Pergi ke kandungan

Pablo Amirul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pablo Amirul
Kelahiran
Amirul Hisyam bin Mohd. Sakri

(1985-02-01) 1 Februari 1985 (umur 41)
PekerjaanPelakon, model, pelagak ngeri, pengacara
Tahun aktif2012–kini
Karya
Filemografi
PasanganDr Hana Rose (k. 2026)
SaudaraKim Fukazawa (adik)

Amirul Hisyam Mohd. Sakri atau lebih dikenali sebagai Pablo Amirul (lahir 1 Februari 1985) merupakan seorang pelakon, model dan pelagak ngeri Malaysia.[1] Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sebagai pelakon tambahan dan model sambilan, beliau terkenal dengan peranan antagonis dan telah berlakon dalam beberapa filem besar serta pecah panggung termasuk Abang Long Fadil (2014), Polis EVO (2015) dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022).[2]

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon tambahan dan model sampingan hinggalah kearah kerjaya sebagai pelagak ngeri pada 3 bulan pertama pembabitannya di dalam bidang lakonan. Sehinggalah bakatnya disedari oleh Ahmad Idham apabila diberi peluang berlakon sebagai pelakon pembantu di dalam filem pertama beliau iaitu Anak Jantan.

Antara watak watak lakonannya sebagai watak penjahat atau antagonis dan yang paling diingati adalah memegang watak antagonis sebagai Jimbo dalam filem Polis EVO.[3] Beliau mendapat tunjuk ajar dalam dunia lakonan oleh beberapa pelakon termasuk Farid Kamil, Bront Palarae, Fauziah Nawi, Shaheizy Sam, Fezrul Khan, Along Eyzendy, Wan Hanafi Su dan Rosyam Nor Lakonan antagonis dan beliau lebih gemar melakukan sendiri pelbagai aksi lasak.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Pablo cukup menggemari aktiviti lasak hingga mengemudi beberapa buah rancangan sebagai pengacara di dalam 13 Puncak (2014), Hanya Di Sini 3 Hari 2 Malam (2017), Lasak, Khazanah Negara dan Bencana Alam.

Beliau bersama Along Eyzendy menerbitkan bersama telefilem Last Kopek! Havoc terbitan Malayan Brotherhood Ventures.[4]

Kehidupan peribadi

Pablo Amirul dilahirkan di Kelantan dan dibesarkan di Sentul, Kuala Lumpur. Adiknya, Nurul Hafiza, juga dikenali sebagai Kim Fukazawa, juga ialah seorang pelakon dan pelagak ngeri.[5]

Filemografi

Rujukan

  1. Addy Junaidi (15 Ogos 2016). "Pablo Amirul bangga digelar 'penjahat'". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2017. Dicapai pada 15 Ogos 2016.
  2. "Asyik dapat watak jahat, apa komen Pablo Amirul". XTRA. 22 April 2019. Dicapai pada 12 Julai 2019.
  3. Zaidi Mohamad (17 September 2015). "Pablo Amirul bakal hero baharu?". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Januari 2017. Dicapai pada 12 Julai 2016.
  4. "Along Eyzendy, Pablo Amirul produces first movie together" (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! News. 11 Oktober 2016. Dicapai pada 12 Oktober 2016.
  5. Amerul Haswendy Ashari (20 Februari 2018). "Jiwa kental Kim". Harian Metro. Dicapai pada 12 Julai 2018.

Pautan luar