanya disebut, dia sering muncul dengan simbol penentu untuk mesin pemerah minyak, dan kadangkala hanya mesin minyak yang digambarkan.[2][3]
Pemujaan
[sunting | sunting sumber]Shesmu merupakan dewa perwatakan yang bertentangan. Dia dewa minyak wangi, pembuat semua minyak yang berharga, dewa mesin pemerah minyak, dewa minyak dan dewa wain. Dia dewa perayaan, seperti dewi Meret. Teks-teks Kerajaan Lama menyebut tentang pesta istimewa yang dirayakan untuk Shesmu: pemuda-pemuda akan memeras anggur dengan kaki mereka kemudian menari dan menyanyi untuk Shesmu.[2]
Akan tetapi, Shesmu sangat berdendam dan dahagakan darah. Dia juga dewa darah, penyembelih dahsyat para dewa, dan dia yang mengerat tubuh. Dalam Teks Piramid Kerajaan Lama, beberapa doa meminta Shesmu memotong-motong dan memasak dewa-dewa tertentu untuk memberikan mendiang raja makan. Mendiang raja memerlukan kuasa para dewa untuk bertahan dalam perjalanan berbahaya ke bintang.[3][2][4]
Walau bagaimanapun, perkataan "darah" tidak seharusnya difahamkan secara harfiah kerana orang Mesir purba menawarkan wain merah sebagai "darah dewa" secara simbolik kepada beberapa orang dewa. Ini adalah hanya kerana wain berwarna merah gelap, yang menghubungkan Shesmu dengan dewa-dewa lain yang juga berkait dengan warna merah. Contohnya termasuk dewa seperti Ra, Horus, dan Kherty. Perwatakan Shesmu yang ganas menjadikan dia pelindung penumpang-penumpang bahtera Ra. Shesmu melindungi Ra dengan mengancam syaitan dan berlawan dengan mereka. Dalam Teks Piramid, dia melakukan perbuatan yang serupa.[2]
Nampaknya bermula dari Kerajaan Baru, sifat-sifat negatif Shesmu secara beransur-ansur dibayangi oleh sifat-sifat positifnya, namun pada satu papirus Dinasti ke-21, mesin pemerah wainnya dipenuhi dengan kepala manusia menggantikan anggur (gambaran yang biasa berlaku sebelum itu, dalam Teks Keranda dari Kerajaan Pertengahan). Kemudian, pada sarkofagus Ketua Pendeta Ankhnesneferibre dari Dinasti ke-26, Shesmu direkodkan sebagai pembuat minyak bermutu untuk dewa Ra. Malah kemudian pula, semasa zaman Yunani-Rom, pembuatan minyak dan minyak wangi terbaik untuk para dewa menjadi peranan utama Shesmu.[4]
Sebahagian daripada siri |
Agama Mesir Purba |
---|
Portal Mesir Purba |
Kultus
[sunting | sunting sumber]Pusat kultus utama Shesmu terletak di Faiyum. Zaman kemudiannya, terdapat lagi keramat yang didirikan di Edfu dan Dendera.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Friedrich Graf: Ägyptische Bildwerke: Band 2: Die ägyptische Jenseitsvorstellung und Götter im alten Ägypten. BoD, Norderstedt 2011, ISBN 384238081X, p. 346. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "fgb" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d e f Pat Remler: Egyptian Mythology, A to Z. Chelsea House, New York 2010, ISBN 1438131801, p. 177-178. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "prmz" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Hans Bonnet: Reallexikon der ägyptischen Religionsgeschichte.
- ^ a b George Hart: The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Shezmu di Wikimedia Commons