Malaysia Nanban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaysia Nanban
JenisAkhbar harian
FormatLebar
Diasaskan1986
Ibu pejabatKuala Lumpur
Laman sesawanghttp://www.nanban2u.com/

Malaysia Nanban (Tamil: மலேசியா நண்பன், "Teman Malaysia") ialah salah satu daripada tiga akhbar harian berbahasa Tamil yang bertapak di Malaysia, selain Makkal Osai dan Tamil Nesan.

Akhbar pertama Malaysia Nanban diterbitkan pada tahun 1 Oktober 1986. Pengasasnya adalah Dato Sikandar Batcha bin Abdul Majeed. Pada masa kini akhbar tersebut dikendali oleh tiga orang anaknya iaitu Datuk Shafee Zaman, En. Nooruthen dan En. Ahmad Mydin.

Akhbar Malaysia Nanban menguasai 70% (mengikut Laporan Niellsen) daripada pasaran pembaca Tamil di Malaysia.[perlu rujukan]