Canselor
Sebahagian siri Politik |
Eksekutif |
---|
Ketua negara |
Pemerintahan |
|
Sistem |
Senarai |
Portal Politik |
Canselor (Jawi: چنسلور) atau kanselor (Jawi: كنسلور) adalah jawatan rasmi digunakan banyak badan pelbagai jenis dan pangkat. Ia kini paling utama digunakan untuk jawatan setaraf perdana menteri dalam beberapa negara tertentu.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Gelaran ini mula wujud pada zaman Empayar Rom melalui kata cancellarius merujuk kepada jurutulis yang duduk menunggu di pintu kekisi (cancelli) istana semayaman Maharaja menguruskan surat-surat mahkamah merakam kerja hakim peguam yang disulitkan dari penonton sesebuah perbicaraan. Jawatan cancellarius ini lama-kelamaan diberi kuasa langsung dalam bidang kehakiman pada zaman Byzantium yang lanjutnya.[1] Ungkapan cancellarius turut diserap banyak bahasa Eropah seperti berikut:
- Bahasa Jerman: kanzler
- Bahasa Belanda: kanselier,[2] terserap dalam baku Indonesia sebagai kanselir[3]
- Bahasa Inggeris: chancellor,[1] terserap dalam baku Nusantara lain termasuk bahasa Malaysia sebagai kanselor dan canselor (Jawi: چنسلور)[4]
- Bahasa Sepanyol: canciller
- Bahasa Portugis: chanceler
Kelaziman[sunting | sunting sumber]
Di Austria[sunting | sunting sumber]
Canselor Austria (Bundeskanzler untuk lelaki, Bundeskanzlerin untuk perempuan) mengetuai pemerintahan negara Austria.
Di Jerman[sunting | sunting sumber]
Canselor Jerman mengetuai pemerintahan tahap persekutuan negara Jerman lantikan Bundestag.
Di Switzerland[sunting | sunting sumber]
Kanselor Persekutuan Switzerland (Jerman: Bundeskanzler, Perancis: Chancelier fédéral, Itali: Cancelliere della Confederazione) bertindak selaku Ketua Turus Pemerintah menguruskan Majlis Persekutuan negara tersebut.
Di Amerika Selatan[sunting | sunting sumber]
Menteri ehwal luar negeri banyak negara benua ini sering diberi gelaran sebegini.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Smith, William, penyunting (1875). "Cancelli". A Dictionary of Greek and Roman Antiquities. London: John Murray. m/s. 236. Dicapai pada 11 November 2021.
- ^ van der Sijs, Nicoline (2010). "kanselier". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
- ^ "kanselir". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
- ^ "canselor". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.