Ketua eksekutif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ketua eksekutif ialah istilah yang digunakan untuk kuasa perdana menteri atau presiden yang diberikan oleh perlembagaan atau undang-undang dasar, yang membenarkan pemegangnya melaksanakan dasar, menyelia cabang eksekutif dalam pemerintahan, menyediakan belanjawan eksekutif untuk disahkan oleh badan perundangan, dan melantik atau memecat pegawai eksekutif. Bergantung pada perlembagaan yang lebih terperinci, seseorang ketua eksekutif boleh juga diberikan undang-undang veto, membubarkan badan perundangan atau mengusulkan rang undang-undang persendirian bagi pihaknya ke dalam badan perundangan.

Ia juga digunakan untuk merujuk kepada jawatan kegabenoran, menzahirkan tugas mereka sama seperti ketua pemerintahan. Di samping kebanyakan perkara menggunakan gelaran yang lain seperti presiden, perdana menteri, gabenor jeneral, pesuruhjaya tinggi dan premier, terdapat beberapa jawatan yang menggunakan Ketua Eksekutif sebagai gelaran rasmi.:

  • Di dua wilayah pentadbiran khas Republik Rakyat China, yang mana sebelumnya berada di bawah pemerintahan British dan Portugis sehingga diubah keadulatan lewat kurun ke-20, Ketua Eksekutif ialah pemimpin pemerintahan dan politik bagi wilayah dan hal ehwal pentadbiran mereka:
Gearan Ditubuhkan Menggantikan
Ketua Eksekutif Hong Kong 1997 Gabenor Hong Kong
Ketua Eksekutif Makau 1999 Gabenor Makau
  • Di Ireland Utara, istilah "Ketua Eksekutif" merujuk kepada pemimpin bagi Eksekutif Ireland Utara, sebuah pemerintahan singkat – kurang dari lima bulan – pada 1974.
  • Wilayah Antartika New Zealand: Sementara buakan sebuah kerajaan, Wailayah Tanggungan Ross yang merupakan wilayah tanggungan New Zealand diuruskan oleh sebuah lembaga pengarah dan pengerusi lembaga berperanan sebagai Ketua Eksekutif. Lembaga tersebut akan memberikan laporan kepada Menteri Luar Negeri New Zealand.
  • Ketua pemerintahan di Kepulauan Falkland dikenali sebagai Ketua Eksekutif.
  • Secara sejarahnya, ketua pemerintahan di Kepulauan Ryukyu dikenali sebagai Ketua Eksekutif. Fungsinya telah digantikan oleh Gabenor Prefektur Okinawa selepas penstrukturan kepualauan Jepun sebagai prefektur.

Sources and references[sunting | sunting sumber]