Bo-Peng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bo-Peng
PengarahHelmi Yusof
PenerbitNormashayu Pueh
PenulisHelmi Yusof
Nurul Salajudin
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
Pencil Pictures
Mula ditayangkan
22 Disember 2016
Tempoh tayangan
85 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 1.4 juta
Pecah panggungRM278 ribu[1]

Bo-Peng (digayakan sebagai BO-PENG)[2] merupakan sebuah filem aksi komedi suspens Malaysia 2016 arahan Helmi Yusof terbitan Pencil Pictures.[3] Ia dibintangi oleh Johan As'ari, Nabil Ahmad, Zulin Aziz, Soffi Jikan dan Wanna Ali. Ia mengisahkan rakan karib, Bo dan Peng yang bekerja di kedai piza. Peng berkenalan dengan gadis bernama Mira Edora Senrose.[a] Suatu hari, Mira diculik penjenayah yang menjual organ secara haram. Demi menyelamatkan Mira, Bo dan Peng menjejaki penculik itu dan terpaksa berdepan pelbagai insiden. Filem ini ditayangkan pada 22 Disember 2016 di pawagam seluruh negara.[4][5]

Plot[sunting | sunting sumber]

Bo (Nabil Ahmad) dan Peng (Johan As'ari) merupakan dua orang sahabat baik yang tinggal bersama dan bekerja di sebuah restoran makanan segera yang sama iaitu Opiel Secret Pizza. Peng yang terkenal dengan sikap peramah dan mesra setiap kali menjawab panggilan yang dari pelanggan untuk membuat pesanan pizza; manakala Bo terkenal dengan kepantasan dan kecekapannya menghantar pesanan pizza kepada pelanggan. Suatu hari, Peng dihubungi pelanggan tetap Opiel Secret Pizza; Mira Idora Senrose (Zulin Aziz). Ketika Mira Idora sedang berjalan kaki seorang diri di kawasan letak kenderaan, dia telah diekori oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan Mira Idora telah meminta bantuan Peng untuk menyelamatkannya. Peng mencari idea dan memberikan arahan kepada Mira untuk menyelamatkan diri namun panggilan akhirnya terputus dan Peng gagal menghubungi Mira semula. Di atas rasa perikemanusian, Peng telah meminta Bo menemaninya membuat laporan polis mengenai misteri kehilangan Mira Idora Senrose. Pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana kekurangan maklumat mengenai kes kehilangan Mira Idora. Selepas beredar dari balai polis, mereka terus pulang ke Opiel Secret Pizza. Peng sekali lagi menerima panggilan dari Mira yang mendakwa dirinya telah diculik dan dihumban kedalam sebuah but kereta.

Mira Idora menangis ketakutan dan meminta Peng menyelamatkannya.Peng cuba memberikan idea untuk Mira Idora Senrose menyelamatkan diri. Dengan berbekalkan pengetahuan yang diperolehinya dari novel-novel jenayah yang pernah dibacanya, Peng menyuruh Mira membuka lampu brek dan menghulurkan tangan keluar dari but kereta. Dalam masa yang sama, Bo telah menunjukkan video seseorang yang melambai-lambai tangan dari but sebuah kereta yang diperolehinya dari Instagram kepada Peng dan Bo yakin itu ialah Mira. Sementara itu, pihak polis juga turut menerima video yang sama dan mengesyaki ia ada kaitan dengan kes penculikan Mira Idora. Atas bantuan pihak polis, Mira telah menuang cat kejalan raya bagi memudahkan lagi pihak polis menjejakinya. Tetapi malangnya, Based (Sofi Jikan) menyedari perkara itu selepas ditegur oleh seorang pemandu kereta lain mengenai cat yang tumpah dari kereta.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Bo-Peng diarahkan oleh Helmi Yusof dan diterbitkan oleh Normashayu Puteh untuk Pencil Pictures and Records Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Pencil Pictures).[6] Ia merupakan filem kedua arahan Helmi selepas Bikers Kental yang dikeluarkan pada 2013 dan juga filem keempat terbitan Pencil Pictures, kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM 1.4 juta.[7]

