Atenisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ukiran batu kapur di Amarna yang menggambarkan Akhenaten, Nefertiti dan anak-anak mereka memuja Aten, s. 1372–1355 SM

Atenisme (Jawi: اتينيسمى), juga dikenali sebagai agama Aten,[1] agama Amarna,[2] dan ajaran sesat Amarna, merupakan satu agama di Mesir purba. Ia diasaskan oleh Akhenaten, seorang firaun yang memerintah Kerajaan Baru daripada Dinasti Kelapan Belas.[3] Ada yang memanggilnya agama monoteistik dan memuja hanya satu dewa ini, tetapi beberapa ahli kaji Mesir berpendapat bahawa ia sebenarnya henoteistik, percaya pada satu dewa tanpa menafikan kewujudan dewa-dewa lain.[4] Atenisme berfokus pada memuja Aten, dewa yang digambarkan sebagai cakera matahari. Aten pada asalnya sebahagian daripada Ra, dewa matahari tradisional Mesir, tetapi kemudiannya ditegaskan oleh Akhenaten sebagai yang tuhan tertinggi semua dewa.[5] Pada abad ke-14 SM, Atenisme menjadi agama Mesir selama kira-kira 20 tahun, dan Akhenaten membanteras pemujaan dewa-dewa lain; baginda menutup banyak kuil-kuil dewa lama, bina kuil Aten dan juga menindas tradisionalis agama. Walau bagaimanapun, firaun-firaun selepasnya menghentikan gerakan itu selepas Akhenaten mangkat, memulihkan agama politeistik tradisional tamadun Mesir. Usaha besar-besaran dibuat untuk menghapuskan Akhenaten dari semua catatan Mesir termasuk nama baginda, kuil-kuil Aten, dan pernyataan bahawa Atenlah dewa tertinggi.

Sejarah Aten sebelum Akhenaten[sunting | sunting sumber]

Perkataan Aten (Bahasa Mesir: jtn), yang bermaksud "bulatan," "cakera," dan kemudian "cakera matahari," pertama kali ditemui pada Papirus-papirus Abusir dari abad ke-24 SM, di kuil makam firaun Dinasti Kelima Neferirkare Kakai.[6] Aten, dewa Atenisme, pertama kali muncul sebagai tuhan dalam teks-teks dari zaman Dinasti Kedua Belas, dalam Kisah Sinuhe.[7] Semasa Kerajaan Pertengahan, Aten "sebagai cakera matahari...hanyalah sebahagian daripada dewa matahari Ra."[5] Aten merupakan dewa matahari yang tidak begitu diketahui; tanpa zaman Atenisme, ia tentu tidak akan tercatat dalam sejarah Mesir. Walaupun terdapat tanda-tanda Aten menjadi penting sedikit semasa dinasti kelapan belas, terutamanya apabila Amenhotep III menamakan tongkang dirajanya Roh Aten, Amenhotep IV-lah yang memperkenalkan revolusi Atenisme yang memuncak dengan Aten menjadi satu-satunya dewa Mesir. Walaupun setiap keturunan raja sebelum pemerintahan Akhenaten[5] sebelum itu menerima satu dewa sebagai penaung diraja dan dewa negara yang tertinggi, mereka tidak pernah cuba mengetepikan dewa-dewa lain, dan dewa keberbilangan sentiasa ditoleransi dan dipuja. Semasa pemerintahan Thutmose IV, Aten menjadi dewa matahari yang tersendiri, dan anak baginda Amenhotep III mengasaskan dan menyebarkan kultus khas kepada Aten. Walau bagaimanapun, tiada bukti bahawa Amenhotep III mengabaikan dewa-dewa lain atau cuba menjadikan Aten sebagai dewa tunggal.[<span title="This claim needs references to reliable sources. (August 2020)">rujukan diperlukan</span>]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dodson 2016.
  2. ^ Assmann 2004.
  3. ^ Ridley 2019.
  4. ^ Darnell, J. C., & Manassa, C. (2007). Tutankhamun's Armies: Battle and conquest during ancient Egypt's Late Eighteenth Dynasty. John Wiley & Sons.
  5. ^ a b c David (1998).
  6. ^ Redford 1976.
  7. ^ Petrie, William Matthew Flinders (2013), "The Adventures of Sanehat", Egyptian Tales, Cambridge: Cambridge University Press: 97–142, doi:10.1017/cbo9781107325203.005, ISBN 978-1-107-32520-3, dicapai pada 2021-03-09

Sumber[sunting | sunting sumber]

 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]