Stacy Anam
Stacy | |
---|---|
Kelahiran | Stracie Angie Anam 18 Ogos 1990 |
Nama lain | Ummu Shaikhah Stacy binti Anam Bunga Cantik |
Pusat pendidikan | Limkokwing University Of Creative Technology |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2008–kini |
Kampung asal | Penampang, Sabah |
Pasangan | Akim Ahmad (k. 2016) |
Anak-anak |
|
Ibu bapa |
|
Saudara | Camellus De'lelli Anam @ ChaQ Mentor (abang) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Maestro Records (2008-2009) Astro Entertainment/Rocketfuel Entertainment (2009–2018) Warner Music Malaysia (2011-kini) Nova Music Malaysia (2018-kini) Rhythm & Rhyme Entertainment (2019-kini) |
Pengkarya berkait | Adam AF2, Adira, Akim Ahmad Shila Amzah Altimet SonaOne Faizul Sany, Audi Mok, Firman Bansir, KRU, Ungu, SM*SH |
Ummu Shaikhah Stacy binti Anam[1] (lahir Stracie Angie Anam; 18 Ogos 1990) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Stacy merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal dan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 6. Beliau berasal dari Kampung Tuavon, Penampang di Sabah. Beliau digelarkan sebagai Ratu Tari Malaysia kerana sering memberikan persembahan yang bertenaga serta kebolehannya dalam menjaga kestabilan vokal yang mantap ketika sedang menyanyi dan menari di atas pentas. Sebagai komposer dan penulis lirik, Stacy juga dikenali sebagai Bunga Cantik.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Stacy dilahirkan di Kota Kinabalu. Beliau belajar di Sekolah Menengah St. Michael Penampang. Oleh kerana masalah kewangan keluarganya, dia tidak mempunyai pilihan tetapi untuk berhenti sekolah pada usia 16 tahun ketika dia tingkatan 4. Untuk menyara keluarganya, dia menjadi seorang penyanyi di kelab-kelab tempatan. Sebelum uji bakat beliau untuk AF6, Stacy mencuba untuk lain yang ketara rancangan realiti nyanyian, seperti One in a Million 1, dan juga Gang Starz yang dia bekerjasama dengan abangnya, untuk membentuk satu kumpulan yang dinamakan E-Voke. Walau bagaimanapun, dia hanya berjaya ke separuh akhir sebelum mereka tersingkir. Keputusan untuk uji bakat untuk AF diperoleh daripada cadangan ibunya sebaik sahaja dia berusia 18 tahun. Stacy juga diberi biasiswa penuh untuk meneruskan pengajiannya di Universiti Limkokwing Teknologi Kreatif.
Beliau meneruskan pelajaran dalam bidang diploma muzik dan seni, dan mula semester pertama pada Februari 2010. Stacy makin dikenali melalui beberapa lagu hitsnya seperti "Aku Stacy", "Pakai Buang", "Gagap, Bosan, Gila Lah!" dan "Not For Sale".
Pada 25 Ogos 2015, Stacy menukar agama daripada Kristian kepada Islam. Beliau memilih nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy binti Anam sambil disaksikan oleh bapa dan ibunya.
Akademi Fantasia 6
[sunting | sunting sumber]Stacy atau nama penuhnya Stracie Angie Anam diterima masuk dalam AF6 dan beliau adalah salah seorang daripada empat belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.
Panel penilai dan pengkritik sering memberikan pujian serta komen positif kepada Stacy setiap minggu kerana beliau sering memberikan persembahan nyanyian yang konsisten. Sepanjang pertandingan, Stacy kekal di kedudukan tiga teratas apabila sesi pengundian ditutup pada penghujung setiap konsert, dengan empat undian tertinggi kolektif.
Menurut pengetua AF6 Dato' Ramli M. S., Stacy merupakan pelajar yang sangat berdisiplin dan sangat serius dalam mempelajari sesuatu ilmu yang baharu. Menurutnya, Stacy sentiasa fokus pada setiap pelajaran dan mengaplikasikan segala pengajaran yang dipelajarinya melalui persembahan di atas pentas Akademi Fantasia (musim 6). Setiap ilmu dan teguran yang diberikan dapat diterima dengan baik oleh Stacy.
Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya mara ke peringkat akhir bagi musim keenam bersama Riz, Nubhan, Toi, dan Nadia. Pada 17 Mei 2008, beliau telah dinobatkan selaku Juara Akademi Fantasia Musim 6 sekaligus mengungguli takhta juara AF kepada kaum wanita buat kali kedua secara berturut-turut selepas Mila iaitu Juara Akademi Fantasia (musim 5). Beliau juga mencipta sejarah sebagai Juara Akademi Fantasia pertama yang berasal dari Malaysia Timur (Borneo).
Lagu-lagu di Akademi Fantasia
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF6 :
Konsert | Lagu (penyanyi asal) | Rank |
---|---|---|
Minggu 1 | "No One" (Alicia Keys) | Ke-2 |
Minggu 2 | "Rela" (Tila) | Pertama |
Minggu 3 | "Pelesit Kota" (Search) | Pertama |
Minggu 4 | "Cinta Khayalan" (Stacy) | Ke-2 |
Minggu 5 | "Makhluk Tuhan Paling Seksi" (Mulan Jameela) | Ke-2 |
Minggu 6 | "Don't Speak" (No Doubt) | Pertama |
Minggu 7 | "Hati" (Dato' Siti Nurhaliza) | Pertama |
Minggu 8 | "Gembira Hidup Ini" (Farah Anuar) | Ke-3 |
Minggu 9 | "Beat It" (Michael Jackson) | Ke-2 |
Minggu 10 (Akhir) | "Atas Nama Cinta" (Rossa) | Juara |
"Aku Stacy" (Stacy) |
Perhatian: Lagu "Cinta Khayalan" pada asalnya adalah "Cinta Terhalang" iaitu single bagi penyanyi Yusrizan Usop atau Bob.
Mania!
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2012, Stacy telah menyertai satu lagi program realiti TV nyanyian terbaru yang melibatkan seniman-seniman tanah air dimana mereka akan dipilih oleh para penerbit muzik untuk digilap bakat dan menyerlahkan lagi pesona Superstar yang ada pada mereka. Stacy terpilih di bawah empayar merah iaitu dibawah pimpinan Dato' M.Nasir. Berikut adalah lagu persembahan Stacy sewaktu di dalam Mania! :
Konsert | Lagu (penyanyi asal) | Rank |
---|---|---|
Konsert 1 | "The Edge of Glory" (Lady Gaga) | Empayar Merah |
Konsert 4 | "Toxic" (Britney Spears) | Ke-3 |
Konsert 5 | "Suralayar Dalam D Major" (Search) | Ke-3 |
Konsert 6 | "Goyang Inul" (Inul Daratista) | Ke-3 |
Konsert 7 | "Total Eclipse of The Heart" (Bonnie Tyler (duet Cliff Umar) |
Ke-5 |
Konsert 8 | "Proud Mary" (Tina Turner) + "Fantasia Bulan Madu" (Search) | Ke-4 |
Konsert 9 (Separuh Akhir) | "Kasanova" (Stacy) | Ke-3 |
"Hukum Karma" (Wings) | Ke-3 | |
Konsert 10 (Akhir) | "Takkan Melupakanmu" (Radja) | Naib Juara |
"Cinta" (Melly Goeslaw & Krisdayanti) (duet Fiq Halim) |
Anugerah Juara Lagu
[sunting | sunting sumber]Peringkat Akhir AJL
[sunting | sunting sumber]Tahun | Edisi | Kategori | Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Ke-23 | Pop Rock | "Aku Stacy" | Intan Norul Azlina | Intan Norul Azlina & Layla Ismail | Tercalon |
2009 | Ke-24 | — | "Pakai Buang" | Edry Abdul Halim | Penyanyi Paling Popular | |
2010 | Ke-25 | — | "Jahat" | Tercalon | ||
2012 | Ke-27 | — | "Pelangi Senja" | Taja | Tun Teja | Tercalon |
2013 | Ke-28 | — | "Bosan" | Audi Mok, Omar K & Kimberly Chin | Omar K | Tercalon |
2014 | Ke-29 | — | "Gilalah" | Mike Chan & Omar K | Stacy | Tercalon |
2015 | Ke-30 | — | "Not For Sale"
(featuring Altimet) |
Mike Chan & Omar K | Mike Chan, Omar K & Altimet | Tercalon |
- Pada AJL edisi 2008, itu merupakan tahun terakhir AJL mengadakan kategori sejak 1992 sebelum dimansuhkan pada AJL edisi 2009. Edisi ini juga merupakan edisi pertama dan terakhir Stacy bertanding dalam kategori Pop Rock.
Peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik
[sunting | sunting sumber]Tahun | Edisi | Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2010 | Ke-25 | "Menggegar Dunia" (feat Adam) |
Edry Abdul Halim | Edry Abdul Halim | Tercalon |
2011 | Ke-26 | "Kisah Dongeng" | Tercalon | ||
2012 | Ke-27 | "Kasanova" | Tercalon | ||
2013 | Ke-28 | "Kembali" (feat Akim) | Akim Ahmad | Akim Ahmad | Tercalon |
2016 | Ke-31 | "Romeo" | Tercalon | ||
2018 | Ke-33 | "Cakap Ke Tangan" | Hang Nadim & Laq | Hang Nadim | Tercalon |
2020 | Ke-35 | "Khayal" | Hang Nadim & Bunga Cantik | Bunga Cantik | Tercalon |
"Aku Kau Dan Muzik"
(feat Akim) |
Hang Nadim, Bunga Cantik & Freddy | Hang Nadim & Bunga Cantik | Tercalon |
- Mimi Fly telah menggantikan tempat Stacy sebagai penyanyi untuk menyampaikan lagu Romeo ketika Separuh Akhir Muzik Muzik 31 disebabkan ketika itu Stacy tengah sarat mengandung anak pertama dan sedang menghitung hari untuk melahirkan anak.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]Album Kompilasi/Live
[sunting | sunting sumber]- Best Of Stacy (2008)
Single
[sunting | sunting sumber]- Solo
Tahun | Judul | Album |
---|---|---|
2008 | "Cinta Khayalan" | Best Of Stacy |
"Aku Stacy" | Aku Stacy | |
"Gagap" | ||
2009 | "Pakai Buang" | |
"Rasa Rasa Cinta" | OST Sayang You Can Dance | |
2010 | "Primadona" | OST My Spy |
"Kisah kita" | OST K.I.T.A | |
"Jahat" | Hitman | |
"Lihatlah Dunia" | OST Dottie | |
2011 | "Kisah Dongeng" | Stay-C |
"Kasanova" | ||
2012 | "Pelangi Senja" | |
2013 | "Bosan" | |
2014 | "Gila Lah!" | #1 |
"Patah" | ||
2016 | "Romeo" | Single |
"Bila-Bila" | ||
2017 | "Cakap Ke Tangan" | |
2018 | "Raja" | |
2019 | "Khayal" | OST Demi Rindumu |
2021 | "Peluk" | Single |
2022 | "Duit" | |
2023 | "Teriak" | Single |
- Duet/Kolaborasi
Tahun | Judul | Bersama | Album |
---|---|---|---|
2008 | "Indera" | Nubhan | OST 'Raya AF6 |
2009 | "Menggegar Dunia" | Adam | OST My Spy |
2010 | "Kata Kau" | Daly Filsuf | Lagu Tema "Kata Kau" |
2011 | "Jahatnya Cinta" | Akim | Lagu Tema Cornetto |
2013 | "Tanahair" | Aizat Amdan, Suki Low & | |
2014 | "Kembali" | Akim | Akim Ahmad |
"Hello" | SM*SH | #1 | |
"Not For Sale" | Altimet | ||
2015 | "Berteman Sepi" | Ungu | Mozaik |
"Siapalah Kita" | Adira, Firman & Faizul | Tribute "Gempa Bumi Sabah 2014" | |
2016 | "Rentak Bahagia" | Akim | Lagu Tema Iklan Yeos |
2020 | "Aku Kau Dan Muzik" | Single | |
2022 | "Drama Sangat" | Ismail Izzani & Noki K-Clique | Lagu Tema "Anugerah Drama Sangat" |
2023 | "Ritma & Rima" | Akim | Single |
2024 | "Cara U" | Killa Driz | Lagu Tema "U Mobile Borneo Plan" |
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Kau & Aku | Dirinya sendiri | Astro Ria | Kemunculan khas sebagai penyanyi undangan |
Televisyen show
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Akademi Fantasia (musim 6) | Peserta / Juara AF6 | Astro Ria |
2012 | Mania! | Peserta / Naib Juara | Astro Ria |
2014 | Pop Krew | Jurulatih / Finalis | TV9 |
2019 | Mentor Milenia 2019 | Mentor / Pemenang Tempat Keempat | TV3 |
2020 | Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula | Peserta /Juara Minggu 4 | TV3 |