Dalam satu temuramah bersama Utusan Malaysia, Helmi berkata beliau tidak menafikan jika Bo-Peng mempunyai persamaan dengan filem lain yang mana ia mempunyai penceritaan yang klise dengan beberapa buah naskhah luar seumpamanya. Penggambaran dijalankan selama 16 hari di Kuala Lumpur, Tanjung Karang dan Lembah Klang.[8] Johan As'ari yang terkenal dengan peranan lakonan di drama telefilem memegang watak sebagai Peng, beliau berkata: "Bo-Peng merujuk kepada 'bopeng', landskap penuh dengan lubang. Kedua-dua wira kami secara metafora menunggang di jalan yang beralun untuk membantu polis menyelesaikan kes jenayah.". Juara Raja Lawak Astro musim kedua, Nabil Ahmad memegang watak sebagai Bo. Nabil mengumumkan Bo-Peng menjadi filem terakhirnya bersama syarikat penerbitan filem lain, beliau berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Ini adalah filem terakhir lakonan saya untuk produksi orang lain. Akan ada filem yang saya terbitkan sendiri dan skripnya juga saya buat sendiri."[9][10]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Bo-Peng ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 22 Disember 2016 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menulis bahawa Bo-Peng mempunyai "...banyak kekurangannya dan boleh diperkemaskan terutama dari sudut suntingan dan lakon layarnya."[4] Dalam ulasan untuk Harian Metro, Amerul Haswendy Ashari menyifatkan Bo-Peng sebagai sebuah karya yang menghiburkan dan memberikan persembahan terbaik di layar dari segi persembahan dan penceritaan.[11]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi rasmi bagi filem Bo-Peng ialah "Kerbau Di Payung" dengan lagu oleh Harry Khalifah dan lirik oleh Yabang Khalifah dan dipersembahkan oleh Khalifah. Ia boleh didapati untuk muat turun digital di iTunes.[12]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Watak Mira Edora Senrose ialah portmanteau dari filem 1990 Mira Edora dan pasangan pelakon adik-beradik Uqasha dan Nelydia Senrose.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tayangan Filem Cereka 2016 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  2. ^ Budiey (13 Disember 2016). Apa Yang Korang Patut Tahu Tentang Filem BO-PENG Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (16 Disember 2016). Bo-Peng komedi suspens Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  4. ^ a b Shazryn Mohd Faizal (28 Disember 2016). Bo-Peng, komedi aksi menghiburkan, mampu jadi satu jenama mStar Online. Dicapai pada 30 Jun 2018.
  5. ^ Bopeng komedi bukan rempit Utusan Malaysia (18 Disember 2016). Dicapai pada 1 Januari 2017.
  6. ^ Bo-Peng Dedah Bahaya Media Sosial Dalam Kehidupan Astro Gempak (23 Disember 2016). Dicapai pada 1 Januari 2017.
  7. ^ Nor Eryani Yusup (14 Disember 2016). Bo-Peng bukan naskhah komedi klise Kosmo!. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  8. ^ Dennis Chua (16 Disember 2016). Action comedy Bo-Peng all about pizza boys who fight baddies New Straits Times. Dicapai pada 30 Jun 2018.
  9. ^ Syafil Syazwan Jefri (13 Disember 2016). Filem terakhir Nabil Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  10. ^ Bo-Peng filem terakhir Nabil Agenda Daily (12 Disember 2016). Dicapai pada 1 Januari 2017.
  11. ^ Amerul Haswendy Ashari (25 Disember 2016). Bo-Peng ceduk The Call Harian Metro. Pressreader. Diperoleh pada 1 Januari 2017.
  12. ^ "Kerbau Di Payung (Single)". iTunes Store (MY). Apple. 10 Februari 2017. Dicapai 11 Mac 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]