Emil von Behring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Emil von Behring
Emil von Behring sitzend.jpg
Emil Adolf von Behring
LahirAdolf Emil Behring
(1854-03-15)15 Mac 1854
Hansdorf, Kreis Rosenberg Prusia
(kini Poland)
Meninggal dunia31 Mac 1917(1917-03-31) (umur 63)
Marburg, Hesse-Nassau
WarganegaraJerman
BidangFisiologi, immunologi
Pelajar terkemukaHans Schlossberger
Dikenali keranaantitoksin/serum fisiologi
AnugerahHadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan (1901)

Emil Adolf von Behring, yang dilahirkan sebagai Emil Adolf Behring (15 Mac 1854 - 31 Mac 1917), ialah seorang ahli fisiologi Jerman. Beliau mendapat Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pertama tahun 1901 atas penemuan antitoksin yang membantu membasmi penyakit difteria sehingga turut mendapat jolokan "penyelamat kanak-kanak".[1] Beliau mendapat penghormatan bangsawan Prusia pada tahun 1901, dan seterusnya dikenali oleh nama keluarga "von Behring".

Ringkasan hidup[sunting | sunting sumber]

Emil Adolf lahir di Hansdorf, Kreis Rosenberg, Provinsi Prsia (kini Ławice, Kaunti Iława, Poland). Beliau merupakan salah seorang daripada 13 adik-beradik Ayahnya bekerja sebagai seorang pengetua sekolah.

Meskipun keluarga beliau tidak mampu menampung kemasukan Emil ke sebarang universiti biasa, beliau masih dapat melanjutkan pendidikan perubatan di Akademi Maharaja Wilhelm (Kaiser-Wilhelm-Akademie) Berlin dari tahun 1874 sehingga 1878.[2]

Pada tahun 1895, von Behring dilantik sebagai Profesor Higenik dalam Fakulti Perubatan Universiti Marburg.

Behring meninggal di Marburg, Hessen-Nassau pada 31 Mac 1917.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

  • Die Blutserumtherapie (1892)
  • Die Geschichte der Diphtherie (1893)
  • Bekämpfung der Infektionskrankheiten (1894)
  • Beiträge zur experimentellen Therapie (1906)
  • E. v. Behring's Gesammelte Abhandlungen (1915) - edisi digital didapati di Perpustakaan Universiti dan Negeri Düsseldorf.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Immune System: In Defence of our Lives, nobelprize.org
  2. ^ "Emil von Behring - Biographical". www.nobelprize.org. Dicapai 23 Julai 2018. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Kornelia Grundmann (3 December 2001). "Emil von Behring: The founder of serum therapy". The Nobel Foundation. Dicapai 2008-07-21. 
  • Ulrike Enke: Salvatore dell'Infanzia Behring and Capri
  • Christoph Hans Gerhard : Trias deutschen Forschergeistes Emil von Behring Pflaum-Verlag / Munich Naturheilpraxis 71.Jahrgang January, 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]