Siti Nordiana binti Alias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Siti Nordiana
Siti Nordiana (Nana)
Latar belakang
Nama lahir Siti Nordiana binti Alias
Juga dikenali sebagai Nana
Kelahiran 22 November 1984 (31 tahun)
Seremban
Negeri Sembilan Negeri Sembilan
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Pop, Pop etnik
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon, Ahli perniagaan
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1999 - sekarang
Label FMC
Kegiatan berkait Achik Spin, Syura, Achik & Nana

Siti Nordiana binti Alias atau juga dikenali sebagai Nana, adalah salah seorang penyanyi wanita Malaysia. Nana berasal dari Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Nama beliau kembali meningkat naik selepas menyertai dan menjuarai Gegar Vaganza musim ke-2.

Pembabitan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menceburi bidang seni suara pada 1999 ketika berusia 15 tahun dan telah melancarkan 5 buah album studio secara solo. Beliau dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu pop Melayu dan juga tradisional.

Duo Achik & Nana[sunting | sunting sumber]

Selain berkecimpung sebagai penyanyi solo, Nana juga dikenali sebagai pasangan duo bersama penyanyi Achik, vokalis kumpulan Spin. Mereka lebih dahulu mengenali sesama sendiri ketika remaja di Negeri Sembilan sebelum sama-sama menyertai industri rakaman. Duo Achik & Nana berjaya memikat hati pendengar dengan dua buah album studio yang membariskan hits terbaik.
Lihat disini untuk diskografi Achik & Nana

Bidang lakonan[sunting | sunting sumber]

Di samping aktif sebagai penyanyi, Nana juga pernah mencuba bakat dalam bidang lakonan. Beliau pernah berlakon dalam beberapa buah drama seperti Wad 04, Helah, 3 Dara Pingitan, Nenas Dan Ikanku dan Aku Budak Minang 2 serta telefilem berjudul Prahara.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Nana mendirikan rumahtangga dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006.[1] Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie, lahir pada 21 Mac 2008. Namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada 14 September 2009.

Faizal bagaimanapun meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Bermula tahun 2012, Nana menjalankan perniagaan jubah dan pakaian Muslimah dengan label yang diberi nama Paling Comel.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album solo[sunting | sunting sumber]

Album duet[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1999 "Cinta Hanya Sandaran" 5 Gurindam Rindu Berkasih
"Pulang Kasih Pulanglah Sayang"
duet bersama Wan Scoin
"Terpaut Sayang Padamu" 9
"Dalam Gerimis Hati Menangis"
2000 "Zapin Pak Ngah Balik"
"Gurauan Berkasih"
duet bersama Achik
3 Roda-roda Rindu
"Kasihmu Seakan Berubah" 2 Luahan Hati Kekasih
"Bukan Mengungkit Tapi Membangkit" 5
"Restu"
duet bersama Achik
"Bukan Niatku Merampas Cintanya"
2001 "Tak Upaya Menangis Lagi" 9 Balada Menyengat 2
"Bakawali"
duet bersama Syura
2 Firus
"Habibah Maisara"
duet bersama Syura
"Ghazal Bulan Di Riba"
duet bersama Syura
"Memori Berkasih"
duet bersama Achik
13 Spin 2: Litar Asmara
"Seandai Kau Tak Mampu Berubah" Bingkisan Kasih
"Seribu Setia" 9
2002 "Di Mana Rindu Makin Keliru"
"Resipi Berkasih"
duet bersama Achik
12 Spin 3: Demi
"Menggenggam Suratan" The Best Of Siti Nordiana - Rintihan
"Satukanlah Cinta"
2004 "Selamanya Cinta" 5 Pelangi
"Seribu Janji"
2005 "Pelangi Jiwa"
duet bersama Achik
"Perlukanmu"
2007 "Mahligai Mawar"
duet bersama Syura
Syahda Berdendang
"Cinta Yang Bersinar" Cahaya Kekasih
"Aku Pun Rela"
2011 "Tak Tahan" Semakin Jelas
"Semakin Jelas"
2014 "Tak Ada Cinta Sepertimu"
duet bersama Aliff Aziz
Tak Ada Cinta Sepertimu (Single)
[Nota] Senarai single ini menampilkan lagu-lagu daripada album studio solo Siti Nordiana, untuk senarai lengkap nyanyian duo Achik & Nana, sila rujuk sini

Lagu-lagu lain[sunting | sunting sumber]

  1. Keindahan Di Aidilfitri (bersama Syura, Elyana, Spin, Grand & Budak Kacamata) - album Warna Sari Aidilfitri (2001)
  2. Hari Ini Hari Raya (duet bersama Syura) - album Warna Sari Aidilfitri (2001)
  3. Kerna Apa Kau Begitu (duet bersama Vince) - album Janji Vince (2005)

Gegar Vaganza 2015[sunting | sunting sumber]

Siti Nordiana merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim 2015. Beliau telah menjuarai pertandingan tersebut sekaligus mengatasi pesaing terdekat, Farahdhiya dan Ezad Lazim di tempat kedua dan ketiga. Beliau menerima RM 100,000 dan pakej percutian ke Madrid, Spain serta trofi iringan. Di samping itu, beliau turut mendapat undian SMS tertinggi untuk memenangi kategori Persembahan Terbaik Pilihan Penonton dan membawa pulang RM 5000.

Minggu Lagu Tugasan Penyanyi Asal Kedudukan
1 Paling Comel lagu sendiri bersama Achik Spin 6
2 Madah Berhelah Ziana Zain 11
3 Kasihnya Laila Jinbara 6
4 Memori Berkasih (duet bersama Lan Kristal) lagu sendiri bersama Achik Spin 8
5 Nirmala Dato' Siti Nurhaliza 1
6 Ku Takkan Bersuara Nike Ardilla 1
7 Secangkir Madu Merah Amelina & Sheeda 4
8 Mengapa Nicky Astria 1
9 (Akhir) Tugasan Pertama: Putus Terpaksa

Tugasan Kedua (Battle vs Acong): #AwakKatMane

Ziana Zain

Taufik Batisah

Juara Keseluruhan dan

Persembahan Terbaik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]