Banebdjedet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Banebdjedet
Banebdjedet memegang cokmar yang menggabungkan cokmar Was, Djed dan Ankh. Dari Makam Mentuherkhepeshef di Lembah Para Raja
Nama dalam hieroglif
E10nbDdDdt
niwt
Pusat kultus utamaMendes
PasanganHatmehit
AnakHorus Anak

Banebdjedet (Banebdjed) ialah dewa Mesir purba berkepala bebiri dengan pusat pemujaan yang berada di Mendes. Khnum ialah dewa setaranya di Mesir Hulu.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya ialah dewi Hatmehit ("Penghulu Segala Ikan"), yang mungkin dewa asal yang dipuja di Mendes.[1] Anak mereka ialah "Horus Anak" dan mereka membentuk kumpulan dewa yang dipanggil "Triad Mendes" atau "Dewa Tiga Serangkai Mendes".[2]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan "bebiri" dan "jiwa" berbunyi sama dalam bahasa Mesir, jadi dewa-dewa bebiri kadangkala dianggap sebagai penampakan dewa-dewa lain.[1]

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Lazimnya, dewa Banebdjedet yang bertanduk digambarkan dengan empat kepala bebiri untuk mewakili empat Ba dewa matahari. Dia juga mungkin berkaitan dengan empat dewa pertama yang memerintah Mesir (Osiris, Geb, Shu dan Ra-Atum), dengan keramat granit besar untuk setiap dewa di kuil Mendes.[1]

Kisah[sunting | sunting sumber]

Kitab Lembu Syurgawi mengatakan bahawa "Bebiri Mendes" ialah Ba Osiris, tetapi dia bukan pelayan kepada Osiris. Satu kisah dari zaman Kerajaan Baru menceritakan dia menjadi perunding dalam "Tribunal Ketuhanan" untuk mengadili antara Horus dan Seth, tetapi dia mencadangkan agar Neith melakukannya sebagai tindakan diplomasi. Dalam pertikaian ini, Banebdjedet akhirnya yang mencadangkan agar Seth diberi takhtanya kerana dia yang sulung.[1]

Di sebuah keramat di Ramesseum, sebuah stele merakamkan kisah dewa Ptah menukar bentuk kepada Banebdjedet, untuk mendapat kelelakiannya dan menjalinkan hubungan dengan wanita yang akan mengandungkan Rameses II.[perlu rujukan]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Pinch, Geraldine (2004). Handbook of Egyptian mythology. Oxford University Press. m/s. 114–115. ISBN 0-19-517024-5 – melalui Google Books. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "pinch" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Capel, Anne K.; Markoe, Glenn (1996). Mistress of the House, Mistress of Heaven: Women in Ancient Egypt. Hudson Hills Press. m/s. 72. ISBN 9781555951290 – melalui Google Books.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]