Mingguan Wasilah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mingguan Wasilah
Wasilah.jpg
Jenis Surat khabar mingguan
Format Cetakan
Pemilik Yen Media Hall Sdn Bhd
Penerbit Yen Media Hall Sdn Bhd
Diasaskan Meli Mediaplus
Bahasa Melayu
Ibu pejabat 28-3,Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre,53000 Kuala Lumpur,
Laman sesawang http://siasah.com.my/


Mingguan Wasilah merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Malaysia. Ia diterbitkan secara mingguan untuk pasaran nasional. Akhbar ini melapor, memantau dan mengulas isu-isu politik, perkembangan semasa serta peristiwa terkini tempatan, serantau dan antarabangsa dari sudut pandang sosiopolitik, sosiobudaya, dan sosioekonomi tanah air.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Akhbar tabloid ini bersaiz kompak dan disasarkan kepada semua peringkat lapisan masyarakat dengan slogan "Berita Tepat Laporan Padat Ulasan Berani". Akhbar ini dijual dengan harga RM1.50 senaskhah untuk pasaran semenanjung dan RM2.50 untuk pasaran Sabah dan Sarawak.

Laman Web[sunting | sunting sumber]

Laman asal Wasilah (wasilahonline.net) telah ditutup sejak Oktober 2009. Laman web terkini adalah www.wasilah.com.my. Maklumat dan berita umum boleh dihantar ke berita@wasilah.com.my.

Ia diterbitkan oleh Yen Media Hall Sdn Bhd yang terletak di 28-3,Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, 53000 Kuala Lumpur. Akhbar ini dicetak oleh Rosham Corporation Sdn Bhd, 3529-D, Jalan Sultanah Zainab, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]