2021 | Festival Muzik AJL | Artis undangan (eps. 3) | TV3 |
2024 | The Masked Singer Malaysia (musim 4) | Peserta (Bunga Matahari) / Juara | Astro Warna |
The Hardest Singing Show | Peserta / Tempat Ketiga | Astro Ria |
Kemunculan TV
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Aku Stacy | Dirinya sendiri | Astro Ria | Program TV khas untuk dirinya bersama dengan finalis AF6. |
2010 | Konsert Istimewa | Penyanyi utama | Mini show konsert menampilkan alumni AF | |
Dari Studio | Penyanyi utama | Mini show konsert bersama dengan Jaclyn Victor. (Eps. 01) | ||
2011 | Akustik - Stacy | Dirinya sendiri | Mini show khas untuk dirinya. | |
2016 | Romantika Raya | Dirinya sendiri | Kemunculan bersama Akim[2] | |
2021 | Sepahtu Reunion Al-Raya | Kameo | Astro Warna |
Iklan TV
[sunting | sunting sumber]Tahun | Produk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
2008 | Tea Boh | Dirinya sendiri | Duta bersama Riz AF6 |
2010 | Clinelle | Dirinya sendiri | Duta / Jurucakap produk |
Intimate | Dirinya sendiri | Duta produk | |
2011 | Cornetto | Dirinya sendiri | Duta bersama Akim |
Silky Girl | Dirinya sendiri | Duta produk | |
2016 | Anlene | Dirinya sendiri | Duta / Jurucakap produk |
2020 | Maggi Cukup Rasa | Dirinya sendiri | Duta / Jurucakap produk |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah dan penghargaan | Kategori/Karya | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2008 | Sabah Ministry Youth & Sports | Sabah Youth Icon Award | Stacy | Menang |
Akademi Fantasia (musim 6) | 1st Place Winner | Stacy | Menang | |
Anugerah Juara Lagu ke-23 | Aku Stacy | Stacy | Tercalon | |
2009 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 22 | Popular New Female Artist | Stacy | Menang |
Anugerah Planet Muzik | Best New Female Artist | Stacy | Tercalon | |
Most Popular Malaysian Artist | Stacy | Tercalon | ||
Shout! Awards | Popstar Award | Stacy | Menang | |
JCI The Outstanding Young Persons of Sabah | Cultural and Artistic Achievement | Stacy | Menang | |
Anugerah Juara Lagu ke-24 | Pakai Buang | Stacy | Tercalon | |
Most Popular Singer Award | Pakai Buang | Menang | ||
2010 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23 | Popular Female Singer | Stacy | Tercalon |
HipTV Awards | Cutest Artist | Stacy | Menang | |
Anugerah Industri Muzik ke-17 | Best Pop Album | Aku Stacy | Tercalon | |
Anugerah Juara Lagu ke-25 | Jahat | Stacy | Tercalon | |
2011 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 | Popular Female Singer | Stacy | Tercalon |
DiGi WWWOW Awards | Fave Malaysian Female Online Celebrity | Stacy | Menang | |
2012 | Pilihan Pembaca Media Hiburan | Anugerah Artis Stailo | Stacy | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 | Popular Female Singer | Stacy | Tercalon | |
Most Popular Female Artist Online | Stacy | Menang | ||
Anugerah Industri Muzik ke-19 | Best Album | Stay-C | Tercalon | |
Best Song Arrangement | Kasanova | Tercalon | ||
Best Music Video | Pelangi Senja | Tercalon | ||
Anugerah MACP 2012 | Malay song: Highest Performance Category | Pakai Buang | Menang | |
2013 | Anugerah Juara Lagu ke-27 | Pelangi Senja | Stacy | Tercalon |
Shorty Awards (Fifth Annual) | Best Singer in Social Media | Stacy | Tercalon | |
Best Reality Star in Social Media | Stacy | Tercalon | ||
Best Music in Social Media | Stacy | Tercalon | ||
Shout! Awards | Music Video Award | Stacy feat. KRU | Menang | |
Anugerah Industri Muzik ke-20 | Best Pop Song | Bosan | Tercalon | |
2014 | Anugerah Juara Lagu ke-28 | Bosan | Stacy | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 | Popular Female Singer | Stacy | Menang | |
Duo Artist/Group Popular | Stacy with Akim | Menang | ||
2015 | Anugerah Juara Lagu ke-29 | Gilalah | Stacy | Tercalon |
Anugerah Industri Muzik ke-21 | Best Album | #1 | Tercalon | |
Best Album Cover | #1 | Menang | ||
Anugerah Planet Muzik | Best Duo/Group (Berteman Sepi) | Stacy feat. Ungu | Tercalon | |
Best Collaboration (Berteman Sepi) | Stacy feat. Ungu | Tercalon | ||
2016 | Anugerah Juara Lagu ke-30 | Not For Sale | Stacy feat. Altimet | Tercalon |
Anugerah Pilihan Online | Best Female Singer | Stacy | Tercalon[3] | |
Anugerah Industri Muzik 22 | Best Music Video | "Not For Sale" | Menang[4] | |
2017 | Anugerah MeleTOP Era 2017 | Couple Meletop | Stacy (bersama Akim) | Menang[5] |
2018 | Anugerah MeleTOP Era 2018 | Couple Meletop | Stacy (bersama Akim) | Tercalon[6] |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Penyanyi Wanita Popular | Stacy | Tercalon | |
2022 | Anugerah Juara Lagu ke-36 | Naib Juara - Cinta (Komposer - Bunga Cantik/Hang Nadim) | Stacy (bersama Akim) | Menang[7] |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Wanita Popular | Stacy | Tercalon |
2024 | The Masked Singer Malaysia (musim 4) | Peserta | Stacy sebagai Bunga Matahari | Menang[8] |
Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Sabah:
- Pingat Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K.) - 2024[9]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ https://www.astroawani.com/berita-hiburan/stacy-secara-rasmi-memeluk-islam-71133
- ^ Kenneth Chaw (1 July 2016). "Singers Akim and Stacy's first Hari Raya as husband and wife". Star2.com. Dicapai pada 16 March 2017.
- ^ "Keputusan penuh pemenang APO2016" (dalam bahasa Malay). mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2016. Dicapai pada 1 July 2016. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "Siti Nurhaliza menang besar, bawa pulang empat trofi AIM 2016". 2016-12-19. Dicapai pada 2017-10-16.
- ^ Farhana Ab Rahman (2017-04-24). "Akim, Stacy wakilkan anak terima anugerah" (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 2018-06-24.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ SYAHIRAH MOKHTAZAR (2018-01-24). "(Showbiz) Fans furious 'Fattzura' not listed in AME 2018's Couple MeleTop category" (dalam bahasa English). Dicapai pada 2018-06-24.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "7 kali bertanding baru merasa menang AJL". Berita Harian. 9 Mac 2022. Dicapai pada 14 Februari 2024.
- ^ "Stacy juara The Masked Singer Malaysia 4". Kosmo!. 19 Februari 2024. Dicapai pada 19 Februari 2024.
- ^ "Stacy terharu, bersyukur terima Anugerah Darjah Kinabalu". Harian Metro. 12 Oktober 2024. Dicapai pada 12 Oktober 2024.